AADK Daerah Samarahan

Directions

AADK Daerah Samarahan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Samarahan, Government Organization, Matang, Kuching.
(1)

PENAGIH PENGARUHI PASANGAN TERJERBAK DADAHPunca utama peningkatan bilangan penagih dadah wanita di KelantanSumber: Haria...
24/09/2026

PENAGIH PENGARUHI PASANGAN TERJERBAK DADAH

Punca utama peningkatan bilangan penagih dadah wanita di Kelantan

Sumber: Harian Metro | 21 September 2026

24/09/2026

“Ala… sekali je.”

Kadang-kadang, semuanya bermula dengan satu ayat yang kedengaran begitu biasa.

Satu ajakan.
Satu rasa ingin mencuba.
Satu keputusan yang dianggap kecil.

Namun, sesuatu yang bermula dengan “sekali je” tidak semestinya berakhir di situ.

Apabila penggunaan dadah mula dianggap biasa, kita mungkin semakin kurang melihat bahayanya. Sedangkan kesannya boleh menjejaskan diri, keluarga, masa depan dan kehidupan sekeliling.

Jangan biarkan perkara yang berbahaya menjadi sesuatu yang kita anggap normal.

Jangan normalisasikan dadah.
Lebih baik cegah sebelum terlambat.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
📢 Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

📞 Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
📱 WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

📲 Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

👍 LIKE | 💬 COMMENT | 🔄 SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





24/09/2026

TENANG IS GOOD👍🏻❤️
Ketenangan tak perlu dicari dalam dadah. Kadang-kadang cukup dengan melangkah perlahan dan menikmati damainya alam. 🌾





ELAK TRIGGER, PILIH MASA DEPAN YANG LEBIH BAIKKadangkala, tempat dan persekitaran yang pernah dikaitkan dengan pengalama...
24/09/2026

ELAK TRIGGER, PILIH MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

Kadangkala, tempat dan persekitaran yang pernah dikaitkan dengan pengalaman lama boleh menjadi pencetus kepada memori, craving atau keinginan untuk kembali kepada tabiat terdahulu.

Sebab itu, mengenal pasti “trigger place” adalah salah satu langkah penting dalam mengekalkan pemulihan. Jika sesuatu tempat membuatkan anda teringat kembali kepada kisah silam, jangan ambil risiko — ubah laluan, ubah persekitaran dan cari tempat yang lebih positif.

Ingat, menjauhi trigger bukan bererti anda melarikan diri daripada masa lalu. Anda sedang memilih untuk tidak kembali kepadanya.

Hari ini mungkin satu langkah kecil, tetapi setiap langkah yang menjauhkan anda daripada trigger adalah langkah menuju kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

Ada masalah dadah? Hubungi Talian Hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233, atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





DUA TAHUN MENERAJUI AADK, TRANSFORMASI TERUS DIPACUGenap dua tahun Dato’ Ruslin Jusoh menerajui Agensi Antidadah Kebangs...
24/09/2026

DUA TAHUN MENERAJUI AADK, TRANSFORMASI TERUS DIPACU

Genap dua tahun Dato’ Ruslin Jusoh menerajui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak 17 September 2024, menyaksikan usaha transformasi organisasi terus dipacu bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan antidadah kepada masyarakat.

Sepanjang tempoh 24 bulan kepimpinan, pelbagai usaha dan pembaharuan terus digerakkan merangkumi aspek pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan serta pengukuhan perkhidmatan AADK dalam mendepani cabaran penyalahgunaan dadah dan bahan.

Berteraskan kepimpinan berintegriti, tindakan berimpak dan AADK yang lebih progresif, komitmen ini diteruskan bagi memastikan setiap usaha bukan sahaja membawa perubahan kepada organisasi, malah memberi manfaat kepada klien, keluarga dan komuniti.

Dua tahun menerajui.
Dua tahun memacu transformasi.
Satu tekad untuk terus memperkasa pemulihan dan membina masa depan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah



JOM PETIK SENDIRI ROCK MELON, SEMARAK USAHA KLIEN PUSPEN DENGKILProgram Jom Petik Sendiri Rock Melon kembali dianjurkan ...
24/09/2026

JOM PETIK SENDIRI ROCK MELON, SEMARAK USAHA KLIEN PUSPEN DENGKIL

Program Jom Petik Sendiri Rock Melon kembali dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil bagi mempromosikan produk Sokongan Untuk Kepulihan Anda (S**A) yang diusahakan menerusi aktiviti kemahiran dan vokasional klien.

Sebanyak 2,750 pokok Rock Melon telah ditanam sejak penghujung Julai lalu oleh klien yang mengikuti modul Latihan Kemahiran dan Vokasional di bawah Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI), menggunakan Model i-Pulih Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada klien mempelajari kemahiran dalam bidang pertanian, malah menjadi salah satu bentuk terapi kepulihan serta persediaan ke arah perkembangan kerjaya selepas tamat menjalani program pemulihan.

Menariknya, pengunjung berpeluang merasai pengalaman memetik sendiri buah Rock Melon yang ditanam oleh klien di PUSPEN Dengkil, selain mendapatkan hasil tanaman berkenaan pada harga RM8 sekilogram.

Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh, turut berkesempatan meninjau Bloom Haven, PUSPEN Dengkil bagi melihat sendiri hasil usaha serta kemahiran yang diterapkan dalam kalangan klien menerusi aktiviti pertanian yang dilaksanakan.

Turut hadir, Pengarah PUSPEN Dengkil, Puan Norkumala Abdul Rahman dan Pengarah AADK Wilayah Persekutuan, YM Tengku Hanizar Tengku Awang.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)




BERMULA DENGAN SEBUAH IDEA, KINI TOK BOK NYO MASUK TAHUN KETIGA TOK BOK NYO 3.0 SASAR 3,000  PENGUNJUNG DI SUMMER MALL K...
24/09/2026

BERMULA DENGAN SEBUAH IDEA, KINI TOK BOK NYO MASUK TAHUN KETIGA TOK BOK NYO 3.0 SASAR 3,000 PENGUNJUNG DI SUMMER MALL KOTA SAMARAHAN

bermula sebagai sebuah cetusan idea untuk menghimpunkan masyarakat dalam suasana santai, menghiburkan dan penuh aktiviti, kini berkembang menjadi sebuah karnival yang diteruskan untuk tahun ketiga.Selepas kejayaan Tok Bok Nyo 1.0 dan 2.0, kini tiba masanya Tok Bok Nyo 3.0 kembali dengan lebih banyak aktiviti,hiburan dan suasana yang pastinya menceriakan Kota Samarahan.

Menurut Pengerusi Skuad Antidadah Samarahan, Cr Junaidi Kaderi, penganjuran kali ketiga ini menyasarkan kehadiran sehingga 3,000 pengunjung sepanjang tiga hari karnival berlangsung di Summer Mall, Kota Samarahan. Daripada sebuah idea, menjadi sebuah acara.Daripada sebuah acara, menjadi tradisi.Kini Tok Bok Nyo kembali untuk tahun ketiga Lebih daripada sekadar hiburan,Tok Bok Nyo 3.0 membawa semangat komuniti menghimpunkan keluarga, anak muda, peniaga, penggiat seni dan masyarakat dalam satu pentas yang penuh warna-warni.

Tiga tahun. Tiga siri. Satu semangat.
Tok Bok Nyo 3.0 kita jumpa di Summer Mall, Kota Samarahan

📍 Summer Mall, Kota Samarahan
📅 Berlangsung selama 3 hari 25,26,27/9/2026 (Jumaat,Sabtu Dan Ahad)

"TOK BOK NYO 3.0"

Apabila dadah merosakkan sistem ganjaran dalam otak, ia ibarat kaca yang retak seribu. Fungsi berfikir, mengawal emosi, ...
22/09/2026

Apabila dadah merosakkan sistem ganjaran dalam otak, ia ibarat kaca yang retak seribu. Fungsi berfikir, mengawal emosi, dan membuat keputusan semuanya menjadi rapuh dan mudah hancur.

Namun, di AADK, kami percaya bahawa jiwa yang retak masih boleh diselamatkan. 🏺✨

Bagaimana kita mencantum semula?
✅ Hentikan Punca Retakan: Penguatkuasaan dilakukan untuk memastikan tiada lagi 'hentaman' bahan kimia yang boleh menghancurkan terus saki-baki saraf yang ada.
✅ Cantuman Emas Pemulihan: Rawatan dan terapi bertindak sebagai 'emas' yang mengisi ruang kosong dalam litar otak, membina semula kekuatan mental yang telah hilang.
✅ Pegang Bersama: Tanpa tangan keluarga dan masyarakat yang memegang erat, proses cantuman ini sukar untuk bertahan.

Kesan retakan mungkin masih ada, tapi dengan usaha yang Kuat Bersama, anda akan bangkit sebagai insan yang lebih kental dan berharga daripada sebelumnya 🤝💛

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/09/2026

KENALI MUSUH KITA‼️

DADAH & BAHAN - Opiat, G***a, Stimulan, Depresen, Halusinogen, Inhalan, Ketum

Kredit to AADK Daerah Yan Kedah




SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KETUA AADK DAERAH SAMARAHANWarga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sam...
22/09/2026

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS KETUA AADK DAERAH SAMARAHAN

Warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Samarahan merakamkan ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Ketua AADK Daerah Samarahan yang baharu.

Kehadiran kepimpinan baharu ini diharap dapat memperkukuh lagi kerjasama serta semangat berpasukan dalam memperkasakan usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan berkaitan penyalahgunaan dadah di daerah Samarahan.

Seluruh warga AADK Daerah Samarahan menyambut baik kepimpinan baharu dengan iltizam untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat serta memperkukuh jaringan kerjasama bersama agensi kerajaan, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan dan rakan strategik.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuh aspirasi Samarahan Bebas Dadah.

Selamat datang dan selamat bertugas!

Address

Matang
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share