Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching

Directions Contact the organization

Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching Akaun Facebook Rasmi PSTL Kuching, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pegawai Memerintah dan seluruh warga The Navy People Kuching mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya, LK PNK M...
25/10/2026

Pegawai Memerintah dan seluruh warga The Navy People Kuching mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya, LK PNK Mahathir Irwan bin Masran yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya bersama PSSTLDM pada 1 Mei 26 yang lalu.

Terima kasih atas segala pengalaman, khidmat bakti dan pengorbanan kepada pasukan serta perkhidmatan selama 20 tahun berkhidmat.

Fair Winds & Following Seas, LK PNK Mahathir Irwan bin Masran!

Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pasukan Simpanan TLDM

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 & 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔“𝑰𝒏𝒕𝒆𝒈𝒓𝒊𝒕𝒚 𝒊𝒔 𝒅𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒉𝒆 𝒓𝒊𝒈𝒉𝒕 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈, 𝒆𝒗𝒆𝒏 𝒘𝒉𝒆𝒏 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒊𝒔 𝒘𝒂𝒕𝒄𝒉𝒊𝒏𝒈” – 𝑪....
23/10/2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 & 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

“𝑰𝒏𝒕𝒆𝒈𝒓𝒊𝒕𝒚 𝒊𝒔 𝒅𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒉𝒆 𝒓𝒊𝒈𝒉𝒕 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈, 𝒆𝒗𝒆𝒏 𝒘𝒉𝒆𝒏 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒊𝒔 𝒘𝒂𝒕𝒄𝒉𝒊𝒏𝒈” – 𝑪. 𝑺. 𝑳𝒆𝒘𝒊𝒔

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 23 Oktober – Esei bertajuk “Kesan Media Sosial Terhadap Disiplin dan Imej TLDM” hasil penulisan LK TNL Zaimira binti Julihi dari PSTL Kuching berjaya merangkul tempat pertama dalam Peraduan Mengarang Esei Maritim bagi Kategori Laskar anjuran Bahagian Inspektorat Jeneral, Markas Tentera Laut.

Hari Inovasi & Hari Integriti TLDM disambut dan diraikan setiap tahun bertujuan untuk menerap budaya inovasi secara berterusan disamping memberi pengiktirafan kepada warga Navy People yang aktif dalam bidang inovasi seterusnya menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.

Bertemakan ‘Inovasi Dicipta, Kualiti Dijana, Integriti Diperkasa’, sambutan telah disempurnakan oleh Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Tentera Laut di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mengupas kandungan hasil tulisan tersebut adalah sifat media sosial yang terbuka, pantas dan berpengaruh menjadikannya medium yang mampu membentuk persepsi masyarakat terhadap organisasi. Kesilapan individu yang dikongsikan secara terbuka berpotensi menjejaskan persepsi awam terhadap institusi secara keseluruhan.

Justeru, penggunaan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan disiplin warga terpelihara serta imej TLDM terus dipertahankan dalam era digital ini.

Tahniah LK TNL Zaimira binti Julihi!

Sumber | Artikel: PR PWTL Kuching
Gambar: BKS MTL

Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pasukan Simpanan TLDM

AUDIT VERIFIKASI PEJABAT PEGAWAI WAKIL TENTERA LAUT (AV PWTL) KUCHING TAHUN 2026KUCHING, 21 Okt – Audit Verifikasi Pejab...
22/10/2026

AUDIT VERIFIKASI PEJABAT PEGAWAI WAKIL TENTERA LAUT (AV PWTL) KUCHING TAHUN 2026

KUCHING, 21 Okt – Audit Verifikasi Pejabat PWTL Kuching Tahun 2026 telah berlangsung selama tiga hari, bermula 19-21 Okt 26, telah melabuhkan tirainya hari ini.

TAHNIAH YANG BERBAHAGIA DATO'Pegawai Memerintah dan seluruh warga Navy People Kuching mengucapkan setinggi-tinggi tahnia...
21/10/2026

TAHNIAH YANG BERBAHAGIA DATO'

Pegawai Memerintah dan seluruh warga Navy People Kuching mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Laksamana Madya Dato’ Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar, Panglima Armada Timur ke-7.

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam meneruskan kecemerlangan serta memperkukuh keupayaan Markas Pemerintahan Armada Timur dalam mempertahankan kedaulatan perairan maritim negara. Kepimpinan dan dedikasi YBhg Dato’ diharapkan dapat terus memacu kecemerlangan serta kesiapsiagaan armada dalam mendepani cabaran maritim.

Semoga YBhg Dato' dan keluarga dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan kekuatan dalam menggalas amanah yang diberikan demi kedaulatan negara dan keunggulan TLDM.

Selamat menjalankan tugas YBhg Dato'. Semoga terus cemerlang dalam memimpin!

Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pemerintahan Armada Timur
Markas Pasukan Simpanan TLDM

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗥𝗠𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥KOTA KINABALU, 20 Oktober 2026 – Majlis Pemakaian P...
21/10/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗥𝗠𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥

KOTA KINABALU, 20 Oktober 2026 – Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Armada Timur telah berlangsung di Dewan Sepanggar, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Datuk Ts. Badarudin bin Taha.

FAIR WINDS & FOLLOWING SEASPegawai Memerintah dan seluruh warga Navy People Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghorma...
20/10/2026

FAIR WINDS & FOLLOWING SEAS

Pegawai Memerintah dan seluruh warga Navy People Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghormatan serta ucapan Selamat Bersara kepada Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris, Panglima Armada Timur ke-6.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, jasa, kepimpinan dan pengorbanan YBhg Dato’ dalam berbakti kepada negara serta Tentera Laut Diraja Malaysia amat dihargai. Dedikasi dan komitmen yang dicurahkan telah menjadi sebahagian daripada legasi khidmat yang akan terus dikenang oleh seluruh warga perkhidmatan.

Sesungguhnya, persaraan ini menandakan berakhirnya satu fasa pengabdian yang penuh bermakna, namun sumbangan dan teladan YBhg Dato’ akan terus menjadi inspirasi kepada generasi warga TLDM seterusnya.

Jasamu dikenang, baktimu disanjung dan legasimu kekal terpahat.

Semoga YBhg Dato’ dan keluarga dikurniakan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Fair winds and following seas, YBhg Dato’.

Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pemerintahan Armada Timur
Markas Pasukan Simpanan TLDM

17/10/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 - 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐖𝐀𝐍, 𝐒𝐈𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍“𝑾𝒉𝒆𝒏 𝒘𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒓𝒆𝒆𝒔, 𝒘𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒏𝒕 𝒕...
17/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 - 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐖𝐀𝐍, 𝐒𝐈𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍

“𝑾𝒉𝒆𝒏 𝒘𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒓𝒆𝒆𝒔, 𝒘𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒔𝒆𝒆𝒅𝒔 𝒐𝒇 𝒑𝒆𝒂𝒄𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒔𝒆𝒆𝒅𝒔 𝒐𝒇 𝒉𝒐𝒑𝒆.” – 𝑾𝒂𝒏𝒈𝒂𝒓𝒊 𝑴𝒂𝒂𝒕𝒉𝒂𝒊

𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆, 17 Oktober – Tentera Laut Diraja Malaysia melalui Pejabat PWTL dan PSTL Kuching telah melaksanakan tanggungjawab sosial menerusi penganjuran Program Penanaman Pokok di Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan, Siburan dengan kerjasama agensi kerajaan dan juga swasta.

Selaras dengan Teras Keempat Pelan Strategik Kementerian Pertahanan Malaysia; Pengukuhan Kerjasama Awam dan Tentera (Civil-Military-Coorperation – CIMIC) Demi Pertahanan Menyeluruh, serta Fokus Kelapan Perutusan Tahun 2025 Menteri Pertahanan Malaysia; Mewujudkan Masyarakat Patriotik dan Menghargai Kemanan serta Kedaulatan, program ini dilaksanakan dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad di sekitar kawasan sekolah.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, di samping menyokong usaha memelihara dan memulihara alam sekitar serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat melalui kerjasama strategik antara sektor awam dengan sektor swasta.

Sumber | Artikel | Gambar: PR PWTL Kuching

Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pasukan Simpanan TLDM
Sarawak Energy Berhad
Pejabat Pendidikan Daerah Padawan
SMK Padawan Yea1306

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
17/10/2026

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 – 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀 𝐉𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈, 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐋𝐇𝐃𝐍) 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊“𝑨𝒏 𝒊𝒏𝒗𝒆𝒔𝒕𝒎𝒆𝒏𝒕 𝒊𝒏 𝒌𝒏𝒐𝒘𝒍𝒆𝒅𝒈𝒆 𝒑𝒂𝒚𝒔 𝒕𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒔𝒕 ...
14/10/2026

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 – 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀 𝐉𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈, 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐋𝐇𝐃𝐍) 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

“𝑨𝒏 𝒊𝒏𝒗𝒆𝒔𝒕𝒎𝒆𝒏𝒕 𝒊𝒏 𝒌𝒏𝒐𝒘𝒍𝒆𝒅𝒈𝒆 𝒑𝒂𝒚𝒔 𝒕𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒔𝒕 𝒊𝒏𝒕𝒆𝒓𝒆𝒔𝒕” – 𝑩𝒆𝒏𝒋𝒂𝒎𝒊𝒏 𝑭𝒓𝒂𝒏𝒌𝒍𝒊𝒏

𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆, 14 Okt – Pejabat PWTL dan PSTL Kuching dengan kerjasama LHDN Sarawak telah melaksanakan satu Taklimat HASiL – Rahsia Jimat Cukai kepada warga Navy People Kuching semalam.

Program adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga mengenai pengurusan percukaian serta kepentingan perancangan kewangan yang teratur bagi mengoptimumkan manfaat pelepasan dan rebat cukai yang layak dituntut mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Himlearn Wilfred dari Jabatan Khidmat Korporat, LHDN Sarawak merangkumi beberapa aspek utama percukaian langsung, antaranya adalah pelepasan cukai (tax relief), pengurusan e-Filing, penggunaan portal dan aplikasi MyTax, penyediaan dokumen, simpanan rekod, tuntutan zakat, rebat cukai dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, taklimat ini memberikan satu pendedahan yang bermanfaat kepada warga Navy People Kuching dalam memahami peraturan percukaian langsung serta memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak LHDN bagi memastikan pengurusan cukai dilaksanakan dengan tepat dan teratur.

Sumber | Artikel | Gambar: PR PWTL Kuching

Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pasukan Simpanan TLDM
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Address

Lot 3292, Sek. 64 KTLD, Jalan Datuk Abg Abd Rahim
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching:

Shortcuts

Share

Category