Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS)

RIDE MERDEKA 69 IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ      #๐Ÿฒ๐Ÿต๐™ 
30/08/2026

RIDE MERDEKA 69 IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #๐Ÿฒ๐Ÿต๐™ 

30/08/2026

RIDE MERDEKA 69 IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #๐Ÿฒ๐Ÿต๐™ 

22/06/2026
20/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—”๐—ฃ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Di sebalik setiap misi pelayaran dan operasi, ada pengorbanan seorang lelaki bergelar bapa yang sentiasa menjadi pelindung, pembimbing dan menjadi sumber kekuatan keluarga.

Sempena Sambutan Hari Bapa 2026, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bapa, khususnya warga Maritim Malaysia yang sentiasa berkorban masa dan tenaga demi memastikan keselamatan, keamanan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

Walau bertugas jauh di laut, tanggungjawab sebagai seorang ayah tidak pernah terhenti. Kasih sayang, ketabahan dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi inspirasi kepada keluarga serta masyarakat.

Terima kasih kepada semua bapa, ayah, papa, daddy, abi, walid atau apa sahaja panggilan mereka... Di atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai.

Selamat Hari Bapa 2026
"Sehebat Kasih Bapa"

Ikhlas daripada;
Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah,
Ketua Pengarah Maritim Malaysia
serta seluruh warga
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

17/04/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› | ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› (๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ) ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan kepimpinan terhadap pengalaman serta kredibiliti beliau dalam memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia, khususnya dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Maritim Malaysia komited untuk terus memperkasakan kesiapsiagaan operasi, mempertingkat kecekapan penguatkuasaan serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi demi menjamin keselamatan komuniti maritim dan kesejahteraan negara.

Semoga pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan organisasi ke arah penguatkuasaan maritim yang lebih efektif, bersepadu dan berimpak tinggi.

๐ผ๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘  ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž;
๐พ๐‘’๐‘ก๐‘ข๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ขโ„Ž ๐‘ค๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘”๐‘Ž
๐ด๐‘”๐‘’๐‘›๐‘ ๐‘– ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘ข๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘ข๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘€๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ก๐‘–๐‘š ๐‘€๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ ๐‘–๐‘Ž

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Gema takbir bergema tanda kemenangan, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat keamanan.Saya, Laksamana Pertama (M) Hj. Mohd K...
20/03/2026

Gema takbir bergema tanda kemenangan, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat keamanan.
Saya, Laksamana Pertama (M) Hj. Mohd Khairi bin Abd Aziz, mewakili seluruh warga Maritim Negeri Sarawak ingin mengucapkan โœจ๏ธSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batinโœจ๏ธ kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Bumi Kenyalang๐ŸŒ™

โ€‹Di saat kita bergembira menyambut Syawal, ingatlah bahawa keselamatan di laut tetap menjadi keutamaan kami. Marilah kita menyambut perayaan ini dengan penuh kesyukuran dan semangat perpaduan yang jitu.

โ€‹Ingatan tulus ikhlas,
Laksamana Pertama (M) Hj. Mohd Khairi bin Abd Aziz
Pengarah Maritim Negeri Sarawak

Maritim Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia!โ€‹Semoga semangat perpaduan ini...
17/02/2026

Maritim Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia!
โ€‹Semoga semangat perpaduan ini terus memperkukuh keharmonian kita. Sambil bergembira bersama keluarga, jangan lupakan keselamatan jika berada di perairan. Kami sentiasa bersiap siaga untuk anda.
โ€‹Ikhlas daripada:
Pengarah Maritim Negeri Sarawak & Seluruh Warga Maritim Negeri Sarawak.

โ€‹

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”Pada tarikh 15 Februari 2026, mencatat satu lagi detik bermakna buat Age...
13/02/2026

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Pada tarikh 15 Februari 2026, mencatat satu lagi detik bermakna buat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam meneruskan amanah menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Sempena Hari Ulang Tahun ke-21 ini, Maritim Malaysia kekal komited memperkukuh kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan aset serta memperhebat penguatkuasaan demi memastikan perairan negara terus selamat dan terpelihara.

โ€œ๐‘ด๐’‚๐’“๐’Š๐’•๐’Š๐’Ž ๐‘ซ๐’Š๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚, ๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’–๐’…๐’†๐’“๐’‚ ๐‘ป๐’†๐’“๐’‘๐’†๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’“๐’‚โ€

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ
12/02/2026

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ฃ๐— ๐—  ๐—ง๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—”๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿด.๐Ÿฒ ๐—๐—จ๐—ง๐—”

KUANTAN, 12 Februari 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang, khususnya kru KM SEBATIK, atas kejayaan menumpaskan kegiatan jenayah maritim yang amat serius di perairan Timur Laut Kuantan.

Operasi Khas yang telah dilaksanakan menyaksikan kejayaan penahanan dua buah kapal, iaitu Kapal Tangki Kamal Bangkok dan Kapal Kargo Sail Fish 09, berserta rampasan 76 guni dadah disyaki jenis syabu seberat 1.572 tan yang dianggarkan bernilai RM78.6 juta, serta 50,000 liter minyak diesel dan lain-lain barangan kes.

Paduka Baginda bertitah, kejayaan besar ini telah membuktikan tahap kesiapsiagaan, keberanian dan komitmen tinggi pasukan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan atas tindakan tegas dan profesional dalam membanteras aktiviti penyeludupan dadah, pelanggaran undang-undang perkapalan serta kesalahan imigresen, selaras dengan peruntukan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan undang-undang berkaitan.

Sesungguhnya kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan operasi dan risikan APMM, malah memberi mesej jelas bahawa Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman keselamatan, khususnya yang melibatkan dadah yang boleh merosakkan masyarakat dan generasi masa hadapan.

Kebawah Duli Paduka Baginda berharap agar APMM Negeri Pahang terus mempertingkatkan usaha penguatkuasaan dan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi demi memastikan perairan negeri ini kekal selamat, terkawal dan bebas daripada sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan. -KESULTANAN PAHANG

28/01/2026

Friendly Match bola Sepak๐Ÿšจ๐Ÿ“Œ

โœจBomba Tanjong Manis vs APMM zon Tanjung manis
Petang ini di padang bola sepak Tanjong Manis ๐Ÿ”ฅ

Address

Lot 1128 Jalan Bako Muara Tebas
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak:

Shortcuts

Share