Jabatan Kerja Raya Sarawak

Directions Website Contact the organization

Jabatan Kerja Raya Sarawak Corporate Communication Branch is set up under the New Face of JKR Sarawak. It is one of the branches under Deputy Director (Corporate Affairs).

Corporate Communication Branch is headed by Assistant Director (Corporate Communication).

PENGARAH KERJA RAYA SARAWAK HADIRI IDECS 2026 GALA DINNERKUCHING | 5 OKTOBER 2026MEDIA JKR SARAWAKPengarah Kerja Raya Sa...
05/10/2026

PENGARAH KERJA RAYA SARAWAK HADIRI IDECS 2026 GALA DINNER

KUCHING | 5 OKTOBER 2026
MEDIA JKR SARAWAK

Pengarah Kerja Raya Sarawak, YBhg. Datu Adj. Prof. Ir. Ts. Is. Gs. Br. PMr. QPr. Dr. Cassidy anak Morris, menghadiri International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) Gala Dinner 2026 yang diadakan bersempena IDECS 2026.

Majlis diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. IDECS 2026, yang memasuki edisi kesembilan, berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) dengan tema “Scaling Innovation Ecosystems for a Borderless Economy: Earth, Orbit & Beyond”. Persidangan ini menghimpunkan pemimpin kerajaan, pemain industri, pelabur, penyelidik dan pakar teknologi untuk meneroka peluang pembangunan ekonomi digital merentas sektor dan sempadan.

Antara tumpuan utama persidangan ialah kecerdasan buatan (AI), inovasi semikonduktor, pembangunan bakat digital serta ekonomi angkasa. IDECS 2026 turut menyediakan ruang pertukaran pengetahuan dan pembentukan kerjasama bagi menyokong perkembangan ekosistem inovasi Sarawak.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah penyampaian Sarawak Digital Economy Awards 2026, yang mengiktiraf kecemerlangan inovasi dan transformasi digital. Anugerah ini merangkumi tujuh kategori, iaitu Teknologi Digital, Penyelidikan dan Pembangunan, Inovasi AI, Kerajaan Digital, Industri Kreatif Digital, Kelestarian Alam Sekitar serta Penyelesaian Pintar.

Kehadiran Pengarah Kerja Raya Sarawak pada majlis ini menzahirkan sokongan JKR Sarawak terhadap usaha memperkukuh budaya inovasi dan pemanfaatan teknologi digital dalam pembangunan negeri.

Sumber: Cawagan Komunikasi Korporat

Disediakan oleh: Illyas Azmeer
Jurufoto: Illyas Azmeer

05/10/2026

🧱⚙️🌿💧 Empat tekstur, satu Sarawak. Konkrit membina, keluli jadi penghubung, bumi menyuburkan dan air menghidupkan. Di sebaliknya, terpasak kekal bukti sebuah kepakaran profesion teknikal.

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KANAK-KANAK SARAWAK KE JKR SARAWAKKUCHING | 5 OKTOBER 2026MEDIA...
05/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN KANAK-KANAK SARAWAK KE JKR SARAWAK

KUCHING | 5 OKTOBER 2026
MEDIA JKR SARAWAK

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Datuk Hajah Rosey Haji Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, di Ibu Pejabat JKR Sarawak, Wisma Saberkas, hari ini.

Delegasi dan sesi perbincangan pihak JKR Sarawak diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak, YBhg. Datu Adj. Prof. Ir. Ts. Is. Gs. Br. PMr. QPr. Dr. Cassidy anak Morris.

Kunjungan tersebut turut menjadi platform perbincangan dan penyelarasan berhubung projek-projek pembangunan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak yang melibatkan pelaksanaan serta penyeliaan teknikal oleh JKR Sarawak.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk status pelaksanaan projek, keperluan teknikal, penyelarasan antara agensi serta tindakan susulan bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan secara teratur, berkualiti dan menepati keperluan kementerian serta kumpulan sasar.

JKR Sarawak komited untuk terus memberikan sokongan teknikal dan bekerjasama rapat dengan KPWK Sarawak dalam memastikan projek-projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cekap dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Kunjungan ini turut memperkukuh kerjasama strategik antara JKR Sarawak dan KPWK Sarawak dalam menjayakan agenda pembangunan Kerajaan Sarawak, khususnya penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang menyokong kesejahteraan wanita, kanak-kanak, keluarga serta komuniti di seluruh Sarawak.

Sumber: Cawangan Komunikasi Korporat

Disediakan oleh: Illyas Azmeer
Jurufoto: Shahfian

PENGARAH KERJA RAYA SARAWAK PROMOSI HPTN 2026 DI IDECS26KUCHING | 5 OKTOBER 2026MEDIA JKR SARAWAKPengarah Kerja Raya Sar...
05/10/2026

PENGARAH KERJA RAYA SARAWAK PROMOSI HPTN 2026 DI IDECS26

KUCHING | 5 OKTOBER 2026
MEDIA JKR SARAWAK

Pengarah Kerja Raya Sarawak, YBhg. Datu Adj. Prof. Ir. Ts. Is. Gs. Br. PMr. QPr. Dr. Cassidy anak Morris, mempromosikan Hari Profesion Teknikal Negara 2026 (HPTN 2026) sempena International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS26).

Usaha promosi ini bertujuan memperluas penglibatan komuniti teknikal, pemain industri, ahli akademik dan generasi muda dalam HPTN 2026, yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.

Bertemakan “Profesion Teknikal Pemacu Kelestarian”, HPTN 2026 menjadi platform untuk mengetengahkan kepakaran teknikal, berkongsi inovasi serta membina kerjasama bagi menyokong pembangunan negara yang mampan.

Penganjuran HPTN 2026 merangkumi ceramah teknikal, sesi produk dan inovasi, program STEM, zon interaktif e-sukan, karnival kerjaya serta ceramah kerjaya. Pameran turut mengetengahkan 10 sektor teraju yang membuka ruang kepada pengunjung untuk meneroka perkembangan teknologi dan peluang dalam bidang teknikal.

Promosi di IDECS26 mengukuhkan usaha JKR Sarawak dalam menghubungkan bakat, teknologi dan industri, di samping menggalakkan penyertaan lebih meluas dalam HPTN 2026.

Jumpa anda di Hari Profesion Teknikal Negara 2026.

Acara Kemuncak: 1 dan 2 Disember 2026
Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak

Daftar sebagai pelawat:

https://hptn2026.klvtech.com.my/hptn-2026/visitor-registration



Hari Profesion Teknikal Negara

05/10/2026

Sekilas Bicara Timbalan Premier Sarawak

“Hari ini kita menyiapkan Jambatan Sejingkat, jambatan ke-12 daripada 21 jambatan utama Sarawak. Mulai hari ini, ia dibuka kepada orang awam, sekali gus memudahkan perjalanan antara Kuching dan Samarahan.”





05/10/2026
05/10/2026

PRA PEMBUKAAN JAMBATAN SEJINGKAT PERKUKUH KESALINGHUBUNGAN KUCHING-SAMARAHAN

Sumber: Cawangan Komunikasi Korporat

Disediakan oleh: Iman
Juruvideo: Iman & Illyas
Jurudron: Shahfian

🏁 PENANTIAN BERAKHIR. LALUAN KINI TERBUKA!Jambatan Sejingkat kini dibuka untuk trafik mulai 5 Oktober 2026, memperkukuh ...
05/10/2026

🏁 PENANTIAN BERAKHIR. LALUAN KINI TERBUKA!

Jambatan Sejingkat kini dibuka untuk trafik mulai 5 Oktober 2026, memperkukuh kesalinghubungan antara Kuching dan Samarahan.

📸 Kongsikan momen perjalanan anda di atas Jambatan Sejingkat dan tag Facebook JKR Sarawak! Gunakan hashtag

WE BUILD FOR YOU

Address

Jabatan Kerja Raya Sarawak, Tingkat 7, 11-19, Wisma Saberkas, Tun Abg. Hj. Openg Road
Kuching
93582

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kerja Raya Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kerja Raya Sarawak:

Shortcuts

Share

Category