01/10/2026
MESYUARAT PENYELARASAN & LAWATAN TAPAK JPJ RUN 2026 🏃♀️ 🏃♂️
Sibu, 30 September 2026(Rabu) - Persiapan bagi menjayakan JPJ RUN 2026 terus diperkemaskan menerusi Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Tapak yang telah diadakan di Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sibu.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada penyelarasan keseluruhan perjalanan program termasuk susun atur lokasi acara, kawasan pelepasan dan penamat (Start/Finish), grandstand, sistem PA, kawasan refreshment dan medal, pergerakan peserta serta pengurusan tempat letak kenderaan awam.
Lawatan tapak turut melibatkan penelitian terhadap laluan larian bagi kategori 5KM dan 10KM. Pasukan penganjur meninjau laluan yang akan digunakan bagi mengenal pasti keadaan sebenar jalan, lokasi persimpangan, kawasan pusingan, keperluan kawalan lalu lintas serta kedudukan stesen air.
Bagi kategori 5KM, pelepasan dijadualkan pada 6.45 pagi dari JPJ Cawangan Sibu, melalui Jalan Oya Lama → Jalan Tunku Abdul Rahman → Jalan Oya Lama sebelum kembali dan tamat di JPJ Cawangan Sibu.
Bagi kategori 10KM, pelepasan dijadualkan lebih awal pada 6.30 pagi dari JPJ Cawangan Sibu, melalui Jalan Oya Lama → Jalan Tunku Abdul Rahman → Jalan Deshon → Jalan Tunku Abdul Rahman → Jalan Oya Lama sebelum kembali ke garisan penamat di JPJ Cawangan Sibu.
Turut diberi perhatian ialah lokasi stesen air, arah pergerakan peserta dan titik-titik yang memerlukan kawalan serta pemantauan petugas, bagi membantu memastikan perjalanan larian lebih teratur dan selamat.
Lawatan di kawasan acara p**a dilaksanakan bagi menyelaraskan kedudukan Start/Finish, VIP Stand Flag-Off, grandstand, PA System, refreshment/medal serta kawasan-kawasan sokongan acara dengan keadaan sebenar di lokasi.
Segala persiapan dan penyelarasan sedang dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan JPJ RUN 2026 dapat berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat.
📅 8 November 2026
📍 Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sibu
🔥 Jumpa anda di JPJ RUN 2026!