Briged Ketiga Infantri Malaysia

Call Directions

Briged Ketiga Infantri Malaysia Laman Facebook Rasmi Gambar Aktiviti Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged) Kem Penrissen Kuching 1. Ikuti segala perkembangan mengenai aktiviti 3 Briged.
(1)

Jangan lupa likes, share dan komen. Terima kasih.

2. 3 Briged adalah salah satu Briged di bawah Pemerintahan 1 Divisyen dan bernaung di bawah Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat. Laman ini merupakan laman sosial rasmi bagi 3 Briged.

3. _Overview_ Briged Ketiga Infantri Malaysia adalah seperti di bawah:

|SEJARAH & LATAR BELAKANG|
Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia telah ditubuhkan pada 25 Oktober 1957 di Kem Imphal, Kuala Lumpur. Panglima 3 Briged yang pertama ialah Brig Jen H.L.J Green yang berasal dari Grenadier Guard, sebuah Infantri Rejimen Tentera British.

|LAMBANG 3 BRIGED|
Lambang Formasi 3 Briged berupa Gading Gajah yang berlatar belakang warna merah. Signifikan Gading Gajah membawa maksud ketumbukan yang pernah berkhidmat di bawah Panji Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo, Afrika.

|VISI|
Menjadi sebuah Formasi tempur yang kredibel, berupaya mempertahankan kawasan tanggungjawab dan membantu Formasi Tentera Darat dan Pihak Berkuasa Awam.

|MISI|
Mempertahankan kawasan tanggungjawab dari ancaman luar dan membantu Pihak Berkuasa Awam mengekalkan keamanan.

|COGAN KATA|
"Pengorbanan Keunggulan"

|PEMERINTAH TERKINI|
Panglima 3 Briged ke-38 iaitu Brigedier Jeneral Mohd Kamil bin Haji Abdul Latiff.

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Zulkinine bin Yunus mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia. "Mal...
16/09/2026

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Zulkinine bin Yunus mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia. "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati".

-ππ„ππ†πŽπ‘ππ€ππ€π πŠπ„π”ππ†π†π”π‹π€π-

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Zulkinine bin Yunus mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Rejimen Renj...
16/09/2026

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Zulkinine bin Yunus mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Rejimen Renjer Diraja Ke-63. "Agi Idup Agi Ngelaban".

-ππ„ππ†πŽπ‘ππ€ππ€π πŠπ„π”ππ†π†π”π‹π€π-

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Zulkinine bin Yunus mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Angkatan Ten...
16/09/2026

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Zulkinine bin Yunus mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-93. "Ketahanan ATM, Benteng Pertahanan Negara".

-ππ„ππ†πŽπ‘ππ€ππ€π πŠπ„π”ππ†π†π”π‹π€π-

ππ€ππ†πˆπŒπ€ πŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ π’π„π‘π“π€πˆ π“π„πŒπ”ππ”π€π‹ π„πƒπˆπ’πˆ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€SRI AMAN – Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Br...
15/09/2026

ππ€ππ†πˆπŒπ€ πŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ π’π„π‘π“π€πˆ π“π„πŒπ”ππ”π€π‹ π„πƒπˆπ’πˆ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

SRI AMAN – Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Zulkinine bin Yunus, telah menyertai Temubual Edisi Khas Sempena Hari Malaysia 2026 anjuran RTM Sri Aman FM yang berlangsung di Konti Sri Aman FM pada 15 Sep 26.

Temubual khas tersebut mengetengahkan peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, selain mengupas kepentingan hubungan erat antara ATM dengan masyarakat. Panglima 3 Briged turut berkongsi mengenai penglibatan ATM dalam membantu masyarakat ketika berdepan bencana seperti banjir dan tanah runtuh, di samping kerjasama dengan agensi kerajaan lain dalam menangani situasi kecemasan.

Selain itu, aspek pembentukan disiplin, kepimpinan dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda serta peluang kerjaya dan manfaat menyertai ATM turut dikongsikan. Perbincangan ini mencerminkan komitmen berterusan ATM untuk mendekati masyarakat serta menyemai kesedaran bahawa keselamatan dan kedaulatan negara merupakan tanggungjawab bersama.

Penyertaan Panglima 3 Briged dalam temubual ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan ATM bersama rakyat, selaras dengan aspirasi untuk memastikan institusi pertahanan negara sentiasa dekat di hati masyarakat serta terus diyakini sebagai benteng keamanan dan kedaulatan negara. Program turut dimeriahkan dengan persembahan muzik oleh S’Thirteen Bands yang menambahkan kemeriahan serta menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Malaysia.

-PENGORBANAN KEUNGGULAN-

15/09/2026
Jangan lepaskan peluang untuk dengarkan Temubual Edisi Khas bersama Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Z...
14/09/2026

Jangan lepaskan peluang untuk dengarkan Temubual Edisi Khas bersama Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Zulkinine bin Yunus sempena Hari Malaysia!

πŸ“» 15 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
🎧 Bersiaran di Sri Aman FM
πŸ“± LIVE di Facebook Sri Aman FM

-PENGORBANAN KEUNGGULAN-

09/09/2026
08/09/2026
08/09/2026
ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ„πŒππ”πŠπ€π€π π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ π’π€π“π‘πˆπ€ 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐇 (𝐂𝐏𝐗) 𝐃𝐀𝐍 π’π€π“π‘πˆπ€ ππ„π‘πŠπ€π’π€ (𝐅𝐓𝐗) πŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”KUCHING: Seramai 79 pegawai ...
08/09/2026

ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ„πŒππ”πŠπ€π€π π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ π’π€π“π‘πˆπ€ 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐇 (𝐂𝐏𝐗) 𝐃𝐀𝐍 π’π€π“π‘πˆπ€ ππ„π‘πŠπ€π’π€ (𝐅𝐓𝐗) πŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

KUCHING: Seramai 79 pegawai dan 23 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah menghadiri Majlis Pembukaan Eksesais SATRIA GAGAH (CPX) dan SATRIA PERKASA (FTX) 3 Briged Tahun 2026 yang bertempat di Dewan Bukavu, Kem Penrissen pada 7 Sep 26.

Perasmian Eksesais SATRIA GAGAH (CPX) dan SATRIA PERKASA (FTX) telah disempurnakan oleh Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Mohd Sobirin bin Haji Mohd Yusof. Acara dimulakan dengan pemakaian Toha kepada ketua-ketua tim yang terlibat dalam eksesais pada kali ini. Turut hadir ialah Panglima 3 Briged, Brig Jen Zulkinine bin Yunus selaku ketua Tim Pelaku Biru, Brig Jen Dato Jafri bin Sulaiman selaku Ketua Pengendali Eksesais dan Panglima 31 Briged, Brig Jen Azman bin Md Zain selaku Ketua Wasit.

Eksesais ini akan melibatkan pasukan-pasukan tempur, bantuan tempur dan bantuan khidmat daripada 1 Div, iaitu 4 KAD, 8 RAD, 3 Skn RAJD, 1 Bn Ubat dan Elemen Bergerak Ordnans (EBO) dari 71 BOD. Eksesais SATRIA GAGAH (CPX) akan berlangsung mulai 7 hingga 11 Sep 26, manakala Eksesais SATRIA PERKASA (FTX) akan dilaksanakan mulai 16 hingga 27 Sep 26 di kawasan am Bau, Lundu dan Biawak.

Pelaksanaan eksesais ini bertujuan untuk menguji dan menilai tahap kesiagaan serta keupayaan Kumpulan 3 Briged dan Trup 1 Divisyen dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Eksesais ini turut menjadi platform bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan, keupayaan serta kecekapan pasukan dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman.

-PENGORBANAN KEUNGGULAN-

Address

Kompleks Kem Penrissen
Kuching
93350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082621300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Ketiga Infantri Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share