AADK Sarawak

Call Directions Website

AADK Sarawak Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak
Kementerian Dalam Negeri,
Bangunan tabung baitulmal
Lot 1
(1)

18/10/2026

[SIARAN LANGSUNG] Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Agensi Antidadah Kebangsaan Tahun 2026 Sila layari laman sesawang rasmi jabatan www.aadk.gov.my Hubungi kami untuk khidmat nasihat atau aktiviti salah guna dadah di talian 1-800-22-2235 / 0196262233(Whatapps)





Setinggi- tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Sahibus Siyadah Datu Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Ne...
13/10/2026

Setinggi- tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Sahibus Siyadah Datu Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak atas pengurniaan Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran 'DATU' sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢,
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Agensi Antidadah Kebangsaan
Negeri Sarawak







Setinggi- tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato DR. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak ata...
13/10/2026

Setinggi- tinggi TAHNIAH diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato DR. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak atas pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran 'DATO' sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢,
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Agensi Antidadah Kebangsaan
Negeri Sarawak







AADK NEGERI SARAWAK SERTAI ISTIADAT PERBARISAN DAN RAPAT RAKSASA SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI KE-80 TUAN YANG TERUTAMA YAN...
10/10/2026

AADK NEGERI SARAWAK SERTAI ISTIADAT PERBARISAN DAN RAPAT RAKSASA SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI KE-80 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

10 Oktober 2026 | Padang Merdeka, Kuching

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Jadi Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching pada 10 Oktober 2026.

Penyertaan AADK Negeri Sarawak melibatkan seramai 37 orang anggota yang tampil penuh disiplin dan bersemangat dalam menjayakan istiadat rasmi berkenaan. Penglibatan ini mencerminkan komitmen warga AADK dalam menyokong acara kenegaraan serta menzahirkan semangat patriotisme, kesetiaan dan penghormatan terhadap institusi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Selain itu, penyertaan ini turut memperkukuh semangat berpasukan, meningkatkan disiplin serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja AADK Negeri Sarawak, selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang berintegriti dan berwibawa.

AADK Negeri Sarawak kekal komited dalam melaksanakan tanggungjawab membanteras penyalahgunaan dadah melalui usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan demi membentuk masyarakat yang sihat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.







SETINGGI-TINGGI  TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI RASMI KE-80 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAKAgensi A...
10/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI RASMI KE-80 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak dengan penuh hormat dan takzim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Semoga Tuan Yang Terutama sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan serta terus dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam menerajui negeri Sarawak ke arah kemajuan, keharmonian dan kemakmuran yang berterusan.







AADK NEGERI SARAWAK SERTAI RAPTАI PENUH PERBARISAN8 Oktober 2026 | SarawakAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sara...
09/10/2026

AADK NEGERI SARAWAK SERTAI RAPTАI PENUH PERBARISAN

8 Oktober 2026 | Sarawak

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak turut serta dalam Raptai Penuh Perbarisan sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen dan kesiap-siagaan warga AADK Negeri Sarawak dalam menjayakan acara rasmi kenegaraan serta memperkukuh semangat disiplin, kesatuan dan patriotisme dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

Raptai penuh ini turut menjadi persediaan bagi memastikan kelancaran perjalanan perbarisan dan istiadat pada sambutan yang akan datang.







08/10/2026

1 HARI LAGI MENUJU BELANJAWAN 2027: AMANAH DITERJEMAH KEPADA TINDAKAN

BELANJAWAN 2026: AMANAH UNTUK TERUS MEMPERKUKUH KESELAMATAN NEGARA

Setahun lalu, Kerajaan MADANI melalui Belanjawan 2026 memberikan amanah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk terus memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam negara.

Bagi saya, amanah ini membawa tanggungjawab yang besar. Cabaran keselamatan sentiasa berubah dan semakin kompleks. Justeru, agensi-agensi penguatkuasaan kita perlu terus diperkasa dari segi aset, teknologi, infrastruktur dan kesiapsiagaan operasi.

Namun dalam kita memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, satu perkara tidak pernah boleh dipisahkan daripadanya — kebajikan anggota yang berada di barisan hadapan melaksanakan amanah ini.

Inilah dua komitmen yang terus kita gerakkan di KDN.

MEMPERKASA ASET, TEKNOLOGI DAN KEUPAYAAN PENGUATKUASAAN

Sepanjang tahun ini, pelbagai usaha terus dilaksanakan untuk meningkatkan kesiapsiagaan agensi KDN menghadapi cabaran keselamatan semasa.

Antaranya, keupayaan udara APMM diperkukuh dengan penerimaan helikopter baharu, manakala keupayaan armada maritim terus ditingkatkan menerusi KM Bendahara serta pembangunan kapal MPMS.

Dalam PDRM, penggunaan Body Worn Camera (BWC) diperluaskan kepada ribuan anggota barisan hadapan bagi memperkukuh profesionalisme dan integriti penguatkuasaan, di samping memberikan perlindungan kepada anggota dan rakyat. Teknologi dron dan kecerdasan buatan (AI) turut dimanfaatkan dalam usaha memperkukuh kawalan sempadan.

Ini hanyalah sebahagian daripada usaha lebih luas yang terus digerakkan merentas agensi KDN.
Matlamatnya jelas — memastikan anggota yang diberikan amanah menjaga keselamatan negara mempunyai aset, teknologi dan keupayaan yang sepadan dengan cabaran keselamatan hari ini.

DALAM MEMPERKASA PASUKAN, KITA JAGA MEREKA YANG MENJAGA NEGARA

Tetapi kekuatan sesebuah pasukan penguatkuasaan tidak hanya diukur melalui aset yang dimiliki.

Di belakang setiap operasi ada anggota. Di belakang setiap anggota ada keluarga. Sebab itu usaha meningkatkan kebajikan anggota terus dilaksanakan seiring dengan usaha memperkukuh keupayaan operasi.

Antara yang terus diberikan perhatian ialah pembinaan, pembaikan dan naik taraf kuarters serta kemudahan tempat bertugas PDRM, termasuk fasiliti Pasukan Gerakan Am.

Kemudahan operasi baharu turut dirancang dengan mengambil kira kesejahteraan anggota. Markas baharu Pasukan Polis Marin, sebagai contoh, bukan sahaja dilengkapi prasarana operasi seperti rumah bot, bengkel dan jeti, malah turut menyediakan kuarters serta kemudahan kebajikan kepada anggota.

Dan kebajikan tidak terhenti kepada bangunan dan tempat tinggal.

Sebab itu saya juga telah membawa perhatian kepada semakan kadar elaun anggota RELA kepada kadar yang lebih munasabah, sebagai sebahagian usaha menghargai masa, tenaga dan khidmat mereka kepada masyarakat dan negara.

Aset kita perkasa. Kemudahan kita tambah baik. Tetapi manusia yang menggerakkan keseluruhan sistem keselamatan negara tetap menjadi keutamaan.

Esok, Belanjawan 2027 akan dibentangkan di Dewan Rakyat dan contoh-contoh yang saya kongsikan ini hanyalah sebahagian daripada usaha berterusan KDN untuk memperkukuh penguatkuasaan dan menjaga kebajikan anggota.

Masih banyak yang perlu dilakukan kerana cabaran keselamatan tidak pernah statik dan keperluan anggota kita juga terus berkembang.

Justeru, kita menantikan ikhtiar seterusnya Kerajaan MADANI melalui Belanjawan 2027 untuk meneruskan momentum memperkukuh keselamatan negara, memperkasa agensi penguatkuasaan dan meningkatkan kebajikan mereka yang berada di barisan hadapan.

Apa pun amanah yang diberikan kepada KDN esok, Insya-Allah kita akan terus menterjemahkannya kepada tindakan dan pelaksanaan kerana menjaga keselamatan negara bermakna kita bukan sahaja perlu memperkasa penguatkuasaan — kita juga perlu menjaga mereka yang menjaga keselamatan rakyat dalam negara.

1 hari lagi menuju Belanjawan 2027!



08/10/2026
08/10/2026

Address

BANGUNAN TABUNG BAITULMAL LOT 146 , SEK 8 Jalan HAJI TAHA
Kuching
93400

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 05:30
Friday 07:30 - 05:30

Telephone

+6082233540

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share