Dewan Undangan Negeri Sarawak

Directions Website

Dewan Undangan Negeri Sarawak Laman Facebook Rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak
(1)

VISI
Menjadi Sekretariat Contoh Kepada Dewan Undangan Negeri

MISI
Meningkatkan Imej Dewan Undangan Negeri Sarawak

Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak (PKWPS) adakan Kunjungan Hormat Kepada Speaker DUN SarawakKUCHING,  29 S...
01/10/2026

Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak (PKWPS) adakan Kunjungan Hormat Kepada Speaker DUN Sarawak

KUCHING, 29 September 2026 - Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang bin Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak (PKWPS) pada Selasa.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Yang Mulia Dr. Awang Nib Zuhairi bin Awang Ahmad, Presiden PKWPS, bersama Yang Mulia Awang Indra bin Awang Mustapha, Penasihat PKWPS, serta ahli-ahli pertubuhan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Sheikh Abdul Mahdani bin Dato Paduka Sheikh Haji Abdul Gani, Konsul Jeneral Negara Brunei Darussalam di Sarawak; Yang Berhormat Puan Dayang Noorazah bte Awang Sohor, Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga; Yang Amat Arif Datu Haji Awg Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie; Yang Berusaha Encik Nur Azhar bin Bujang, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak; serta Yang Berusaha Tuan Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak.

DUN Sarawak di Persidangan Parlimen Komanwel Ke-69, Cape TownDelegasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang diketuai ...
28/09/2026

DUN Sarawak di Persidangan Parlimen Komanwel Ke-69, Cape Town

Delegasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Speaker, YB Dato’ Idris Buang, bersama pegawai DUN Sarawak telah menghadiri 69th Commonwealth Parliamentary Conference (CPC) di Cape Town, Afrika Selatan. Persidangan yang menghimpunkan wakil badan perundangan dari seluruh Komanwel ini menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pengukuhan institusi legislatif serta demokrasi berparlimen. Antara perbincangan utama yang disertai delegasi Sarawak termasuk “The Importance of the Separation of Powers in Small Jurisdictions” serta “Protecting Human Rights and Promoting Peace – The Role of Parliaments”, di samping sesi berkaitan penyertaan wanita, tadbir urus dan pembangunan kepimpinan masa hadapan.

Penyertaan DUN Sarawak dalam persidangan antarabangsa seperti CPC bukan sahaja memperluaskan jaringan kerjasama dengan institusi legislatif negara-negara Komanwel, malah memberi ruang untuk menilai dan membawa pulang amalan terbaik yang bersesuaian dengan konteks Sarawak. Pengalaman serta perkongsian yang diperoleh dapat menjadi input berguna dalam usaha berterusan memperkukuhkan keberkesanan institusi, tadbir urus, semak dan imbang, pembangunan kapasiti serta peranan DUN Sarawak sebagai institusi legislatif yang responsif terhadap perubahan dan aspirasi rakyat.

Ringkasnya, penyertaan di Cape Town membawa satu matlamat yang jelas — belajar daripada pengalaman Komanwel, memperluaskan perspektif dan membawa pulang nilai yang boleh memperkukuhkan lagi institusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Dewan Undangan Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.Marilah ki...
15/09/2026

Dewan Undangan Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti pembentukan Malaysia dengan menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan memperkukuh kebersamaan dalam kepelbagaian.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Adakan Kunjungan Hormat Kepada Speaker DUN SarawakKUCHING, 14 September 2026 – ...
15/09/2026

Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Adakan Kunjungan Hormat Kepada Speaker DUN Sarawak

KUCHING, 14 September 2026 – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Bangunan DUN Sarawak, pada Isnin.

Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi DUBS Cawangan Kuching, Ts. Khairulnizam bin Dato’ Sri Haji Mohamed Khalid, dan disertai bersama Pengerusi DUBS Cawangan Kota Samarahan, Junaidi bin Kaderi; Pengerusi DUBS Cawangan Sri Aman, Abdillah Majid; serta barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa ketiga-tiga cawangan berkenaan.

Turut hadir bersama ialah Setiausaha DUN Sarawak, Tuan Nur Azhar bin Bujang serta kakitangan DUN Sarawak.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta jaringan kerjasama antara pihak DUN Sarawak dan komuniti usahawan Bumiputera tempatan. Selain itu, ia turut menjadi platform pertukaran pandangan mengenai peluang-peluang pembangunan sosioekonomi semasa dalam memperkasakan agenda usahawan Bumiputera di Sarawak.

Tahniah diucapkan kepada kontinjen Dewan Undangan Negeri Sarawak atas kejayaan merangkul gelaran JOHAN dalam Apresiasi D...
11/09/2026

Tahniah diucapkan kepada kontinjen Dewan Undangan Negeri Sarawak atas kejayaan merangkul gelaran JOHAN dalam Apresiasi Digital Kontinjen Maulidur Rasul Peringkat Sarawak (Kategori Jabatan Kerajaan Negeri / Persekutuan)!

Terima kasih atas dedikasi dan kerjasama mantap seluruh warga DUN Sarawak. Semoga kejayaan ini terus memupuk semangat kecemerlangan, kebersamaan, dan integriti dalam setiap amanah yang digalas selaras dengan aspirasi "Ummah Maju Makmur".

Speaker DUN Sarawak Hadiri Majlis Perasmian dan Persidangan Speaker Se-Malaysia 2026​CAMERON HIGHLANDS, 8 September 2026...
09/09/2026

Speaker DUN Sarawak Hadiri Majlis Perasmian dan Persidangan Speaker Se-Malaysia 2026

​CAMERON HIGHLANDS, 8 September 2026 – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nasar, telah menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 yang berlangsung di Cameron Highlands, Pahang, di samping menyertai sesi persidangan berkenaan.

​Majlis perasmian persidangan berprestij tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Persidangan ini menghimpunkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Negara, serta Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri dari seluruh negara.

​Sepanjang sesi persidangan berlangsung, pelbagai agenda penting dibincangkan bagi memperkukuh kerjasama antara dewan legislatif, bertukar pandangan mengenai amalan terbaik serta tatakelola persidangan, di samping mempertingkatkan fungsi dan peranan institusi perundangan di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

FOTO : Parlimen Malaysia

Lawatan Penanda Aras SACSES DUN Sarawak ke Jabatan Kehakiman Syariah SarawakKUCHING, 2 September 2026 – Jawatankuasa Sar...
02/09/2026

Lawatan Penanda Aras SACSES DUN Sarawak ke Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

KUCHING, 2 September 2026 – Jawatankuasa Sarawak Civil Service Excellence System (SACSES) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak pada Rabu.

Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan serta mendapatkan perkongsian mengenai pelaksanaan amalan terbaik SACSES di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, di samping menjadi platform pertukaran pandangan dan pengalaman dalam usaha memperkukuh pengurusan serta penyampaian perkhidmatan organisasi.

Delegasi DUN Sarawak yang diketuai oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tuan Nur Azhar bin Bujang, bersama ahli Jawatankuasa SACSES DUN Sarawak turut berpeluang mendapatkan penerangan mengenai pelaksanaan SACSES serta bertukar pandangan berhubung pendekatan dan amalan yang boleh dijadikan rujukan dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi.

Lawatan penanda aras tersebut diharap dapat memberi input dan idea baharu kepada Jawatankuasa SACSES DUN Sarawak dalam memperkukuh pelaksanaan inisiatif penambahbaikan secara berterusan serta meningkatkan tahap kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan DUN Sarawak.

FOTO : Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Dewan Undangan Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.Marilah ...
30/08/2026

Dewan Undangan Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Dewan Undangan Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.Marilah...
24/08/2026

Dewan Undangan Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh nilai persaudaraan dan kebersamaan demi membentuk Ummah Maju Makmur.

Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Dewan Negara adakan Kunjungan Hormat Kepada Speaker DUN S...
19/08/2026

Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Dewan Negara adakan Kunjungan Hormat Kepada Speaker DUN Sarawak

KUCHING, 18 Ogos 2026 – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nasar menerima kunjungan hormat delegasi Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA), Dewan Negara di Bangunan DUN Sarawak pada Selasa.

Delegasi tersebut diketuai Pengerusi JKPK TIA, Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin dan disertai Timbalan Pengerusi, ahli-ahli jawatankuasa, wakil tetap daripada kementerian dan agensi serta pegawai Parlimen Malaysia.

Turut hadir bersama ialah Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam Sarawak (PAC), Dato Haji Razaili bin Haji Gapor; Pengerusi Special Select Committee on Ombudsman, Puan Dayang Noorazah binti Awang Sohor; Dato Miro anak Simuh; dan Dr. Simon Sinang anak Bada.

Kunjungan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan antara Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dengan DUN Sarawak, selain menjadi platform pertukaran pandangan mengenai amalan terbaik bagi memperkasakan peranan badan perundangan di peringkat Persekutuan dan negeri. Pertemuan itu turut menyentuh usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta fungsi semak dan imbang terhadap dasar kerajaan.

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada program lawatan kerja JKPK TIA ke Kuching dari 17 hingga 20 Ogos 2026.

FOTO : Parlimen Malaysia

Address

Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya
Kuching
93502

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Undangan Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share