Unit For Other Religions - Unifor

Directions Website

Unit For Other Religions - Unifor A unit under the Department of Premier of Sarawak facilitating and managing the welfare of Other Religious Institutions in Sarawak.

RAPTAI PENUH MAJLIS KESYUKURAN AGAMA-AGAMA LAIN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR KE-80 TUAN YANG TERUTAMA ...
08/10/2026

RAPTAI PENUH MAJLIS KESYUKURAN AGAMA-AGAMA LAIN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR KE-80 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

🗓️ 8 Oktober 2026, (Khamis)
⏰ 8.00 malam
📍 Amity Hall, Kompleks UNIFOR, Kuching

Raptai penuh Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2026 telah berlangsung pada malam ini sebagai persiapan terakhir bagi memastikan kelancaran dan kesempurnaan penganjuran majlis yang dijadualkan berlangsung pada esok, 9 Oktober 2026.

Sesi raptai penuh ini turut dihadiri oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri bertanggungjawab ke atas UNIFOR.

Turut hadir ialah YB Datuk Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap penganjuran Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain ini.

YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR, bersama warga UNIFOR, ketua-ketua agama serta ahli-ahli jawatankuasa pelaksana turut terlibat secara langsung dalam sesi raptai bagi memastikan setiap pengisian dan perjalanan majlis diselaraskan dengan teliti.

Raptai penuh ini memberi penekanan kepada penyelarasan atur cara, susun atur dewan, kesiapsiagaan kemudahan, aspek teknikal serta tatacara protokol dan sambutan tetamu kehormat bagi memastikan setiap persiapan berada pada tahap terbaik.

Majlis Kesyukuran pada esok malam bakal diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, serta isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Fauziah binti Mohd Sanusi.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan keberkatan usia Tuan Yang Terutama Tun, malah turut mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati antara masyarakat pelbagai agama di Sarawak.

Semoga segala persiapan yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan Majlis Kesyukuran pada esok malam berlangsung dengan penuh tertib, sempurna serta diberkati.







LAWATAN TINJAUAN PERSIAPAN AKHIR MAJLIS KESYUKURAN AGAMA-AGAMA LAIN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR KE-80...
08/10/2026

LAWATAN TINJAUAN PERSIAPAN AKHIR MAJLIS KESYUKURAN AGAMA-AGAMA LAIN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR KE-80 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

🗓️ 8 Oktober 2026, (Khamis)
⏰ 10.00 pagi
📍 Amity Hall, Kompleks UNIFOR, Kuching

YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), mengetuai lawatan tinjauan persiapan akhir bagi Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), jam 8.00 malam.

Lawatan tersebut turut disertai pegawai-pegawai UNIFOR, Encik Danston, Ketua Pegawai Operasi (COO) Sarawak Unit for Other Religions Charitable Trust (SUCT), serta wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan pihak pengurusan Amity Hall.

Tinjauan ini bertujuan memastikan segala persiapan akhir, termasuk susun atur dewan, kemudahan, aspek teknikal, protokol dan kelancaran perjalanan majlis berada pada tahap terbaik menjelang raptai akhir malam ini dan majlis kemuncak esok malam.

Majlis yang penuh bermakna ini akan diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Fauziah binti Mohd Sanusi.

UNIFOR bersama semua agensi dan pihak yang terlibat komited memastikan kelancaran penganjuran majlis kesyukuran ini sebagai tanda penghormatan, penghargaan dan doa kesejahteraan serta kesihatan berpanjangan buat Tuan Yang Terutama Tun.

Segulai Sejalai – Bersama Memupuk Keharmonian. 🤝







07/10/2026

JUH RANDAU Edisi 71 (Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena S...

07/10/2026

Saksikan bual bicara 'Juh Randau' bersama tetamu jemputan Yang Berbahagia Dato Georgina Apphia Ngau, Rabu ini, jam 9 malam, di saluran Youtube dan FB kami.




🗓️ 6 Oktober 2026, (Selasa)⏰ 2.30 petang📍 Pejabat UNIFORYBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-A...
06/10/2026

🗓️ 6 Oktober 2026, (Selasa)
⏰ 2.30 petang
📍 Pejabat UNIFOR

YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), menerima kunjungan pertama Mr. Danston Anak William Kutoh, Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu Sarawak Unit for Other Religions Charitable Trust (SUCT), bagi sesi suai kenal bersama warga UNIFOR.

Sesi diteruskan dengan Mesyuarat Penyelarasan bagi Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato Georgina.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan tugas, logistik dan persiapan akhir bagi majlis yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2026 di Amity Hall, Kompleks UNIFOR.

Kerjasama erat UNIFOR dan SUCT penting bagi memastikan majlis berjalan lancar dalam suasana penuh kesyukuran, keharmonian dan kebersamaan.






🎖️ KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK BERSEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR KE-8...
06/10/2026

🎖️ KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK BERSEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR KE-80 TAHUN 2026

🗓️ 6 Oktober 2026, (Selasa)
⏰ 10.00 pagi
📍 Astana Negeri Sarawak

Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Fauziah binti Mohd Sanusi, bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YB Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, bersama barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab dalam penyelarasan serta pelaksanaan acara-acara utama sambutan tahun ini.

Turut hadir ialah YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Ismail, YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, YB Datuk Dr. Haji Hazland bin Abang Hipni, YB Datuk Henry Harry anak Jinep dan YB Datuk Martin Ben.

YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) turut hadir selaku tuan rumah bagi Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain, yang merupakan salah satu acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak telah sudi menerima undangan untuk hadir dan menyerikan Majlis Kesyukuran ini.

🕊️ MAJLIS KESYUKURAN AGAMA-AGAMA LAIN

Sebagai sebahagian daripada rangkaian sambutan rasmi, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan menganjurkan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Tuan Yang Terutama Tun, di samping memohon agar Sarawak terus dikurniakan keamanan, keharmonian, perpaduan dan kemakmuran.

🗓️ 9 Oktober 2026, (Jumaat)
⏰ 8.00 malam
📍 Amity Hall, UNIFOR Complex, Kuching

Majlis ini akan menghimpunkan para pemimpin dan wakil agama-agama lain dari seluruh Sarawak dalam semangat kebersamaan dan keharmonian untuk sama-sama datang dan berdoa, khususnya buat kesejahteraan serta kesihatan Tuan Yang Terutama Tun sempena ulang tahun kelahiran ke-80 beliau.

Semoga segala acara yang dirancang sempena sambutan ini berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Dirgahayu Tuanku.







05/10/2026
⛪ ANGLICAN CONFIRMATION SERVICE AT ST FAITH’S CHURCH, KUCHING🗓️ 4 October 2026 (Sunday)📍 St Faith’s Church, KuchingYBhg....
04/10/2026

⛪ ANGLICAN CONFIRMATION SERVICE AT ST FAITH’S CHURCH, KUCHING

🗓️ 4 October 2026 (Sunday)
📍 St Faith’s Church, Kuching

YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Director of the Unit for Other Religions (UNIFOR), attended the Anglican Confirmation Service at St Faith’s Church, Kuching today, presided over by The Right Reverend Datuk Danald Jute, Bishop of Kuching.

During the service, 70 candidates were confirmed by the Bishop, following approximately six months of preparation and instruction in the Christian faith. Some of the candidates had also recently received Holy Baptism prior to their Confirmation.

In the Anglican tradition, Confirmation is an important milestone in the Christian journey. During the service, the candidates affirm their faith and baptismal commitment, after which the Bishop lays hands upon each candidate and prays for the strengthening and guidance of the Holy Spirit.

The service was witnessed by family members, clergy and members of the congregation, making it a meaningful occasion for the candidates and the wider St Faith’s Church community.

UNIFOR extends its warmest congratulations to all 70 candidates on their Confirmation and wishes them continued growth in faith, wisdom and service to the Church and the wider community.






MAJLIS MAKAN MALAM PEMIMPIN BERSAMA KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM BAHAGIAN MUKAH SERTA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 P...
03/10/2026

MAJLIS MAKAN MALAM PEMIMPIN BERSAMA KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM BAHAGIAN MUKAH SERTA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH

🗓️ 2 & 3 Oktober 2026 (Jumaat & Sabtu)
📍 Mukah, Sarawak

YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), telah menghadiri Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bahagian Mukah serta Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Peringkat Bahagian Mukah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Mukah merupakan salah satu wadah penting dalam memperkukuh hubungan antara Kerajaan Sarawak dengan rakyat, khususnya melalui interaksi dan pertemuan bersama pemimpin masyarakat serta ketua-ketua kaum.

Program ini turut menjadi platform untuk mempererat semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya, selaras dengan aspirasi Sarawak yang menitikberatkan kesejahteraan, inklusiviti dan keharmonian rakyat.

UNIFOR akan terus komited dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat pelbagai agama dan budaya serta menyokong usaha Kerajaan Sarawak dalam memelihara keharmonian dan kesejahteraan rakyat.





LAWATAN PENANDAARASAN PENGURUSAN GERAN DI AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN📅 01–02 Oktober 2026📍 PutrajayaUnit Hal Ehwal Agama...
02/10/2026

LAWATAN PENANDAARASAN PENGURUSAN GERAN DI AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN

📅 01–02 Oktober 2026
📍 Putrajaya

Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), yang diwakili oleh Puan Low Suk Fong, Ketua Penolong Pengarah dan Encik George Yeong, Penolong Pengarah, telah menyertai delegasi Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS) dalam lawatan penandaarasan ke beberapa agensi Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Lawatan ini memberi pendedahan mengenai amalan dan pendekatan dalam pengurusan geran, termasuk aspek pemprosesan, pemantauan, tadbir urus serta penggunaan sistem digital.

Perkongsian dan pengalaman yang diperoleh akan menjadi input berguna dalam usaha menambah baik pengurusan geran di Sarawak agar lebih cekap, telus, berintegriti dan mesra pengguna.

Terima kasih kepada semua agensi yang telah berkongsi pengalaman dan amalan terbaik sepanjang lawatan ini.

Address

4th Floor, Wisma Satok, Jalan Satok
Kuching
93400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit For Other Religions - Unifor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share