Kampung Muhibbah Pending Kuching

Directions

Kampung Muhibbah Pending Kuching Kampung air di tengah bandar Kuching 🏙️🚤. Datang naik perahu, pulang bawa cerita.

NAK BERI PERINGATAN, BOLEH. TAPI FIKIRKAN KESANNYA.Kadang-kadang peringatan yang kita anggap sekadar “nak bagi tahu oran...
06/10/2026

NAK BERI PERINGATAN, BOLEH. TAPI FIKIRKAN KESANNYA.

Kadang-kadang peringatan yang kita anggap sekadar “nak bagi tahu orang” boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengelakkan diri daripada dicekup atau diperiksa oleh pihak berkuasa.

Kalau kita sudah melalui kawasan pemeriksaan itu dengan selamat, biarkan pengguna jalan raya yang lain melalui pemeriksaan tersebut juga.

Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Jangan sampai kita menjadi “tukang sebar” urusan pihak berkuasa sehingga tanpa sedar membantu pihak yang sepatutnya diperiksa.

Mengarey jak Muka Daktuk Encuri Rim encuri baju encuri sekian sekian.Dpd Pagi tek merati mala jak Viral.Jangan Pandei Me...
24/09/2026

Mengarey jak Muka Daktuk Encuri Rim encuri baju encuri sekian sekian.Dpd Pagi tek merati mala jak Viral.Jangan Pandei Melelat Ranto Tok Mencuri Udahlah.

⚠️ PESANAN KESIHATAN KEPADA ORANG RAMAI: JANGAN PANDANG RINGAN BAHAYA JEREBU ⚠️Keadaan jerebu yang teruk bukan sekadar m...
31/08/2026

⚠️ PESANAN KESIHATAN KEPADA ORANG RAMAI: JANGAN PANDANG RINGAN BAHAYA JEREBU ⚠️

Keadaan jerebu yang teruk bukan sekadar menyebabkan langit kelihatan kabur atau udara berbau asap. Pencemaran udara, khususnya zarah halus seperti PM2.5, boleh memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan dan kesihatan tubuh.

Zarah PM2.5 adalah sangat kecil sehingga ia boleh melepasi sebahagian sistem pertahanan semula jadi hidung dan saluran pernafasan, lalu masuk jauh ke dalam paru-paru. Pendedahan kepada udara tercemar juga boleh mencetuskan tindak balas keradangan dalam tubuh dan memberi kesan kepada sistem kardiovaskular.

Walaupun sesetengah individu mungkin berkata, “Jerebu biasa saja, saya okay,” ketiadaan simptom tidak semestinya bermaksud tubuh tidak terdedah kepada kesan pencemaran. Tidak semua kesan dapat dirasai serta-merta. Tahap ris*ko bergantung kepada kepekatan pencemaran, tempoh pendedahan dan keadaan kesihatan seseorang.

🫁 KESAN TERHADAP SISTEM PERNAFASAN

Pendedahan kepada jerebu boleh menyebabkan mata, hidung dan tekak mengalami iritasi. Individu juga mungkin mengalami batuk, kahak, sakit tekak, hidung berair, sesak nafas atau rasa ketat pada dada.

Bagi individu yang mempunyai asma atau penyakit paru-paru, jerebu boleh mencetuskan serangan atau memburukkan simptom. Kanak-kanak juga perlu diberi perhatian kerana paru-paru mereka masih berkembang dan mereka bernafas lebih cepat berbanding orang dewasa.

❤️ KESAN TERHADAP JANTUNG DAN SALURAN DARAH

Zarah pencemaran udara yang sangat halus dikaitkan dengan keradangan dan tekanan terhadap sistem kardiovaskular. Pendedahan yang berulang atau berpanjangan kepada pencemaran udara boleh meningkatkan ris*ko masalah berkaitan jantung dan saluran darah, terutama dalam kalangan warga emas serta individu yang mempunyai penyakit sedia ada.

🧠 JANGAN TUNGGU SEHINGGA SAKIT BARU BERTINDAK

Ramai yang hanya mula mengambil berat apabila mengalami batuk teruk, sesak nafas atau sakit dada. Namun, langkah perlindungan sebaiknya dilakukan sebelum simptom menjadi serius.

Lebih tinggi tahap pencemaran dan lebih lama tempoh pendedahan, lebih banyak zarah pencemar yang berpotensi disedut masuk ke dalam sistem pernafasan.

😷 LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN YANG DISARANKAN

• Hadkan masa berada di luar rumah, terutamanya apabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat atau sangat tidak sihat.

• Elakkan aktiviti fizikal yang berat di luar seperti berjoging, berbas*kal, bermain sukan atau melakukan kerja berat. Semasa bersenam, kadar pernafasan meningkat dan kita boleh menyedut lebih banyak udara tercemar.

• Jika perlu keluar, gunakan pelitup muka yang mempunyai penapisan zarah seperti N95 atau KN95, dan pastikan ia dipakai dengan kemas serta menutupi hidung dan mulut dengan baik.

• Mask kain atau pelitup muka biasa mungkin tidak memberikan tahap penapisan yang sama terhadap zarah halus seperti PM2.5.

• Tutup pintu dan tingkap sekiranya keadaan di luar sangat berjerebu bagi mengurangkan kemasukan udara tercemar ke dalam rumah.

• Pastikan warga emas, kanak-kanak, ibu mengandung serta individu yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru diberikan perhatian dan perlindungan tambahan.

• Individu yang mempunyai asma atau masalah pernafasan dinasihatkan supaya memastikan ubat dan rawatan yang diperlukan sentiasa tersedia mengikut nasihat doktor.

🚨 DAPATKAN RAWATAN SEGERA JIKA MENGALAMI:

❗ Sesak nafas atau sukar bernafas
❗ Sakit atau tekanan pada dada
❗ Semput yang semakin teruk
❗ Bibir atau wajah kelihatan kebiruan
❗ Pening yang teruk, pengsan atau keliru
❗ Batuk atau simptom pernafasan yang semakin serius

Jangan malu atau rasa berlebihan jika memilih untuk memakai mask ketika orang lain tidak memakainya. Setiap individu mempunyai tahap kesihatan, tahap pendedahan dan ris*ko yang berbeza.

Kita mungkin tidak dapat menghentikan jerebu dengan serta-merta, tetapi kita masih boleh mengurangkan jumlah pencemaran yang kita sedut dan melindungi diri serta keluarga.

Jerebu bukan sekadar masalah penglihatan atau ketidakselesaan sementara. Udara yang kita sedut memberi kesan kepada paru-paru, jantung dan kesihatan tubuh. Ambil langkah berjaga-jaga sebelum terlambat.

😷 Lindungi paru-paru. Jaga jantung. Kurangkan pendedahan. Utamakan kesihatan.

😵‍💫
28/08/2026

😵‍💫

TERKINI salam bang aji . traffic light yoshi rah pending kuching gugok 😢

dari Jul

Scam Alert
14/08/2026

Scam Alert

Pesanan Khidmat MasyaRakat🧑🏻‍⚕️🩻Nampak Gayanya Sarawak Masih Dilanda Musim Jerebu.IPU Kuching Setakat Jam Ini adalah 165...
11/08/2026

Pesanan Khidmat MasyaRakat🧑🏻‍⚕️🩻

Nampak Gayanya Sarawak Masih Dilanda Musim Jerebu.IPU Kuching Setakat Jam Ini adalah 165. Jaga diri Jaga keluarga.Kurangkan Aktiviti Diluar Rumah,Seboleh bolehnya Jangan “Mandok” betunok Apa semua Untuk Mengelakkan masalah jerebu semakin Series.Pakai Mask Muka n95 jika Perlu.Minum Air Secukupnya.Bagi yang ada asthma dan penyakit pernafasan elakkan berada Diluar Rumah buat Masa ini & Pakai mask Untuk keselamatan.

09/08/2026

Rasanya Anak2 KpgTok Baik2 Mudah Mudahan.Jarang Nemu Kes Rem2 Moto Sampei Kelaie Tok.Jangan Kinek Jalan Dah masok pandey bebukut Indah kelak🙂‍↔️Mun nya nak rem Moto engkali Siang Hari.Atau Rem ngetes Moto Minyak s*k nait😂

Address

Seberang Pending
Kuching
93450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Muhibbah Pending Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share