19/09/2026
.JPLS PERKUKUH HUBUNGAN BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG MUARA TEBAS
Kampung Muara Tebas, 19 September 2026
Pagi ini, Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), YBrs. Encik Abdul Rahman bin Abdul Wahab, telah menghadiri Majlis Pelepasan Pertandingan Memancing anjuran komuniti KRT Kampung Muara Tebas.
Seramai 46 peserta menyertai pertandingan memancing yang turut diserikan dengan pertandingan karaoke sebagai aktiviti rekreasi dan kemasyarakatan.
Kehadiran beliau mencerminkan hubungan erat dan kerjasama berterusan antara JPLS dengan komuniti setempat, khususnya dalam menyokong aktiviti perikanan dan rekreasi.
JPLS komited untuk terus memperkukuh jalinan kerjasama bersama komuniti setempat melalui pelaksanaan aktiviti yang memberi manfaat serta menyokong pembangunan sektor perikanan dan rekreasi di Sarawak.