APM Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

APM Sarawak Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara. MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

Takrif Pertahanan Awam
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh. SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam. Visi, Misi Dan Moto

VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:

1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana. Memberi respond kepada bencana dengan cara:

1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan. Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:

1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana. Teras Strategik
1. Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan
2. Keutuhan rakyat dan kesejahteraan negara
3. Pemerkasaan angkatan
4. Pemantapan penyampaian perkhidmatan

Nilai & Teras
1. Integriti
2. Komitmen
3. Kualiti
4. Inovasi Dan Kreativiti
5. Profesionalisme
6. Semangat Kekitaan dan Sepunya
7. Keterbukaan
8. Kebolehpercayaan

06/10/2026

Tema BKN 2026: “MADANI SIAGA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”Tema BKN 2026: MADANI Siaga Tanggungjawab Bersama.

Tema ini dipilih bagi mengangkat penyatuan semua pihak baik Kerajaan, badan bukan Kerajaan, institusi akademik, sektor swasta dan semua pihak berkepentingan dalam memperkukuh kesiapsiagaan terhadap risiko bencana. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memperkasa ketahanan masyarakat dan memperkukuh sistem pengurusan bencana secara holistik.





05/10/2026
🏆 TAHNIAH APM SARAWAK! 🏆PEJABAT NEGERI PERTAHANAN AWAM SARAWAK telah berjaya meraih Tempat Keempat (Kategori Besar) dala...
05/10/2026

🏆 TAHNIAH APM SARAWAK! 🏆

PEJABAT NEGERI PERTAHANAN AWAM SARAWAK telah berjaya meraih Tempat Keempat (Kategori Besar) dalam Anugerah Kecemerlangan Prestasi Bil. 1 Tahun 2025.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Pengarah APM Sarawak, YS TPj.(PA) Mohtar bin Samat.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh prestasi, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memantapkan penyampaian perkhidmatan APM Sarawak.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM SARAWAK














**

05/10/2026

Siku indu aksiden kediri empu ba Jalai Bebuling-Spaoh

SPAOH, 5 Okt — Siku indu beumur 23 taun aksiden pengudah mutosikal ke ditepan iya ensayar lalu tepawah ba Jalai Bebuling-Spaoh, pagi tadi.

Mansa ke benung ba rantau jalai nurun gawa dipelabaka ensayar maya deriba ba jalai ke enda dibelakin sereta enda rata sebedau mutosikal Modenas Kriss tegelinchir lalu labuh ba tisi jalai.

Palan Kawalan Operasi Pelilih Menua (PKOD) Raban Penyaga Orang Periman Malaysia (APM) Spaoh nerima kangau ngenyit bekaul enggau penusah nya urung pukul 8.44 pagi.

Skuad Charlie ti betuaika Sjn (PA) Kamarrul bin Badarudin enggau tiga iku kaban udah nya ngesah ngagai endur nya meri bantu.

Lebuh datai ba endur nya, mansa ditemu bisi rajai ba sekeda bagi tubuh nyengkaum ba kaki, jari enggau sepiak kanan mua, tang dalam gaya ke entap.

Tim APM meri perubat keterubah sereta ngelekatka kolar serviks ba rekung mansa nyadika chara bejejaga dikena ngurangka risiko bakal ba tulang belakang.

Nangkanka nya, mansa udah nya ditaban ngagai Sepital Betong ngena ambulan ngambika ulih diperubat sereta diperesa enggau silik agi. - RBI


Rindu | Titih | Kunsika

04/10/2026
03/10/2026
03/10/2026

Address

Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Sarawak:

Shortcuts

Share