DOSM Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

DOSM Sarawak DOSM Sarawak adalah singkatan bagi Department of Statistics Malaysia Sarawak (Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sarawak)

07/10/2026
PAMERAN SIMPOSIUM KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK DAN REMAJA SARAWAK 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diuca...
02/10/2026

PAMERAN SIMPOSIUM KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK DAN REMAJA SARAWAK 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak atas jemputan kepada DOSM Sarawak sebagai pempamer di Simposium Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja Sarawak 2026 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.

DOSM Sarawak sentiasa menyokong usaha berterusan dalam menyampaikan data dan maklumat statistik demi kesejahteraan serta pembangunan generasi muda. Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke booth pameran kami!

β€œStatistik Nadi Kehidupan”
Department of Statistics, Malaysia
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)
Mental Health Association of Sarawak
Pustaka Negeri Sarawak





PAMERAN SIMPOSIUM KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK DAN REMAJA SARAWAK 2026DOSM Sarawak turut serta sebagai pempamer sempena ...
30/09/2026

PAMERAN SIMPOSIUM KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK DAN REMAJA SARAWAK 2026

DOSM Sarawak turut serta sebagai pempamer sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 & kempen Hentikan Stigma: Kesihatan Mental Milik Semua. Program ini dianjurkan oleh Seksyen Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Umum Sarawak.

πŸ“ Singgah ke Reruai B13 dan temui pasukan DOSM Sarawak untuk mendapatkan informasi serta mengenali peranan DOSM dalam penyediaan data dan statistik. Ada KUIZ menanti anda di reruai kami bersama HADIAH MENARIK untuk para peserta! 🎁

πŸ“… 1 & 2 Oktober 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Galeri, Pustaka Negeri Sarawak
πŸ“Œ Reruai B13 – DOSM Sarawak

Department of Statistics, Malaysia
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)
Mental Health Association of Sarawak
Pustaka Negeri Sarawak





28/09/2026

π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—”π—žπ—­π—œπ—”π—›

Dengan rasa duka yang amat mendalam, seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian insan yang amat dikasihi, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 (Isnin), bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Hilangnya figura seorang ibu yang penuh kelembutan dan kasih sayang yang telah banyak menabur bakti dan bertapak kukuh di hati setiap rakyat Malaysia ini, amat dirasai. Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang amat besar buat seluruh rakyat Malaysia khususnya wanita.

Kami, warga Jabatan Perangkaan Malaysia mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan di maqam yang mulia dalam kalangan para solihin. Semoga Tun Dr. Mahathir dan seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi pemergian yang penuh duka ini.

Salam Takziah & Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Warga Jabatan Perangkaan Malaysia

Address

Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sarawak, Tingkat 5, 7, 8 & 9, Bangunan TDPT Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga
Kuching
93514

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6082240287

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSM Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DOSM Sarawak:

Share