Natural Resources & Environment Board - NREB Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

Natural Resources & Environment Board - NREB Sarawak Official page of Natural Resources and Environment Board, Sarawak (NREB) a) PRIVACY POLICY

i. ii. iii. v.

Your Privacy - If you choose to interact using our site or send an e-mail which provides personally identifiable data, this data maybe shared where necessary with other agencies so as to serve you in the most efficient and effective manner. Data Protection - Leading technologies including encryption software is used to safeguard any data given to us and strict security standards are maintained to prevent unauthorised access. Feedback - We welcome all feedbacks/inquiries via email [email protected]

iv. Cookies - โ€˜cookiesโ€™, which are collected by web-servers to enable them to recognise your future visits. NREB Sarawak FB page contains links to our official website at http://www.nreb.gov.my

vi. Changes to this Policy - If this privacy policy changes in any way, it will be updated on this page. Regularly reviewing this page ensures you are updated on the information which is collected, how it is used and under what circumstances, if any, it is shared with other parties. b) SECURITY POLICY

No personal information will be collected while you browse this site except for information submitted by you via e-mail. c) DISCLAIMER

The NREB Sarawak is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. d) CONTACT US

For any service-related complaints or concerns, visit
https://talikhidmat.sarawak.gov.my/talikhidmat/web/home/feedback/

https://www.nreb.gov.my/

Copyright ยฉ 2021 Natural Resources and Environment Board Sarawak

SEMINAR PEMERKASAAN KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM (KMKK) DALAM PENJAGAAN ALAM SEKITAR KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN DAERA...
01/10/2026

SEMINAR PEMERKASAAN KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM (KMKK) DALAM PENJAGAAN ALAM SEKITAR KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN DAERAH TANJUNG MANIS 2026

29 September 2026 | Kompleks Industri Perabot Pusaka Tanjung Manis (KIPPTM), Tanjung Manis

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dalam Penjagaan Alam Sekitar ke Arah Pembangunan Mampan Daerah Tanjung Manis 2026 pada 29 September 2026 bertempat di Kompleks Industri Perabot Pusaka Tanjung Manis (KIPPTM), Tanjung Manis.

Penganjuran seminar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum mengenai aspek perundangan, dasar, garis panduan, tanggungjawab bersama serta amalan baik dalam pengurusan alam sekitar semasa pelaksanaan projek pembangunan. Seminar ini turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai peluang pembangunan, bantuan, skim sokongan dan pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak.

Turut hadir ialah YBhg. Datu Jack anak Liam, Controller Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak; YBrs. Tuan Ismail bin Kasah, Pegawai Daerah Tanjung Manis; YBrs. Tuan Madhan bin Kiflie, mewakili Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation (SFC); YBrs. Puan Chiong Siew Ping, Setiausaha Majlis Daerah Matu dan Daro; YBrs. Encik Robin Tigai, General Manager for Health, Safety & Environment (HSE), Sarawak Energy Berhad; dan YBrs. Puan Nina Melling, Administration and Operation Office Manager, Press Metal Kuching Branch.

Antara pengisian utama seminar ialah ceramah yang disampaikan oleh NREB, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Mukah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Mukah dan Majlis Daerah Matu dan Daro. Selain itu, turut diadakan demonstrasi penggunaan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tanjung Manis. Aktiviti lain termasuk saringan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Tanjung Manis, Jualan Rahmah, pameran dan perkongsian maklumat oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta cabutan bertuah.

Seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 350 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta wakil daripada pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan sektor swasta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua rakan strategik, jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan seminar ini, antaranya Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR), Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Pejabat Daerah Tanjung Manis, Majlis Daerah Matu dan Daro, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Sarawak Forestry Corporation (SFC), Sarawak Energy Berhad, Press Metal (Bintulu) Sdn. Bhd., Fraser and Neave Holdings Bhd., Jabatan Pertanian Sarawak, Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKK), Klinik Kesihatan Tanjung Manis, Rajang Delta Development Agency (RADDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Kerjasama strategik antara komuniti, agensi pelaksana, pemaju dan pihak berkuasa amat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara mampan, memberikan manfaat kepada rakyat serta memelihara kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.



28/09/2026

๐Ÿšซ๐Ÿ”ฅ LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran terbuka boleh membahayakan kesihatan, alam sekitar dan dikenakan tindakan undang-undang.

Bersama kita lindungi alam sekitar demi Sarawak yang hijau, bersih dan sihat.


25/09/2026
25/09/2026
09/09/2026
09/09/2026

47 DAYS TO GO!

Join educators, researchers and changemakers at the Environmental Education Conference (EEC) 2026 as we explore how environmental literacy can empower future generations and inspire sustainable action.

๐Ÿ“… 27โ€“28 October 2026
๐Ÿ“ Imperial Hotel, Kuching, Sarawak

Secure the Early Bird Rate before 15 September 2026!

๐Ÿ”— Register now at www.eec2026.org

Be part of the movement towards a more environmentally conscious and sustainable future.

Address

18th-20th Floors, Menara Pelita
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082447488

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Natural Resources & Environment Board - NREB Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Natural Resources & Environment Board - NREB Sarawak:

Shortcuts

Share