Terabai Dayak & Dayak Defender

Directions

Terabai Dayak & Dayak Defender This native platform is to fight for Dayak rights

Pertimbang kelonggaran peraturan pewarisan senapang patah: AnyiOktober 15, 2026, Khamis - 5:01pmKUCHING: Kerajaan Sarawa...
15/10/2026

Pertimbang kelonggaran peraturan pewarisan senapang patah: Anyi

Oktober 15, 2026, Khamis - 5:01pm

KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta mempertimbangkan kelonggaran peraturan pewarisan senapang patah bagi membolehkan adik-beradik kandung mewarisi senjata berkenaan sekiranya pemiliknya tidak mempunyai anak atau waris langsung.

Anyi Jana (GPS-Ngemah) berkata, peraturan sedia ada yang hanya membenarkan pewarisan daripada ibu bapa kepada anak lelaki atau perempuan perlu diteliti bagi menangani situasi pemilik tidak mempunyai anak untuk mewarisi senapang patah berkenaan.

“Senapang patah merupakan sebahagian daripada harta pusaka warisan masyarakat Dayak, dengan pewarisannya berkait rapat dengan keluarga yang menjaga bilik utama rumah panjang.

“Kerajaan Sarawak ketika ini membenarkan pewarisan senapang patah dengan syarat senjata itu didaftarkan semula, manakala pemohon perlu lulus tapisan keselamatan dan kesihatan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2027 pada Persidangan DUN, hari ini.

Bagaimanapun katanya, skop pewarisan yang terhad kepada anak lelaki atau perempuan boleh menimbulkan kesulitan apabila pemilik senapang patah tidak mempunyai anak atau waris yang memenuhi syarat ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya pewarisan turut dibenarkan kepada adik-beradik kandung, sama ada lelaki atau perempuan, bagi memberi pilihan kepada keluarga untuk meneruskan pewarisan senjata berkenaan.

“Kelonggaran itu wajar dipertimbangkan bagi memastikan senapang patah yang diwarisi turun-temurun dapat terus diwariskan kepada ahli keluarga yang layak, tertakluk kepada syarat keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan,” tegasnya.

Sementara itu mengenai isu lain, Anyi memberitahu lebih 6,000 penduduk menetap di Skim Penempatan Semula (SPS) Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) di DUN Ngemah memohon Kerajaan Sarawak mengeluarkan surat hak milik bagi tapak rumah panjang mereka yang masih berstatus tanah kerajaan.

Katanya, isu itu memerlukan perhatian dan penyelesaian segera memandangkan penempatan berkenaan telah diwujudkan sejak 1972, lebih lima dekad lalu.

“Tiga SPS terbabit ialah SPS Nanga Jagau, SPS Nanga Ngungun dan SPS Nanga Tada, yang diwujudkan bagi mengekang ancaman komunis serta memastikan keselamatan penduduk ketika itu.

“Penduduk dipindahkan ke kawasan penempatan baharu menerusi penubuhan RASCOM bagi membolehkan mereka tinggal di kawasan yang lebih terkawal dan selamat.

“Bagaimanapun, selepas lebih 50 tahun, status pemilikan tanah bagi tapak rumah panjang di ketiga-tiga SPS berkenaan masih belum diselesaikan, sekali gus mendorong penduduk memohon agar hak mereka diberikan kepastian,” katanya.

Anyi berkata, lebih 60 rumah panjang yang menempatkan lebih 6,000 penduduk terlibat dalam isu berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta Kerajaan Sarawak meneliti perkara tersebut dan mengambil langkah sewajarnya bagi membolehkan surat hak milik tapak rumah panjang dikeluarkan kepada penduduk yang layak.

oleh
Jessica Jawing

Pautan Artikel:- https://www.utusanborneo.com.my/2026/10/15/pertimbang-kelonggaran-peraturan-pewarisan-senapang-patah-anyi

Foto: Reddit

Dah tak ada nama lain ke menamakan binatang seperti lembu sebagai Keling dan Kumang. Apa kewajarannya? Demi kuasa atau k...
03/10/2026

Dah tak ada nama lain ke menamakan binatang seperti lembu sebagai Keling dan Kumang. Apa kewajarannya? Demi kuasa atau kredit kepujian supata seluruh staf kamu naik pangkat dan anggap paling pandsi di dunia? Kamu ingat benda ni main-mainlah ya.

Ingat jangan fikir orang lain tiada kepercayaan walaupun kamu sudah menyambut kepercayaan baru. Mereka sendiri mengajak orang menghina kaum sendiri dan selama-lamanya orang akan mentertawakan kaum kamu sendiri.

Apa perasaan kamu kalau orang menamakan keturunan kamu tu lembu? Bagus sangatkah? Kalau benci sangat nak jadi kaum kamu sekarang, bagus buang nama kaum mu dalam JPN jadi kaum lain sebab malu dengan nama Tuhan lama Keling dan Kumang.

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah pada 28 September 2026 telah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau berus...
28/09/2026

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah pada 28 September 2026 telah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau berusia 100 tahun.

UCAPAN TAKZIAH DARIPADA DAYAK NATIVE INITIATIVE (DANI)

Dayak Native Initiative (DANI) merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, seluruh keluarga dan saudara beliau atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Tun Dr Siti Hasmah merupakan seorang isteri dan ibu yang penyayang, serta sahabat yang mesra kepada ramai orang. Selama tujuh dekad, beliau setia di sisi Tun Dr Mahathir dalam mengharungi tuntutan kehidupan sebagai tokoh masyarakat. Beliau menjadi teman dan sumber kekuatan kepada suaminya, sambil tetap membawa diri dengan penuh kelembutan, kewibawaan dan jati diri tersendiri.

Beliau juga akan dikenang atas khidmatnya sebagai doktor serta keprihatinannya terhadap kesihatan dan kebajikan masyarakat. Dr. Siti Hasmah merupakan wanita Melayu terawal yang memperjuangkan kesihatan awam luar bandar. Sumbangan beliau jauh melangkaui peranannya sebagai isteri kepada seorang bekas perdana menteri.

DANI menghargai kekuatan beliau yang tenang dalam menyokong keluarga tanpa berusaha menentukan haluan politik suaminya. Pada saat yang penuh duka ini, kami mengirimkan doa dan simpati yang tulus kepada Tun Dr Mahathir serta semua yang menyayangi beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarganya.

Dayak Native Initiative (DANI)
28 September 2026

15/09/2026

Harap individu berkenaan dikenakan tindakan. Ada YB yang mengecam dan termasuk membuat laporan polis terutama dari GPS dan UPKO setakat ini.

Umno Selangor guna 'jenaka Katolik' puji kebijaksanaan, kematangan ZahidZarrah MordenDiterbitkan: Sep 12, 2026 2:43 PMSe...
14/09/2026

Umno Selangor guna 'jenaka Katolik' puji kebijaksanaan, kematangan Zahid

Zarrah Morden

Diterbitkan: Sep 12, 2026 2:43 PM

Selepas Khairy Jamaluddin semalam, Umno Selangor p**a hari ini mengambil giliran memuji secara terbuka kebijaksanaan Ahmad Zahid Hamidi dalam memimpin parti dan negara.

Lebih menarik, wakil Umno Selangor itu, Noorazli Said menggunakan jenaka daripada ajaran Kristian Katolik untuk memahamkan perwakilan serta penyokong parti tersebut yang kini bertumpu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Berucap di hadapan ribuan hadirin pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, Noorazli menceritakan kisah seorang paderi yang memandu kereta Proton Saga bertransmisi manual ketika ternampak seorang biarawati menunggu di perhentian bas.

Paderi itu kemudian menawarkan diri untuk menghantar biarawati tersebut p**ang.

Namun, setiap kali paderi terbabit menukar gear, tangannya akan tersentuh paha biarawati tersebut dan dia membiarkan tangannya berada di situ.

Namun setiap kali perkara itu berlaku, biarawati berkenaan mengingatkan paderi tersebut supaya merujuk kepada ayat Mazmur ke-129 yang menyebabkan paderi terbabit menarik semula tangannya.

Sebaik tiba di rumah, kata Noorazli, paderi itu menyemak Bible untuk melihat apa sebenarnya yang terkandung dalam ayat tang dipetik oleh biarawati berkenaan, dan dia terkejut.

“Tuan-tuan nak tahu apa Surah Mazmur ayat ke-129 ni cakap?” katanya bersahaja, “surah Mazmur ayat 129 ni dalam bahasa Inggeris dia cakap – dengan izin – go forth and seek further up and you will find glory.

“Faham ke tak faham ni? Kalau tak faham saya terjemah ke bahasa Melayu. Maksudnya: dia kata, ‘teruskan usahamu kerana semakin ke atas semakin dekatlah kamu dengan kejayaan.’

“Justeru apa yang saya nak bagitahu dari cerita ini ialahlah, we must focus (kita mesti fokus) dan kita kena tahu apa yang kita nak buat,” katanya disambut dengan ketawa orang ramai.

Ungkapan itu – yang merupakan variasi daripada jenaka yang kadangkala dikongsi dalam kalangan penganut Kristian –sebenarnya tidak terkandung dalam ayat ke-129 Mazmur.

Noorazli yang juga Bendahari Umno Selangor kemudian menjelaskan bahawa cerita itu dikisahkan untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan ahli Umno kekal fokus dan mengetahui matlamat yang ingin dicapai.

Dia sebelum itu merujuk kepada ucapan yang disampaikan oleh Ahmad Zahid kepada ahli-ahli parti susulan kekalahan BN dalam PRU 2018.

Noorazli berkata ahli-ahli Umno ketika itu berasa hilang semangat akibat kekalahan besar dan pertama kali untuk gabungan itu sehingga menyebabkan rasa malu serta meninggalkan stigma sosial kepada mereka.

Pada PAU yang diadakan selepas kekalahan tersebut, kata Noorazli, Ahmad Zahid ada memberitahu ahli-ahli bahawa Umno akan bangkit semula dan menerajui kerajaan sebelum berakhirnya penggal parlimen.

Katanya ia kedengaran seperti tidak masuk akal namun ia terbukti sebaliknya berdasarkan “kemuncak” penegasan Ahmad Zahid semasa menyampaikan ucapan dasarnya semalam yang dianggap “melengkapi semua” aspek.

“Inilah kematangan politik yang kita – orang muda – harapkan harapkan, iaitu satu guidance, satu petunjuk yang perlu untuk kami ikuti,” katanya.

Seterusnya Noorazli yang juga Ketua Umno Sepang menambah, perwakilan kali ini datang dengan anggapan Ahmad Zahid akan menyampaikan ucapan dasar yang biasa-biasa saja dan tidakl banyak berbeza berbanding tahun-tahun lalu.

Namun, tambahnya, ternyata timbalan perdana menteri itu membawa gagasan yang tidak terfikir oleh penyokong Umno.

“Tetapi ucapan presiden pada kali ini benar-benar membuktikan bahawa inilah perdana menteri yang akan kita nobatkan pada PRU ke-16 nanti, insya-Allah,” katanya.

Sumber Berita: Malaysiakini
Gambar: Malaysiakini

Pautan Artikel:- https://www.malaysiakini.com/news/884911-umno-selangor-guna-jenaka-katolik-puji-kebijaksanaan-bakal-pm-ke-11

Segerakan penambahbaikan subsidi bahan api, peningkatan kuota subsidi RON95, bantuan dieselOgos 19, 2026, Rabu - 5:43pmM...
19/08/2026

Segerakan penambahbaikan subsidi bahan api, peningkatan kuota subsidi RON95, bantuan diesel

Ogos 19, 2026, Rabu - 5:43pm

MIRI: Kerajaan Persekutuan digesa menyegerakan pelaksanaan penambahbaikan subsidi bahan api, termasuk peningkatan kuota subsidi RON95 dan bantuan diesel kepada golongan layak, tanpa perlu menunggu sehingga dua atau tiga bulan sekiranya mekanisme pelaksanaannya dapat dimuktamadkan lebih awal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dayak Native Initiative (DANI) di sini hari ini, jika keperluan rakyat sudah dikenal pasti dan prinsip penambahbaikan berkenaan telah dipersetujui, pelaksanaannya wajar dipercepat bagi membantu rakyat yang terus berdepan kos operasi dan sara hidup setiap hari.

“Jangan tunggu sehingga beban rakyat semakin berat.

"Jika boleh dipercepat, segerakan,” menurut kenyataan tersebut.

DANI amat menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung persetujuan untuk mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi RON95 serta penambahbaikan bantuan diesel kepada golongan yang layak.

Pada masa sama, DANI mengambil perhatian terhadap cadangan Naib Presiden PKR Roland Engan mengenai keperluan meningkatkan kuota bahan api, yang menurutnya wajar diberi perhatian serius kerana mengambil kira realiti kehidupan masyarakat Sarawak.

Menurut DANI, keadaan geografi, jarak perjalanan serta corak penggunaan bahan api di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, berbeza berbanding kebanyakan kawasan bandar.

Katanya, bahan api bukan sekadar digunakan untuk kenderaan, malah menjadi keperluan penting kepada petani, pekebun kecil, nelayan darat, pengusaha bot, peniaga kecil serta masyarakat pedalaman untuk mengendalikan jentera pertanian, bot, jana kuasa dan pelbagai kegiatan ekonomi.

Justeru, DANI berpandangan isu subsidi bahan api tidak boleh dilihat hanya daripada aspek harga di pam kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kos sara hidup, pengangkutan, pengeluaran pertanian dan kelangsungan kegiatan ekonomi rakyat.

“Suara dan cadangan yang membawa realiti masyarakat Sarawak ke peringkat Persekutuan, termasuk yang dibangkitkan Roland, perlu dinilai berdasarkan keperluan sebenar rakyat di lapangan, bukannya melalui pendekatan satu kadar yang dianggap sesuai untuk semua kawasan,” katanya.

DANI turut menyambut baik cadangan membolehkan golongan yang layak memohon kuota melebihi 300 liter berdasarkan keperluan sebenar.

Menurutnya, pendekatan lebih fleksibel itu penting kerana kadar penggunaan bahan api berbeza mengikut individu, isi rumah dan jenis kegiatan ekonomi.

Bagaimanapun, mekanisme permohonan perlu dipastikan mudah, cepat dan tidak terlalu birokratik, terutama bagi masyarakat pedalaman yang berdepan kekangan capaian Internet atau tinggal jauh dari pusat pentadbiran.

DANI turut mencadangkan kerajaan menggunakan pangkalan data sedia ada daripada Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, agensi komoditi dan agensi kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti petani serta pengusaha yang benar-benar aktif.

Langkah itu katanya, penting bagi memastikan golongan yang sepatutnya menerima bantuan tidak tercicir daripada penambahbaikan subsidi berkenaan.

DANI pada masa sama menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan mendengar pandangan rakyat serta melakukan penambahbaikan terhadap mekanisme subsidi bahan api.

“Kesediaan Perdana Menteri mempertimbangkan cadangan peningkatan kuota merupakan perkembangan positif dan kita berharap pertimbangan itu dapat diterjemahkan kepada keputusan serta pelaksanaan secepat mungkin.

“Dalam keadaan kos operasi terus ditanggung rakyat setiap hari, masa juga merupakan sebahagian daripada bantuan.

"Lebih cepat dilaksanakan, lebih cepat rakyat mendapat manfaat,” demikian menurut DANI lagi.

Oleh Clare Cinderella

Sumber: Utusan Borneo
Foto: BERNAMA
Pautan Artikel:- https://www.utusanborneo.com.my/2026/08/19/segerakan-penambahbaikan-subsidi-bahan-api-peningkatan-kuota-subsidi-ron95-bantuan-diesel?fbclid=IwdGRjcATyinVjbGNrBPKKbXBkb2YBZXh0bgNhZW0CMTEAc3J0YwZhcHBfaWQMMzUwNjg1NTMxNzI4AAEeOrJIS1Y-kUb6oQTXxYRYGiqFtHq73Kscw8VFCXIB4FYQi3oh0955Km6T3jk_aem_-xgEXYjH5R-oBkjYcd8xLA

12/08/2026

DANI sambut seruan Premier Sarawak, tegaskan keadilan untuk semua

Ogos 12, 2026, Rabu - 3:42pm

MIRI: Dayak Native Initiative (DANI) menyambut baik seruan Premier Sarawak agar pembangunan dan perhatian kerajaan dilaksanakan secara adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negeri ini.

DANI dalam satu kenyataan, hari ini berkata, prinsip berkenaan penting dalam memastikan keharmonian, kestabilan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus dipelihara.

Menurutnya, kepelbagaian masyarakat Sarawak yang terdiri daripada Dayak, Melayu, Melanau, Cina serta pelbagai etnik lain merupakan kekuatan yang perlu terus dipertahankan.

“Dalam semangat tersebut, DANI berharap tidak ada satu pun kaum yang menghuni bumi Sarawak berasa dipinggirkan atau ketinggalan daripada arus pembangunan,” katanya.

DANI berkata keadilan bukan sekadar memberikan perkara yang sama kepada semua, sebaliknya turut bermaksud memastikan komuniti yang masih berdepan kekurangan dari segi infrastruktur, pendidikan, peluang ekonomi, kesihatan, perumahan dan kemudahan asas diberikan perhatian berdasarkan keperluan sebenar.

Katanya, perkara itu amat penting bagi masyarakat di luar bandar dan pedalaman, termasuk komuniti Dayak yang masih memerlukan kemudahan seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, telekomunikasi dan Internet, kesihatan serta peluang ekonomi yang lebih luas.

Dalam pada itu, DANI menegaskan prinsip keadilan untuk semua turut perlu merangkumi pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak serta warisan masyarakat asal Sarawak, khususnya berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Bagi masyarakat Dayak dan masyarakat asal yang lain, tanah adat bukan sekadar sebidang tanah, tetapi warisan turun-temurun, sumber kehidupan, asas kegiatan pertanian serta aset ekonomi penting untuk masa depan generasi mereka,” katanya.

Sehubungan itu, DANI berkata hak yang sah terhadap tanah adat perlu dihormati dan dilindungi, selain memastikan proses penyukatan serta pengeluaran hak milik dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berlandaskan undang-undang.

DANI turut mengambil maklum masih wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian masyarakat berhubung isu NCR, proses penyukatan, pengiktirafan hak serta pelaksanaan beberapa dasar yang menyentuh kepentingan masyarakat asal.

Menurut pertubuhan itu, kebimbangan berkenaan perlu didengar dan tidak sewajarnya dipandang ringan.

“Rasa tidak puas hati tersebut harus ditangani melalui dialog terbuka, penyampaian maklumat yang telus serta pelaksanaan dasar yang adil dan konsisten.

“Masyarakat perlu diberikan ruang untuk menyuarakan kebimbangan mereka, manakala kerajaan p**a perlu terus memperkukuhkan mekanisme penyelesaian supaya setiap isu dapat ditangani berdasarkan fakta, undang-undang dan prinsip keadilan,” katanya.

DANI berkata seruan supaya berlaku adil kepada semua perlu diterjemahkan melalui tindakan, bukan sahaja dalam aspek pengagihan pembangunan dan peluang ekonomi tetapi juga penghormatan terhadap hak masyarakat asal, termasuk hak yang sah terhadap tanah adat.

Pada masa sama katanya, prinsip itu perlu diterapkan dalam pengagihan peruntukan pembangunan, peluang pendidikan dan pekerjaan, pembangunan modal insan, keusahawanan serta penyertaan masyarakat dalam proses membuat keputusan.

“Memperjuangkan hak dan kemajuan masyarakat Dayak tidak bermaksud menafikan hak atau kepentingan masyarakat lain.

“Sebaliknya, DANI mahu melihat masyarakat Dayak maju bersama-sama masyarakat lain dalam sebuah Sarawak yang aman, makmur dan inklusif,” katanya.

DANI berkata kekuatan Sarawak terletak pada perpaduan dalam kepelbagaian dan sekiranya semua kaum dihormati, hak masyarakat asal dilindungi serta tiada komuniti dipinggirkan, keharmonian negeri akan terus menjadi kekuatan utama Sarawak.

“Tiada kaum dipinggirkan.

"Tiada wilayah ditinggalkan.

"Hak tanah adat dihormati.

"Keadilan untuk semua rakyat Sarawak,” menurut kenyataan DANI.

Oleh Clare Cinderella

Sumber: Utusan Borneo
Artikel Asal:- https://www.utusanborneo.com.my/2026/08/12/dani-sambut-seruan-premier-sarawak-tegaskan-keadilan-untuk-semua?fbclid=IwdGRjcATpc4tjbGNrBOlygnBkb2YBZXh0bgNhZW0CMTEAc3J0YwZhcHBfaWQMMzUwNjg1NTMxNzI4AAEevowvxbaxru3FTygDLl1s1E34odzYzE89JRDax9vFXGuqumHOblOHrvWyFdQ_aem_G5TEjtBQwIev16cCztBjhQ

Percepat ukur NCR untuk buka peluang ekonomi luar bandarOgos 9, 2026, Ahad - 6:47pmMIRI: Kerajaan Sarawak perlu memperce...
09/08/2026

Percepat ukur NCR untuk buka peluang ekonomi luar bandar

Ogos 9, 2026, Ahad - 6:47pm

MIRI: Kerajaan Sarawak perlu mempercepatkan proses penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di seluruh negeri bagi memberi kepastian hak milik sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pembangunan sektor pertanian luar bandar.

Dayak Native Initiative (DANI) berkata, penyukatan tanah NCR bukan sekadar proses pentadbiran tanah, sebaliknya langkah strategik untuk memperkukuh ekonomi masyarakat Dayak serta memastikan tanah adat dapat dimanfaatkan secara lebih produktif dan mampan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, DANI berkata usaha mempercepatkan penyukatan dan pengeluaran geran perlu diteruskan bagi memastikan lebih ramai pemilik tanah mendapat kepastian terhadap hak mereka.

Justeru, DANI turut mengalu-alukan komitmen Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam mempercepatkan penyukatan tanah NCR serta penyerahan Warta Seksyen 6 dan Geran Tanah Seksyen 18 kepada pemilik yang layak.

“Sejak Inisiatif Baharu Pengukuran Tanah NCR diperkenalkan pada 2010, lebih 1.2 juta hektar tanah NCR telah diukur secara perimeter, manakala ratusan ribu hektar lagi telah diwartakan dan proses pengeluaran geran individu terus dipercepatkan,” jelas DANI dalam kenyataan tersebut.

DANI berkata, kepastian status tanah amat penting ketika pemilik yang berdepan peningkatan kos sara hidup dan kos operasi pertanian, termasuk bahan api, penggunaan jentera serta pengangkutan hasil.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu lagi, tanah yang mempunyai status jelas akan meningkatkan keyakinan pemilik untuk membuat pelaburan jangka panjang, meningkatkan produktiviti dan mengembangkan aktiviti pertanian.

Dalam pada itu, DANI mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan penglibatan komuniti, persatuan atau NGO berkelayakan dalam membantu membiayai atau menyelaras kerja penyukatan secara sukarela.

Cadangan itu katanya, boleh dilaksanakan tertakluk kepada garis panduan, piawaian teknikal serta pengesahan akhir Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi memastikan ketepatan rekod rasmi kerajaan terus terpelihara.

DANI turut menggesa supaya penyukatan tanah disusuli bantuan teknikal, latihan pertanian moden, akses pembiayaan, kemudahan infrastruktur ladang, mekanisasi dan peluang pemasaran.

Menurutnya, langkah itu penting supaya tanah NCR yang telah diukur tidak sekadar mempunyai dokumen hak milik, tetapi benar-benar mampu menjana pendapatan kepada pemilik.

Tanah adat katanya, mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dalam sektor kelapa sawit, lada, getah, padi, buah-buahan, koko dan tanaman bernilai tinggi lain secara lestari.

DANI menegaskan pembangunan tanah NCR perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, biodiversiti serta kepentingan masyarakat setempat.

“Mempercepatkan penyukatan tanah adat merupakan pelaburan strategik untuk memperkasa ekonomi luar bandar, meningkatkan pendapatan masyarakat Dayak, menjamin keselamatan makanan dan mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar,” jelas DANI dalam kenyataan itu lagi.

Oleh Clare Cinderella

Sumber: Utusan Borneo
Pautan Artikel:- https://www.utusanborneo.com.my/2026/08/09/percepat-ukur-ncr-untuk-buka-peluang-ekonomi-luar-bandar

KENYATAAN AKHBAR DANI (DAYAK NATIVE INITIATIVE) MEMPERCEPATKAN PENGUKURAN TANAH HAK ADAT ORANG ASAL (NCR) DI SARAWAK UNT...
08/08/2026

KENYATAAN AKHBAR

DANI (DAYAK NATIVE INITIATIVE)

MEMPERCEPATKAN PENGUKURAN TANAH HAK ADAT ORANG ASAL (NCR) DI SARAWAK UNTUK MEMAJUKAN PEMBANGUNAN PERTANIAN LESTARI

8 Ogos 2026

DANI (DAYAK NATIVE INITIATIVE) menyeru Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan lagi pengukuran tanah Hak Adat Orang Asal (NCR) di seluruh negeri sebagai inisiatif strategik untuk memperkukuh pembangunan pertanian, meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar, dan merangsang pertumbuhan ekonomi Sarawak.

DANI turut mengalu-alukan komitmen berterusan Timbalan Perdana Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dalam mempercepatkan program ukur tanah NCR termasuk pengeluaran Warta Seksyen 6 dan Hakmilik Tanah Seksyen 18 kepada pemilik tanah yang layak. Sejak pengenalan Inisiatif Ukur Tanah NCR Baharu pada 2010, lebih 1.2 juta hektar tanah NCR telah diukur melalui ukur perimeter, manakala ratusan ribu hektar telah diwartakan, dengan pengeluaran hak milik tanah individu terus berkembang.

DANI percaya bahawa pencapaian ini menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk mengiktiraf Hak Adat Orang Asal. Namun begitu, masih ramai masyarakat yang menunggu penyelesaian ukur tanah dan pengeluaran hak milik tanah. Oleh itu, usaha ini harus terus diperkukuh dan dipercepatkan supaya lebih ramai pemilik tanah dapat menikmati kepastian undang-undang ke atas tanah mereka.

Pada ketika kos sara hidup dan kos operasi pertanian terus meningkat, termasuk kos bahan api yang lebih tinggi yang menjejaskan jentera ladang, pengangkutan hasil pertanian dan operasi perladangan, adalah penting bagi pemilik tanah untuk memiliki pemilikan tanah yang terjamin. Pemilikan tanah yang jelas memberikan keyakinan yang lebih besar untuk pelaburan jangka panjang dalam pertanian, meningkatkan produktiviti dan menggalakkan pembangunan ekonomi yang mampan.

Bagi kebanyakan masyarakat Dayak, tanah NCR bukan sekadar warisan nenek moyang tetapi juga aset ekonomi berharga yang menyokong mata pencarian dan melindungi masa depan generasi akan datang. Proses pengukuran yang lebih sistematik dan cekap akan memberi keyakinan kepada pemilik tanah untuk membangunkan tanah mereka dengan lebih teratur dan produktif, di samping memudahkan perancangan pembangunan luar bandar.

Dengan pengiktirafan undang-undang yang sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada, tanah NCR mempunyai potensi besar untuk menyokong pembangunan pertanian moden, termasuk kelapa sawit, lada, getah, padi, penanaman buah-buahan, koko dan tanaman bernilai tinggi yang lain. Pada masa yang sama, pembangunan sebegini harus dilaksanakan secara mampan, dengan mengambil kira perlindungan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti dan hak masyarakat setempat.

Bagi mempercepatkan lagi proses pengukuran, DANI mencadangkan agar Kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk mewujudkan mekanisme yang membolehkan pertubuhan komuniti, persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkelayakan membantu secara sukarela dalam membiayai atau menyelaras aktiviti ukur tanah NCR, tertakluk kepada garis panduan rasmi, piawaian teknikal dan pengesahan akhir oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak. Pendekatan kolaboratif sedemikian berpotensi untuk mempercepatkan pengukuran tanah di samping mengekalkan integriti dan ketepatan rekod rasmi kerajaan.

Di samping itu, DANI mengesyorkan agar inisiatif ukur tanah dilengkapkan dengan bantuan teknikal, latihan pertanian moden, akses yang lebih baik kepada pembiayaan, pembangunan infrastruktur ladang, sokongan mekanisasi dan program akses pasaran bagi memastikan tanah yang diukur dapat dimanfaatkan secara produktif dan menjana p**angan ekonomi yang mampan untuk pemilik tanah.

DANI amat percaya bahawa mempercepatkan pengukuran tanah NCR bukan semata-mata satu latihan pentadbiran tetapi pelaburan strategik dalam mengukuhkan ekonomi luar bandar, meningkatkan pendapatan masyarakat Dayak, meningkatkan keselamatan makanan dan mengurangkan penghijrahan belia ke kawasan bandar dengan mewujudkan peluang ekonomi yang mampan dalam komuniti mereka sendiri.

Tanah yang diiktiraf memberikan keyakinan. Tanah yang dibangunkan menjana pendapatan. Tanah yang diurus secara lestari menjamin masa depan untuk generasi akan datang.

Dikeluarkan oleh:
DANI (Dayak Native Initiative)

“Memperkasa rakyat,
Memelihara Warisan,
Membina Masa Depan.”

Dayak organisation proposes targeted diesel aid for Sarawak’s rural communitiesBy Jacqueline Raphael on August 6, 2026, ...
06/08/2026

Dayak organisation proposes targeted diesel aid for Sarawak’s rural communities

By Jacqueline Raphael on August 6, 2026, Thursday at 8:00

MIRI (Aug 6): The Dayak Native Initiative (DANI) has proposed that the Sarawak government introduce a targeted diesel assistance programme to help small entrepreneurs, farmers and smallholders in rural and remote areas cope with rising operating costs.

In a statement, its pro tem president Bobby William said many smallholders in the interior, particularly within the Dayak community, continue to rely on diesel-powered engines to operate water pumps, river boats, electricity generators and agricultural machinery and processing equipment.

He said diesel remains the primary source of energy for transporting agricultural produce to markets, making it essential to sustaining the economic activities in rural communities.

“Rising diesel costs have increased production expenses, affecting the incomes of small-scale producers and reducing the competitiveness of the agricultural sector in interior areas,” he said.

Bobby said a targeted assistance programme would help ease operating costs while supporting the growth of the agricultural sector and small enterprises.

He said diesel remains the primary source of energy for transporting agricultural produce to markets, making it essential to sustaining the economic activities in rural communities.

“Rising diesel costs have increased production expenses, affecting the incomes of small-scale producers and reducing the competitiveness of the agricultural sector in interior areas,” he said.

Bobby said a targeted assistance programme would help ease operating costs while supporting the growth of the agricultural sector and small enterprises.

Among DANI’s proposals is the introduction of a Sarawak Special Diesel Assistance scheme for farmers, smallholders, inland fishermen and micro-entrepreneurs.

He said the assistance should be based on actual diesel consumption and the type of economic activity undertaken to ensure only eligible recipients benefit from the programme.

The organisation also proposed simplifying the application process by involving District Offices, Agriculture Offices and government service centres to improve accessibility for residents in rural areas.

“By involving farmers’ associations, cooperatives, community organisations and relevant agencies in the verification process, the assistance can be implemented more transparently and effectively,” he said.

Bobby added that the proposed assistance would help reduce operational costs, increase agricultural production and strengthen the competitiveness of rural entrepreneurs.

“Policies that take into account of the actual needs of interior communities are crucial, as diesel remains the primary energy source for many daily and economic activities in these areas,” he said.

DANI expressed confidence that continued cooperation between the government and local communities would help promote more sustainable rural development.

Read More:-
https://www.theborneopost.com/2026/08/06/dayak-organisation-proposes-targeted-diesel-aid-for-sarawaks-rural-communities/

Address

Rumah Dayak
Kuching
93000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terabai Dayak & Dayak Defender posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share