GIATMARA Sarawak

Directions Website Contact the organization

GIATMARA Sarawak Laman sosial rasmi GIATMARA Negeri Sarawak. Untuk permohonan latihan secara online, layari
https://giatmara.edu.my/

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA. GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (kini dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Pada akhir RMK 10, bilangan GIATMARA dijangka akan bertambah menjadi 231 buah seluruh negara.

29/09/2026

MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PENTAS DUNIA !

TAHNIAH DAN SYABAS !

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudari Nadratulliyana Binti Ab Malek, wakil GIATMARA Malaysia, atas kejayaan meraih MEDAL FOR EXCELLENCE dalam bidang Fashion Technology di WorldSkills Competition Shanghai 2026.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pingat kecemerlangan, tetapi menjadi lambang kegigihan, disiplin, ketekunan, kreativiti dan semangat juang luar biasa yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan menuju ke pentas kemahiran dunia.

Dari GIATMARA ke pentas antarabangsa, Nadratulliyana telah membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing, berdiri teguh dan mengukir nama di persada dunia melalui kemahiran dan TVET.

Satu pencapaian.
Satu kebanggaan.
Satu inspirasi untuk generasi TVET Malaysia.

Syabas Nadratulliyana! Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat nama Malaysia lebih tinggi di pentas dunia!

- Kemahiran Menjamin Kehidupan -







28/09/2026

๐ŸŽ“โœจ 15 HARI LAGIK TINGGAL! โœจ๐ŸŽ“

Aok! Tinggal 15 hari jak lagi! ๐Ÿ˜

Detik yang ditunggu-tunggu bakal tiba!
๐ŸŒŸ MAJLIS GRADUASI GIATMARA MALAYSIA KE-39
๐Ÿ“ Zon Sarawak
๐Ÿ“… 12 Oktober 2026
๐Ÿ›๏ธ Wisma Melayu Sarawak

Dari mula belajar, berpenat lelah, ada masa s*k cukup tidurโ€ฆ ๐Ÿ˜†
Akhirnya sampai juak ke hari yang dinanti! ๐ŸŽ“๐Ÿ’™

Untuk semua bakal graduan GIATMARA Sarawak, tok lah masanya untuk bergaya dengan jubah, senyum selebar-lebarnya dan abadikan detik paling manis dalam hidup! ๐Ÿ“ธโœจ

15 hari jak lagi, geng!
๐ŸŽ“ Jangan lupak, hari bersejarah tok bakal jadi kenangan sampai bila-bila! โค๏ธ
Kamek, kitak, kita semuaโ€ฆ jumpa di hari graduasi! ๐Ÿคฉ










โœจ 28 HARI LAGI! โœจ๐ŸŽ“ MAJLIS GRADUASI GIATMARA MALAYSIA KE-39 ZON SARAWAK ๐ŸŽ“Detik yang dinanti semakin hampir! ๐ŸŒŸTinggal 28 h...
15/09/2026

โœจ 28 HARI LAGI! โœจ
๐ŸŽ“ MAJLIS GRADUASI GIATMARA MALAYSIA KE-39 ZON SARAWAK ๐ŸŽ“

Detik yang dinanti semakin hampir! ๐ŸŒŸ
Tinggal 28 hari sahaja lagi sebelum kita bersama-sama meraikan kejayaan, usaha dan pencapaian para graduan GIATMARA Malaysia. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿ“… 12 Oktober 2026
๐Ÿ“ Wisma Melayu Sarawak

Inilah masanya untuk kita meraikan perjalanan, pengorbanan dan kejayaan anak-anak GIATMARA yang telah melangkah jauh dalam membina masa depan melalui kemahiran. ๐Ÿ’ชโœจ

๐ŸŽ“ Satu perjalanan berakhir, satu lagi kejayaan bakal bermula!
Jom bersama-sama kita nantikan kemeriahan Majlis Graduasi GIATMARA Malaysia Ke-39! ๐Ÿฅณ๐ŸŽ“
28 hari lagiโ€ฆ Are you ready? ๐Ÿ”ฅ









35 hari lagi.Mungkin pada kalian, ada yang anggap ilmu TVET ini sekadar benda biasa. Tapi pada kami, ianya luarbiasa.Dul...
08/09/2026

35 hari lagi.

Mungkin pada kalian, ada yang anggap ilmu TVET ini sekadar benda biasa. Tapi pada kami, ianya luarbiasa.

Dulu kita belajar tentang kemahiran, hari ini kemahiran itu menerangi orang lain.

12 Oktober 2026
Majlis Graduasi GIATMARA Malaysia Zon Sarawak

๐ŸŒŸ RANGKUMAN PROGRAM GEMA@KKDW 2026 ๐ŸŒŸGIATMARA Negeri Sarawak โ€“ Bersama Komuniti, Menjana Kemahiran๐Ÿ“… 21โ€“23 Ogos 2026๐Ÿ“ Hala...
26/08/2026

๐ŸŒŸ RANGKUMAN PROGRAM GEMA@KKDW 2026 ๐ŸŒŸ
GIATMARA Negeri Sarawak โ€“ Bersama Komuniti, Menjana Kemahiran

๐Ÿ“… 21โ€“23 Ogos 2026
๐Ÿ“ Halaman Samarahan, Kota Samarahan

Alhamdulillah, GIATMARA Negeri Sarawak turut memberikan komitmen dalam menjayakan Program GEMA@KKDW 2026 melalui pelbagai aktiviti yang mengetengahkan kemahiran TVET, kreativiti pelatih serta khidmat kepada komuniti. ๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’›

๐Ÿ”ง KHIDMAT MASYARAKAT
GIATMARA menyediakan pelbagai perkhidmatan asas secara langsung kepada komuniti, antaranya:

โœจ Menggilap Lampu Kereta
โ„๏ธ Servis Asas Aircond Kereta
โœ‚๏ธ Gunting Rambut
๐Ÿ๏ธ Servis Asas Motos*kal

๐Ÿ’… SERVIS KECANTIKAN
Pengunjung turut berpeluang menikmati:
โœจ Basic Manicure
๐Ÿคฒ Hand Massage
๐ŸŒธ Henna Design

๐Ÿ›๏ธ PAMERAN & JUALAN PRODUK HASIL PELATIH
Pelbagai produk hasil kreativiti dan kemahiran pelatih GIATMARA turut dipamerkan dan dijual kepada pengunjung, sekali gus membuka ruang untuk memperkenalkan potensi keusahawanan serta kebolehan pelatih kepada masyarakat.

๐ŸŽฌ PENYEDIAAN GIMIK PERASMIAN - HEART OF UNITY
Turut mencuri perhatian ialah penyediaan gimik perasmian yang melibatkan kerjasama:

๐Ÿ”น GIATMARA Batang Sadong
๐Ÿ”น GIATMARA Kota Samarahan
๐Ÿ”น GIATMARA Mambong

๐Ÿค Daripada kemahiran kepada khidmat, daripada latihan kepada keusahawanan โ€” GIATMARA terus melangkah bersama komuniti!

Penglibatan ini membuktikan bahawa TVET bukan sekadar kemahiran di dalam bengkel, tetapi kemahiran yang mampu memberi impak, menjana pendapatan dan berbakti kepada masyarakat. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’› GIATMARA โ€” GIAT DI HATI, KEMAHIRAN DI JIWA!

Terima kasih kepada semua warga kerja, tenaga pengajar, pelatih dan komuniti yang bersama-sama menjayakan GEMA@KKDW 2026. ๐Ÿ‘โœจ










 # Salam Maulidur Rasul ๏ทบ**โ€œMeneladani akhlak Rasulullah ๏ทบ, menyemai kasih, memperkukuh ukhuwah.โ€**Sempena Maulidur Rasu...
24/08/2026

# Salam Maulidur Rasul ๏ทบ

**โ€œMeneladani akhlak Rasulullah ๏ทบ, menyemai kasih, memperkukuh ukhuwah.โ€**

Sempena Maulidur Rasul ๏ทบ, marilah kita memperingati dan menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ dengan menghayati sunnah serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ menjadi sumber kekuatan untuk kita terus berbuat baik, menjaga amanah dan menyebarkan kebaikan kepada semua.

**Salam Maulidur Rasul ๏ทบ 1448H / 2026M**
*Allahumma solli โ€˜ala Sayyidina Muhammad.*

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Ahmad Hamdi bin Hj Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIAT...
24/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Ahmad Hamdi bin Hj Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran โ€œDatukโ€.

Pengurniaan ini telah disempurnakan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Dipertua ke-77, pada 24 Ogos 2026 di Balai Istiadat, Seri Negari, Melaka.

Seluruh warga GIATMARA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pengurniaan yang amat bermakna ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan khidmat bakti dan kepimpinan demi kemajuan GIATMARA serta pembangunan TVET negara.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐ฌ. ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐‡๐š๐ฆ๐๐ข ๐›๐ข๐ง ๐‡๐ฃ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ!




๐Ÿ’…โœจ **MAOK TANGAN CUN? MAOK TANGAN CANTIK? JOM SINGGAH!** โœจ๐Ÿ’…๐ŸŒธ **GIATMARA NO. 31 โ€“ BOOTH PAMERAN** ๐ŸŒธMun kitak mok tangan n...
22/08/2026

๐Ÿ’…โœจ **MAOK TANGAN CUN? MAOK TANGAN CANTIK? JOM SINGGAH!** โœจ๐Ÿ’…

๐ŸŒธ **GIATMARA NO. 31 โ€“ BOOTH PAMERAN** ๐ŸŒธ

Mun kitak mok tangan nampak **lebih kemas, cantik & bergaya**, meh singgah ke booth GIATMARA! ๐Ÿ˜

๐Ÿ’… **BASIC MANICURE โ€“ RM15**
Potong & bentuk kuku, kemaskan kutikel, buff kuku serta sapuan minyak kutikel. โœจ

๐Ÿ’†โ€โ™€๏ธ **HAND MASSAGE โ€“ RM10**
Urutan lembut pada tangan untuk bagi rasa **lega, relaks & nyaman**. ๐Ÿ˜Œ

๐ŸŒฟ **STICKER HENNA DESIGN โ€“ RM5**
Pilih corak, tampal stensil & siap! **Simple tapi cun!** ๐Ÿ˜

๐ŸŽจ **FREEHAND HENNA DESIGN โ€“ RM15**
Mun kitak s**a corak unik, meh pilih **freehand henna** โ€” dilukis terus pada tangan oleh tangan-tangan kreatif! โœจ

๐Ÿ”ฅ **MURAH, CANTIK & BERBALOI!**
Sambil kitak jalan-jalan di **Pameran GIATMARA No. 31**, jangan lupa singgah!

**Mun dah nampak booth GIATMARA, jangan malu-maluโ€ฆ
SINGGAH DOLOK, BARUK BALIT! ๐Ÿ˜‚โค๏ธ**

๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’› **GIATMARA โ€” Giat Di Hati, Kemahiran Untuk Semua!**



Sarawak






๐Ÿ”ง **JOM KITAK ORANG SINGGAH DI LAMAN SAMARAHAN! ADA KHIDMAT MASYARAKAT!** ๐Ÿ˜๐Ÿ”ฅ**GIATMARA turun padang, kitak pun dapat man...
22/08/2026

๐Ÿ”ง **JOM KITAK ORANG SINGGAH DI LAMAN SAMARAHAN! ADA KHIDMAT MASYARAKAT!** ๐Ÿ˜๐Ÿ”ฅ

**GIATMARA turun padang, kitak pun dapat manfaat!** ๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’›

โœจ **ADA APA DI RERUAI GIATMARA?** โœจ

๐Ÿš— **LAMPU KERETA DAH KABUR?**
Meh kitak polah **menggilap lampu kereta** โ€” bagi nampak lebih cun & berkilat! โœจ

โ„๏ธ **AIRCOND KERETA S*K SEJUK?**
Jangan risau, kitak boleh dapat **pemeriksaan & servis asas penghawa dingin kereta!** ๐Ÿฅถ๐Ÿ”ง

โœ‚๏ธ **RAMBUT DAH PANJANG?**
Meh singgah! **Gunting rambut** sampai nampak kemas & segak. ๐Ÿ˜Ž

๐Ÿ๏ธ **MOTOR ADA MASALAH?**
Bawak siney! Ada **servis motos*kal asas** untuk kitak. ๐Ÿ”ง๐Ÿ๏ธ

โค๏ธ **INILAH CARA GIATMARA BERBAKTI UNTUK MASYARAKAT!**

Bukan sekadar belajar kemahiran,
**GIATMARA juak turun padang, berkongsi ilmu & berkhidmat untuk kitak semua!** ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ฃ **JANGAN POLAH S*K TAU!**
Mun dah lalu, **SINGGAH!**
Mun dah singgah, **CUBA!**
Mun dah cuba, **SHARE!** ๐Ÿ˜†

๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’› **GIATMARA โ€” GIAT DI HATI, KEMAHIRAN UNTUK MASYARAKAT!**

JOM - JOM... JANGAN LEPASKAN PELUANG.. KMK ORANG ADA DI SITOK SEHINGGA ESOK!


Sarawak





Address

No 15D, Tingkat 3, Kompleks MARA Satok Parade
Kuching
93400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GIATMARA Sarawak:

Shortcuts

Share