20/10/2026
PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH KUCHING BAGI BULAN OKTOBER TAHUN 2026 ANJURAN CAWANGAN KHAS, BAHAGIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM SERTA BAHAGIAN LOGISTIK IPD KUCHING
Kuching, 20 Oktober 2026 (Selasa), YDH ACP Alexson Naga Anak Chabu, Ketua Polis Daerah Kuching telah menyempurnakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober Tahun 2026 di Dewan Badminton, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, Kuching.
Dalam ucapan amanatnya YDH ACP Alexson Naga Anak Chabu telah menyampaikan beberapa perkara berikut :-
1️⃣ Memelihara integriti dan maruah pasukan serta tidak bersekongkol dengan penjenayah.
2️⃣ Bekerja dengan bersungguh-sungguh, ikhlas, jujur dan komited.
3️⃣ Meningkatkan keupayaan dan ketegasan dalam membanteras jenayah, khususnya jenayah digital dan siber.
4️⃣ Mendekati masyarakat, memberikan perkhidmatan yang adil dan berhemah serta memelihara keamanan daerah Kuching.
5️⃣ Menjaga disiplin dan kebajikan anggota serta memastikan tindakan teguran dilaksanakan secara adil.
6️⃣ Menjaga kesihatan fizikal dan mental serta keharmonian keluarga.
7️⃣ Menghargai sumbangan anggota dan mengekalkan mutu perkhidmatan demi menjaga nama baik PDRM.
YDH KPD Kuching turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada tiga belas (13) orang warga IPD Kuching atas khidmat dan sumbangan yang diberikan semasa Program Perkep Peringkat Kontinjen Sarawak Sempena Jom Heboh Sarawak 2026. Penerima terdiri daripada dua (2) orang Pegawai Kanan Polis, sembilan (9) orang Pegawai Rendah Polis dan dua (2) orang Pegawai Awam Polis.
Selain itu, sijil penghargaan turut disampaikan kepada empat (4) orang wakil daripada jabatan dan agensi lain, iaitu Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Bantuan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching serta pihak Keselamatan AirAsia AVSEC Kuching, sebagai tanda penghargaan atas khidmat, komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mengakhiri ucapannya, YDH KPD Kuching menyeru agar warga IPD Kuching menjaga hubungan sesama dengan penuh keprihatinan dan menjaga nama baik PDRM.