04/09/2026
4 September 2026 | Sesi Penyerahan Geran Pelaksanaan Kajian di bawah Sarawak Social Development Council Research Grant (SDCRG)
Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS) telah mengadakan Sesi Penyerahan Geran Pelaksanaan Kajian di bawah Sarawak Social Development Council Research Grant (SDCRG) sebagai tanda bermulanya pelaksanaan kajian-kajian yang telah diluluskan di bawah inisiatif ini.
Sesi ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, melibatkan penyerahan geran kepada 4 pasukan penyelidik yang diluluskan.
SDCRG merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak melalui MPS bagi memperkukuh penyelidikan dalam bidang sains sosial, khususnya berkaitan isu-isu sosial semasa dan keutamaan di Sarawak.
Melalui pelaksanaan kajian ini, dapatan yang dihasilkan diharapkan dapat menyediakan bukti dan input yang relevan bagi menyokong perancangan dasar, program serta intervensi sosial yang lebih berfokus dan berimpak kepada masyarakat Sarawak.
Tahniah kepada semua penerima geran dan selamat melaksanakan kajian!
Untuk maklumat lanjut mengenai SDCRG, sila hubungi Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS) di talian 082-374700 atau layari laman sesawang rasmi KPWK Sarawak.