27/10/2026
Alhamdulillah, Ketua Kaum JKKK Kampung Semariang Lama telah menghadiri Mesyuarat KMKKTR N7 Samariang pada Selasa, 27 Oktober 2026, bertempat di Pusat Khidmat ADUN N7 Samariang.
Mesyuarat membincangkan beberapa perkara berkaitan kebajikan masyarakat, pendidikan, lawatan, pengurusan bencana serta isu-isu semasa bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Semoga kerjasama dan permuafakatan semua Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Tuai Rumah terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.
Bersama Maju Untuk N7 Samariang!