SMK Bandar Kuching No.1

Call Directions Website Contact the organization

SMK Bandar Kuching No.1 SMK Bandar Kuching No.1 official page

LAPORAN PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2026A) PENGENALAN / LATAR BELAKANGProgram Hari Cuci Malaysia Bagi Tahun 2026 me...
26/09/2026

LAPORAN PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2026

A) PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Program Hari Cuci Malaysia Bagi Tahun 2026 merupakan satu inisiatif sekolah untuk memupuk budaya kebersihan dan persekitaran yang kondusif. Melalui penglibatan menyeluruh warga sekolah, program ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat, dan ceria.

B) BUTIRAN PELAKSANAAN

β€’ Nama Program: Hari Cuci Malaysia Bagi Tahun 2026

β€’ Tarikh: 23 September 2026 (Rabu)

β€’ Masa: 1.00 petang – 3.00 petang (Waktu perjumpaan Kokurikulum)

β€’ Tempat: Bilik darjah, Bengkel, Makmal Sains, Bilik Guru, Pejabat, dan kawasan sekitar sekolah

β€’ Kumpulan Sasaran / Kehadiran: Semua guru, staf sekolah, murid, dan pekerja pembersihan kawasan

C) OBJEKTIF PROGRAM

1. Membudayakan amalan kebersihan dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah secara berterusan.

2. Meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan persekitaran.

3. Memupuk semangat kerjasama dan gotong-royong dalam kalangan guru, staf, murid, dan pekerja pembersihan kawasan.

4. Mewujudkan suasana sekolah yang bersih, selesa, ceria, dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Memupuk rasa tanggungjawab dan sikap prihatin terhadap kebersihan serta kemudahan awam di kawasan sekolah.

6. Menggalakkan penglibatan aktif seluruh warga sekolah dalam menjaga dan menceriakan persekitaran sekolah.

D) RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Program Hari Cuci Malaysia Tahun 2026 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sokongan padu daripada pihak pentadbir serta komitmen warga sekolah telah memastikan persekitaran sekolah menjadi lebih bersih, selesa, dan kondusif untuk proses PdP.

E) RINGKASAN IMPAK & PENILAIAN PROGRAM

1. Kelebihan & Impak
i)Kehadiran dan penglibatan penuh daripada pentadbir, guru, murid, dan pekerja pembersihan. Kawasan sasaran (bilik darjah, bengkel, makmal, pejabat) berjaya dibersihkan dan diceriakan.
ii)Menyokong Aspek 2.5 (Iklim - Standard 2.5.1) dalam menyelenggara, membersihkan, dan menceriakan persekitaran fizikal sekolah secara sistematik.

2. Kerjasama Pentadbiran
i) Pihak pentadbir memberi sokongan padu dalam memastikan kelancaran dan kemenjadian program.
ii)Memenuhi Standard 1 (Kepemimpinan - Standard 1.3.3) iaitu menggerakkan warga sekolah dan menyertai aktiviti sekolah secara berterusan.

3. Penglibatan Komuniti/Pekerja Swasta
i) Kerjasama berkesan antara murid, guru, dan pekerja pembersihan kawasan sekolah.
ii) Menyokong Aspek A3 (Staf Bukan Guru) dan Aspek 2.7 (Permuafakatan Strategik) melalui penglibatan pelbagai pihak.

F) TINDAKAN SUSULAN

1. Menyediakan agihan tugasan dan alatan kebersihan mengikut zon dengan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan penyediaan peralatan.

2. Mengadakan jadual penyelenggaraan kebersihan susulan secara berkala untuk mengekalkan tahap keceriaan dan kebersihan persekitaran fizikal sekolah.

"BERSAMA KE ARAH KECEMERLANGAN"

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟐.πŸ“ [πŸ‘.𝟐.πŸ“.𝟏]Program kecemerlangan kokurikulum diurus untuk mengoptimumkan bakat dan potensi murid.P...
24/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟐.πŸ“ [πŸ‘.𝟐.πŸ“.𝟏]
Program kecemerlangan kokurikulum diurus untuk mengoptimumkan bakat dan potensi murid.
Program kecemerlangan kokurikulum diurus secara profesional dan terancang.

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππ„π‘π‚π„π‘πˆπ“π€ π’π„πŒππ„ππ€ π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ ππ„ππ‚π„π‘πˆπ“π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”
Tarikh : 21 September 2026
Tempat : Dalam Talian
Penglibatan : Lincoln Wee Shin Howe
Peringkat: Kebangsaan

πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ…:
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan pengucapan awam murid melalui penceritaan.
Mengoptimumkan bakat serta kebolehan murid dalam bidang seni bahasa untuk mencapai kecemerlangan.

π‘π”πŒπ”π’π€π:
Penyertaan murid dalam festival penceritaan ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya memberi pendedahan yang sangat bermakna di peringkat kebangsaan.

πˆπŒππ€πŠ:
Murid telah berjaya meraih kedudukan Saguhati bagi Kategori Pelajar Sekolah Menengah Rendah (13-15 Tahun) melalui cerita "Tiga Sahabat, Satu Hati".
Tahap keyakinan diri dan kemahiran berbahasa murid menunjukkan peningkatan yang cemerlang.

π“πˆππƒπ€πŠ 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋:
Merancang dan melaksanakan latihan intensif yang berterusan bagi memastikan murid lebih bersedia untuk pertandingan pada masa akan datang.

β€œππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„ 𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€πβ€
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟏.𝟐 [πŸ‘.𝟏.𝟐.𝟏] Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pelaksan...
22/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟏.𝟐 [πŸ‘.𝟏.𝟐.𝟏] Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang.
𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟏.𝟐 [πŸ‘.𝟏.𝟐.𝟐] Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.
𝐏𝐄𝐍𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ”π‘πˆπŠπ”π‹π”πŒ ππ„π‘π’π„πŠπŽπ‹π€π‡π€π πŸπŸŽπŸπŸ• π”ππ“π”πŠ π’π”ππ‰π„πŠ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 πŒπ„π‹π€π˜π” Tarikh : 17 September 2026 Hari : Khamis Masa : 1:30 petang - 3:30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Bandar Kuching No.1 Penglibatan : Semua Guru Bahasa Melayu
πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ…: Meningkatkan kefahaman ahli Panitia Bahasa Melayu terhadap penataraan kurikulum persekolahan 2027 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Menyelaraskan perancangan pelaksanaan kurikulum serta elemen pembentukan karakter agar dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Memperkasa kompetensi ahli Panitia Bahasa Melayu dalam merancang serta melaksanakan PdP Bahasa Melayu yang berkualiti dan berkesan.
π‘π”πŒπ”π’π€π: Program Penataran Kurikulum Persekolahan 2027 untuk Subjek Bahasa Melayu telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut ketetapan masa dan tempat yang dirancang. Semua guru Panitia Bahasa Melayu telah mendedahkan diri secara mendalam kepada struktur kurikulum baharu Tingkatan Satu serta kaedah penerpan elemen pembentukan karakter dalam PdP. Perbincangan profesional dan penyelarasan perancangan kurikulum dapat disempurnakan secara terancang dan sistematik demi memastikan persediaan mantap menjelang pelaksanaan kurikulum baharu.
πˆπŒππ€πŠ: Ahli Panitia Bahasa Melayu mendapat kefahaman yang jelas dan menyeluruh mengenai penataraan kurikulum persekolahan 2027 bagi Tingkatan Satu. Perancangan pelaksanaan kurikulum dan penerapan elemen pembentukan karakter dalam PdP Bahasa Melayu diselaraskan secara mantap dan seragam. Kompetensi dan keyakinan guru-guru Bahasa Melayu dalam merancang serta menyampaikan pengajaran yang berkualiti tinggi meningkat secara optimum.
π“πˆππƒπ€πŠ 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋: Mengadakan sesi Perkongsian Amalan Terbaik (PLC) dan bengkel penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berpandukan kurikulum baharu secara berterusan. Menyemak dan memantau penyediaan bahan pengajaran serta modul sokongan kurikulum 2027 dari semasa ke semasa. Mengumpul maklum balas pelaksana PdP Bahasa Melayu untuk penambahbaikan strategi pengajaran menjelang pelaksanaan penuh pada tahun 2027.
β€œππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„ 𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€πβ€
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟏.𝟐 [πŸ‘.𝟏.𝟐.πŸ‘]Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Program pe...
19/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟏.𝟐 [πŸ‘.𝟏.𝟐.πŸ‘]
Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang.

ππ„ππ†πŠπ„π‹ πŠπ„π‘π‰π€ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 π’ππŒ πŸπŸŽπŸπŸ”
Tarikh : 17/09/2026
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Auditorium JPN Sarawak
Penglibatan : 21 orang murid Tingkatan 5, Guru Pengiring - Cikgu Alice Beredai ak. Ngelai & Cikgu Hendrew Lee Parnell

πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ…:
1. Meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid Tingkatan 5 terhadap teknik menjawab soalan Sejarah SPM.
2. Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2026.

π‘π”πŒπ”π’π€π:
Bengkel Kerja Program Kecemerlangan Sejarah SPM 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Semua 21 orang murid Tingkatan 5 telah memberikan komitmen yang amat tinggi sepanjang sesi bengkel berlangsung di Auditorium JPN Sarawak dengan bimbingan dan kawalan daripada guru pengiring.

πˆπŒππ€πŠ:
1. Murid memperoleh kemahiran dan teknik menjawab soalan Sejarah SPM secara lebih berfokus dan berkesan.
2. Tahap keyakinan dan motivasi murid untuk menghadapi peperiksaan SPM 2026 meningkat.

π“πˆππƒπ€πŠ 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋:
1. Melaksanakan latihan pengukuhan berterusan di peringkat sekolah bagi memantapkan lagi teknik yang telah dipelajari.
2. Memberikan bimbingan berfokus kepada murid yang masih memerlukan bantuan khusus sebelum peperiksaan sebenar.

β€œππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„ 𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€πβ€
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ’: π€π’ππ„πŠ πŸ’.πŸ‘ [πŸ’.πŸ‘.𝟏]Guru berperanan sebagai pembimbing untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam pembelajaran.Gu...
18/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ’: π€π’ππ„πŠ πŸ’.πŸ‘ [πŸ’.πŸ‘.𝟏]
Guru berperanan sebagai pembimbing untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam pembelajaran.
Guru membimbing murid secara berhemah dan sistematik.

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π ππ‘πŽπ’π„π’ π’π€πˆππ’ πŒπ€π“π€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 π’π€πˆππ’ πƒπˆ πŠπ„π‹π€π’ 𝟐𝐁
Tarikh : 10 Ogos 2026
Hari : Isnin
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Kelas 2B
Penglibatan : Cikgu Tay Chun Mon dan 35 orang murid 2B

πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ…:
Memahirkan murid cara menulis pemerhatian, inferens dan definisi secara operasi.

π‘π”πŒπ”π’π€π:
Sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains telah berjaya dijalankan secara terancang mengikut jadual yang ditetapkan. Murid-murid diberikan bimbingan secara langsung dan berpandu bagi memahami konsep serta kaedah penulisan jawapan sains yang tepat.

πˆπŒππ€πŠ:
Murid-murid berupaya mengenal pasti dan menulis pemerhatian serta inferens dengan betul berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
Tahap pemahaman dan keyakinan murid dalam merumus definisi secara operasi dapat ditingkatkan secara berkesan.

π“πˆππƒπ€πŠ 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋:
Memberikan latihan pengukuhan berasaskan soalan format peperiksaan secara berkala untuk memantapkan lagi kemahiran proses sains murid.
Mengadakan sesi bimbingan berfokus bagi murid yang masih memerlukan bantuan tambahan dalam menguasai penulisan definisi secara operasi.

β€œππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„ 𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€πβ€
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟐.𝟐 [πŸ‘.𝟐.𝟐.𝟏]Kelab/persatuan diurus untuk mengukuhkan pembelajaran di bilik darjah, mengembangkan po...
17/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟐.𝟐 [πŸ‘.𝟐.𝟐.𝟏]
Kelab/persatuan diurus untuk mengukuhkan pembelajaran di bilik darjah, mengembangkan potensi dan memupuk nilai estetika dan sosial yang positif.
Kelab/persatuan diurus secara sistematik dan terancang.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.𝟐.πŸ“ [πŸ‘.𝟐.πŸ“.𝟏]
Program kecemerlangan kokurikulum diurus untuk mengoptimumkan bakat dan potensi murid.
Program kecemerlangan kokurikulum diurus secara profesional dan terancang.

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πƒπ„πŠπ‹π€πŒπ€π’πˆ ππ‘πŽπ’π€ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 π‚πˆππ€ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ€π‡π€π†πˆπ€π πŠπ”π‚π‡πˆππ†, π’π€πŒπ€π‘π€π‡π€π, π’π‘πˆ π€πŒπ€π 𝐃𝐀𝐍 π’π„π‘πˆπ€π πŸπŸŽπŸπŸ”
Tarikh : 16 September 2026
Hari : Rabu
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Auditorium MBKS
Penglibatan : Lincoln Wee Shin Howe (1B) dan Lucas Chan Zun Xing (5B)

πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ…:
Mencungkil dan mengasah bakat murid dalam bidang deklamasi prosa Bahasa Cina.
Meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai.
Memupuk minat murid terhadap seni kebudayaan dan bahasa serta menggalakkan persaingan yang sihat.

π‘π”πŒπ”π’π€π:
Pertandingan Deklamasi Prosa Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Serian 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Penglibatan murid dalam pertandingan anjuran Persatuan Bekas Penuntut Maktab Perguruan Sarawak ini memperlihatkan komitmen yang tinggi serta penyertaan yang amat membanggakan. Murid berikut telah melakar kejayaan cemerlang.

Lincoln Wee Shin Howe telah meraih Tempat Kedua bagi Reka Bentuk Latar dan Tempat Ketiga bagi Deklamasi Prosa Bahasa Cina Kategori Menengah Rendah.

Lucas Chan Zun Xing telah meraih Sagu Hati Deklamasi Prosa Bahasa Cina Kategori Menengah Atas.

πˆπŒππ€πŠ:
Murid berjaya menguji dan mengoptimumkan potensi diri serta bakat deklamasi prosa di peringkat bahagian.
Keyakinan diri dan daya saing murid bertambah mantap hasil daripada pengiktirafan pencapaian yang diperoleh.
Imej dan prestasi kokurikulum sekolah dapat ditingkatkan dalam bidang bahasa dan kebudayaan.

π“πˆππƒπ€πŠ 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋:
Mengadakan latihan intensif dan bengkel teknik deklamasi secara berterusan bagi persediaan pertandingan akan datang.
Mengenal pasti dan menggilap pelapis bakat baharu dari peringkat awal menerusi kelab dan persatuan bahasa di sekolah.

β€œππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„ 𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€πβ€
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

🌹 SELAMAT BERSARA & SELAMAT HARI LAHIR 🌹Seluruh warga SMK Bandar Kuching No. 1 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan da...
16/09/2026

🌹 SELAMAT BERSARA & SELAMAT HARI LAHIR 🌹

Seluruh warga SMK Bandar Kuching No. 1 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Azzuddin bin Haji Matrang, Pengetua Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, atas segala jasa, kepimpinan, bimbingan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan.

Bersempena hari lahir beliau pada 17 September 2026 serta persaraan yang diraikan, kami mendoakan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan Tuan Haji kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa, kebahagiaan bersama keluarga tercinta, rezeki yang luas lagi diberkati serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Semoga segala ilmu, tunjuk ajar, pengorbanan dan kebaikan yang telah dicurahkan menjadi amal jariah yang berterusan, diberikan ganjaran yang berlipat ganda serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Jasa dikenang, budi disanjung, kepimpinan menjadi teladan.

Selamat bersara dan selamat hari lahir, Tuan Haji. Semoga hari-hari mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan, keberkatan dan kenangan yang indah.

Ikhlas daripada:
Pengetua serta seluruh warga SMK Bandar Kuching No. 1


Pejabat Pendidikan Daerah Kuching



16/09/2026
15/09/2026
𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: π€π’ππ„πŠ 𝟐.πŸ“ [𝟐.πŸ“.𝟏]Persekitaran dan suasana diurus supaya kondusif bagi kesejahteraan warga sekolah dalam mela...
15/09/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟐: π€π’ππ„πŠ 𝟐.πŸ“ [𝟐.πŸ“.𝟏]
Persekitaran dan suasana diurus supaya kondusif bagi kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab. Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang.

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 πŸ‘: π€π’ππ„πŠ πŸ‘.πŸ‘.πŸ‘ [πŸ‘.πŸ‘.πŸ‘.𝟏]
Keselamatan murid diurus untuk memastikan murid selamat dan memupuk amalan menjaga keselamatan dalam kalangan murid. Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang.

π€π”πƒπˆπ“ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡

Tarikh : 15 September 2026
Hari : Selasa
Masa : 7.00 pagi - 8.30 pagi
Tempat : Sekitar Kawasan Sekolah
Penglibatan : Semua PK dan Semua GBK.

πŽππ‰π„πŠπ“πˆπ…:
Menjamin keselamatan warga sekolah terutamanya murid, guru dan kakitangan.Memantau keadaan fizikal sekolah dan mengenal pasti kerosakan kemudahan seperti pagar, tandas, lampu, paip atau bangunan.Mengawal kawasan berisiko tinggi (hotspot) untuk mengelakkan aktiviti tidak sihat atau kemalangan.Meningkatkan kesiapsiagaan melalui pemeriksaan laluan kecemasan dan alat pemadam api.

π‘π”πŒπ”π’π€π:
Program Audit Keselamatan Fizikal Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya melalui pemantauan menyeluruh di sekitar kawasan sekolah. Pasukan audit telah memeriksa keadaan prasarana fizikal serta sistem keselamatan bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk semua warga sekolah.

πˆπŒππ€πŠ:
Kerosakan pada kemudahan fizikal sekolah dapat dikesan awal bagi mengelakkan risiko kecederaan.Kesiapsiagaan sekolah dalam menghadapi kecemasan meningkat melalui pemeriksaan peralatan keselamatan yang berfungsi baik.Suasana sekolah menjadi lebih selamat dengan pengawasan berterusan di kawasan-kawasan terpencil dan berisiko.

π“πˆππƒπ€πŠ 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋:
Menyediakan laporan bertulis mengenai kerosakan prasarana untuk tindakan pembaikan segera oleh pihak pengurusan.Mengadakan taklimat keselamatan kepada murid berdasarkan dapatan audit di kawasan hotspot.Menjadualkan audit keselamatan secara berkala setiap dua minggu sekali.

β€œππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„ 𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€πβ€

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Address

Kuching

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6082245957

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bandar Kuching No.1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK Bandar Kuching No.1:

Shortcuts

Share