SM Sains Miri

Directions Website Contact the organization

SM Sains Miri Ini merupakan facebook rasmi SM Sains Miri...Jutaan Terima Kasih kepada smua kerana sentiasa memberi sokongan kepada warga sekolah dan pelajar SAINSri...

*SYABAS & TAHNIAH BUAT PASUKAN MEMANAH SAINSRI 🏹*Pencapaian PENYERTAAN  peringkat kebangsaan bagi murid yang menyertai:1...
03/10/2026

*SYABAS & TAHNIAH BUAT PASUKAN MEMANAH SAINSRI 🏹*

Pencapaian PENYERTAAN peringkat kebangsaan bagi murid yang menyertai:

1. Danial Aniq Agan bin Abdullah (3 Jaya)
2. ⁠Nur Syahhaziq Qaidar bin Abdullah (2 Usaha)
3. ⁠Awang Muhammad Shaadiq bin Awang Abdul Malik (2 Jaya)

Alhamdulillah, syukur atas peluang dan pengalaman Pasukan Memanah SAINSRI yang telah berjaya menyertai Kejohanan Memanah SBP 2026 di peringkat kebangsaan dengan lancarnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua, barisan penolong kanan, guru-guru serta AKP dan PIBG atas segala sokongan, dorongan serta kelancaran dan kepercayaan yang diberikan kepada pasukan memanah.

Ini bukan noktah, tetapi satu langkah untuk kita kembali lebih kuat. 💪🏹

SAINSRI Archers — Come Back Stronger! 🔥

Program Randau Akademik 2026🌹Pihak SAINSRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua g...
03/10/2026

Program Randau Akademik 2026🌹

Pihak SAINSRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah hadir serta memberikan sokongan dalam Program Randau Akademik.

Semoga program ini terus memperkukuh kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan murid dalam usaha membina kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Semoga segala usaha dan doa kita bersama menjadi pemangkin kejayaan murid-murid SAINSRI serta mengangkat nama sekolah ke tahap yang lebih gemilang.

Semoga SAINSRI terus cemerlang dalam akademik, unggul dalam sahsiah dan berjaya melakar masa depan yang gemilang.

SAINSRI Be The Best!

🇲🇾🧹 HARI CUCI MALAYSIA 2026 | SM SAINS MIRI 🧹🇲🇾“Malaysia Bersih, Tanggungjawab Bersama!” 💚Pada 26 September 2026 (Sabtu)...
29/09/2026

🇲🇾🧹 HARI CUCI MALAYSIA 2026 | SM SAINS MIRI 🧹🇲🇾

“Malaysia Bersih, Tanggungjawab Bersama!” 💚

Pada 26 September 2026 (Sabtu), warga SM Sains Miri telah bersama-sama menjayakan program Hari Cuci Malaysia dengan semangat kerjasama dan keprihatinan terhadap kebersihan persekitaran.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar serta membudayakan amalan kebersihan dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti gotong-royong, warga sekolah berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran demi mewujudkan suasana yang bersih, ceria, selamat dan kondusif.

Semoga semangat kebersamaan ini terus disemai dalam diri setiap warga sekolah bagi memastikan kebersihan menjadi amalan dan tanggungjawab bersama, bukan sekadar untuk hari ini, tetapi sepanjang masa. 🌱✨
Sekolah Bersih, Warga Sihat, Malaysia Sejahtera! 🇲🇾


SainsMiri

SELAMAT DATANG GURU BAHARU KE SAINSRI! Warga Sekolah Menengah Sains Miri (SAINSRI) dengan sukacitanya mengalu-alukan keh...
28/09/2026

SELAMAT DATANG GURU BAHARU KE SAINSRI!

Warga Sekolah Menengah Sains Miri (SAINSRI) dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Cikgu Aftah Munir bin Zulkifli, Guru Akademik DG9 Opsyen Matematik.

Semoga kehadiran Cikgu Aftah Munir membawa sinergi baharu, mencetuskan inspirasi serta menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah murid.

Selamat menjalankan amanah dan selamat berkhidmat di SAINSRI!

Ikhlas daripada:
Warga Sekolah Menengah Sains Miri 💐



✨NADWAH KEPIMPINAN ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA SBP 2026✨Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, dengan penuh...
28/09/2026

✨NADWAH KEPIMPINAN ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA SBP 2026✨

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan bangga, warga SAINSRI menerima khabar gembira atas kejayaan dua orang wakil sekolah dalam Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Antarabangsa SBP Tahun 2026.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pencapaian, tetapi menjadi bukti bahawa usaha yang bersungguh-sungguh, keberanian mencuba, disiplin serta bimbingan yang berterusan mampu menghasilkan kecemerlangan.

🌟 **PERTANDINGAN DUO DAI BADAR**
🥇 **ANUGERAH EMAS**

🌟 **PERTANDINGAN MODUL PRO NAWAFIL BADAR SAINSRI**
🥈 **ANUGERAH PERAK**

Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua anak emas SAINSRI.

✨ Awwal Danish Danial Bin Abdullah
4 Usaha
Ketua Naqib

✨ Nur Faiqah Binti Sapawi
4 Maju
Naib Setiausaha Badar

👩🏻‍🏫Guru Pengiring:
Nur Saida Fhazila Binti Juli

Kedua-duanya telah menunjukkan kesungguhan, keyakinan dan komitmen yang tinggi dalam membawa nama sekolah serta menampilkan potensi kepimpinan Islam di pentas pertandingan.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan turut ditujukan kepada semua guru pembimbing, barisan BADAR SAINSRI, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, tunjuk ajar, dorongan dan doa sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SAINSRI, khususnya para pelajar, untuk terus berani melangkah, mencungkil potensi diri dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah, kepimpinan dan dakwah.

Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah dan usaha mereka serta menjadikan kejayaan ini sebagai titik permulaan kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Be the Best,SAINSRI!💙💛






🇲🇾PROGRAM KEM PEMIMPIN GENERASI MADANI 2026 🇲🇾Tarikh: 25–27 September 2026  Tempat: Sekolah Menengah Sains Miri  Sasaran...
28/09/2026

🇲🇾PROGRAM KEM PEMIMPIN GENERASI MADANI 2026 🇲🇾

Tarikh: 25–27 September 2026
Tempat: Sekolah Menengah Sains Miri
Sasaran: Semua murid Tingkatan 4

Kem Pemimpin Generasi MADANI 2026 merupakan salah satu inisiatif pembangunan sahsiah dan kepimpinan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memperkukuh persediaan murid Tingkatan 4 sebagai pelapis pemimpin masa hadapan, khususnya dalam membentuk karakter yang berintegriti, patriotik, dan berdaya saing global.

Objektif Program:
🏅Menerapkan pemahaman mendalam mengenai enam teras nilai MADANI serta memupuk semangat kesukarelaan dan perpaduan kaum.
🏅Meningkatkan jati diri, keyakinan diri, dan disiplin murid melalui latihan kepimpinan yang komprehensif dan berstruktur.
🏅Memberi ruang kepada murid untuk mengenal pasti potensi kepimpinan diri, membina daya ketahanan mental, serta membuat persediaan awal yang lebih terancang untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Harapan kami agar program ini dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan karakter holistik murid Tingkatan 4, di samping melahirkan barisan pemimpin muda yang lebih yakin, beretika, dan bersedia berbakti kepada masyarakat serta negara. Semoga segala pengisian, usaha, dan komitmen yang dicurahkan sepanjang kem ini membuahkan hasil yang membanggakan demi melahirkan Generasi MADANI yang cemerlang.

🌟PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5 🌟Sekolah Menengah Sains Miri telah menganjurkan Program...
28/09/2026

🌟PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5 🌟

Sekolah Menengah Sains Miri telah menganjurkan Program Perkongsian Amalan Terbaik Pendidikan Moral Tingkatan 5 secara hybrid (Google Meet) dengan menampilkan Cikgu Cheong Kok Khim sebagai penceramah jemputan.

📅 Tarikh: 25–26 September 2026 (Jumaat & Sabtu)
⏰ Masa: 7:00 pagi – 12:00 tengah hari
📍 Tempat: Bilik Hybrid / Kelas 5 Iltizam
👩‍🎓 Sasaran: Semua Murid Pendidikan Moral Tingkatan 5

🎯 OBJEKTIF PROGRAM
Program ini dilaksanakan bagi:
1. Memantapkan penguasaan murid terhadap konsep, nilai dan isu-isu penting dalam Pendidikan Moral Tingkatan 5.
2. Memberikan pendedahan kepada amalan terbaik dan strategi pembelajaran yang dapat membantu murid memahami kandungan mata pelajaran dengan lebih berkesan.
3. Meningkatkan kemahiran murid dalam menganalisis soalan serta mengaplikasikan pengetahuan dan nilai moral dalam pelbagai situasi.
4. Memantapkan teknik menjawab soalan dengan lebih tepat, tersusun dan menepati kehendak pentaksiran.
5. Meningkatkan keyakinan dan motivasi murid dalam menghadapi peperiksaan, khususnya SPM 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Cheong Kok Khim atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan strategi bersama murid-murid SM Sains Miri.

Diharapkan program ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada semua murid Pendidikan Moral Tingkatan 5. Perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik daripada Cikgu Cheong Kok Khim diharapkan dapat membantu murid memperkukuh kefahaman, mempertingkat kemahiran menjawab serta membina keyakinan dalam menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang.

✨ PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 ✨Sekolah Menengah Sains Miri telah menganjurkan Program Kecemerlangan ...
28/09/2026

✨ PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 ✨

Sekolah Menengah Sains Miri telah menganjurkan Program Kecemerlangan Bahasa Melayu Tingkatan 3 dengan menampilkan penceramah jemputan, Cikgu Mohamad Nizam dari SMK Agama Miri (SMKAMI) mengikut ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Santubong, SM Sains Miri
👨‍🎓 Sasaran: Semua Murid Tingkatan 3

🎯OBJEKTIF PROGRAM
Program ini dilaksanakan bagi:
1. Meningkatkan penguasaan murid terhadap aspek bahasa, tatabahasa, pemahaman dan penulisan Bahasa Melayu.
2. Memantapkan kemahiran murid dalam memahami kehendak soalan serta mengaplikasikan teknik menjawab dengan tepat dan sistematik.
3. Membimbing murid menghasilkan penulisan yang berkualiti, tersusun dan menepati kehendak pentaksiran.
4. Meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi serta menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan berkesan.
5. Memberikan pendedahan kepada strategi pembelajaran dan teknik menjawab melalui perkongsian ilmu serta pengalaman daripada penceramah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Mohamad Nizam dari SMK Agama Miri (SMKAMI) atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga SM Sains Miri.

Diharapkan program ini dapat memberikan impak positif kepada penguasaan dan pencapaian Bahasa Melayu murid Tingkatan 3. Perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh Cikgu Mohamad Nizam diharapkan dapat membuka ruang kepada murid untuk memahami Bahasa Melayu dengan lebih mendalam, di samping meningkatkan kemahiran menjawab soalan dengan lebih yakin, tepat dan berkesan.

✨ PROGRAM PENINGKATAN SUBJEK KIMIA ✨Sekolah Menengah Sains Miri berbesar hati menerima kehadiran Cikgu Dora Young Wan da...
27/09/2026

✨ PROGRAM PENINGKATAN SUBJEK KIMIA ✨

Sekolah Menengah Sains Miri berbesar hati menerima kehadiran Cikgu Dora Young Wan dari SMK Chung Hua Miri sebagai penceramah jemputan bagi Program Peningkatan Subjek Kimia yang telah berlangsung pada:

📅 Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Santubong, SM Sains Miri

🎯 OBJEKTIF PROGRAM
Program ini dilaksanakan bagi:
1. Meningkatkan penguasaan konsep dan kemahiran Kimia, khususnya topik-topik penting Tingkatan 5.
2. Memantapkan kefahaman murid terhadap teknik menjawab soalan Kimia berdasarkan kehendak format peperiksaan.
3. Membimbing murid mengaplikasikan pengetahuan Kimia dalam penyelesaian masalah dan situasi kehidupan sebenar.
4. Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid dalam menghadapi peperiksaan.
6. Memberi pendedahan kepada strategi pembelajaran yang berkesan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman penceramah.

🌟 IMPAK PROGRAM
Melalui program ini:
1. Murid memperoleh pemahaman yang lebih jelas dan mendalam terhadap konsep-konsep Kimia.
2. Murid dapat mengenal pasti teknik dan strategi menjawab soalan dengan lebih sistematik dan tepat.
Keyakinan, minat dan motivasi murid terhadap subjek Kimia meningkat.
3. Murid lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM, khususnya dalam aspek penguasaan konsep dan penyelesaian masalah.
4. Program berpotensi menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik subjek Kimia serta membantu murid mencapai sasaran sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Dora Young Wan dari SMK Chung Hua Miri atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan strategi pembelajaran bersama murid-murid SM Sains Miri.

Diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan pencapaian akademik Kimia serta membantu murid mencapai sasaran yang cemerlang pada peperiksaan SPM yang akan datang.

🎉 SELAMAT HARI LAHIR 🎉CIKGU MUHAMMAD SYAHMI TAN BIN ABDULLAHPENGETUA SM SAINS MIRI🌷 Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari ...
25/09/2026

🎉 SELAMAT HARI LAHIR 🎉

CIKGU MUHAMMAD SYAHMI TAN BIN ABDULLAH
PENGETUA SM SAINS MIRI

🌷 Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir buat Tuan Pengetua yang dikasihi dan dihormati.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan serta kekuatan dalam memimpin warga SM Sains Miri dengan penuh dedikasi dan inspirasi.

Semoga setiap langkah kepimpinan terus dipermudahkan, segala usaha diberkati dan sentiasa diberikan kejayaan dalam memacu kecemerlangan sekolah serta melahirkan generasi yang Berusaha, Berilmu dan Beramal.

Ikhlas daripada:
Warga SM Sains Miri

💙 Selamat Hari Lahir, Tuan Pengetua!
✨ Semoga terus menjadi inspirasi dan peneraju kecemerlangan kami.

Address

Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SM Sains Miri:

Shortcuts

Share