CGSO Sarawak

Directions Website

CGSO Sarawak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak.

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 & 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗥 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗣 𝗗𝗜 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗔𝗥𝗜𝗞𝗘𝗜SARIKEI | 6 OKTOBER 2026 — Pengarah Negeri, Pejabat Ketua Peg...
06/10/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 & 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗞𝗔𝗗𝗘𝗥 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗣 𝗗𝗜 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗔𝗥𝗜𝗞𝗘𝗜

SARIKEI | 6 OKTOBER 2026 — Pengarah Negeri, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak (CGSO Sarawak), Encik Zainor bin Zailan, telah melaksanakan Lawatan dan Program Santuni Kader Skim KP di Hospital Sarikei.

Program ini merupakan salah satu usaha CGSO Sarawak untuk mendekati, menyantuni serta meninjau secara langsung kebajikan dan keperluan warga kader yang bertugas di Hospital Sarikei.

Dalam lawatan tersebut, Pengarah Negeri turut berkesempatan berinteraksi dan bertukar pandangan bersama kader Skim KP, di samping menyampaikan amanat serta penekanan agar aspek integriti, disiplin dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sentiasa diberi keutamaan.

Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen CGSO Sarawak dalam memperkukuh hubungan, komunikasi dan semangat kebersamaan bersama warga kader di lapangan.








𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗥𝗜𝗞𝗘𝗜06 Oktober 2026 - Pejaba...
06/10/2026

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗥𝗜𝗞𝗘𝗜

06 Oktober 2026 - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak (CGSO Sarawak) telah melaksanakan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei.

Inspektorat ini diketuai oleh Pengarah Negeri CGSO Sarawak, Encik Zainor bin Zailan, dengan dibantu oleh Penolong Pengarah, Encik Mike Palmer anak Frankie Ria.
Turut hadir dan memberikan kerjasama dalam pelaksanaan inspektorat ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr. Johny anak Kelak, bersama warga kerja Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei.

Pelaksanaan inspektorat ini bertujuan memastikan aspek Keselamatan Perlindungan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan, di samping memperkukuh pematuhan terhadap peraturan, prosedur dan tatacara keselamatan yang berkuat kuasa.

CGSO Sarawak merakamkan penghargaan kepada pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan inspektorat.





𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗨Pejabat Ketua Pegawai Kesela...
05/10/2026

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗨

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak (CGSO Sarawak) telah melaksanakan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Pejabat Kesihatan Daerah Julau pada 05 Oktober 2026.

Pelaksanaan inspektorat ini diketuai oleh Pengarah Negeri CGSO Sarawak, Encik Zainor bin Zailan, dengan dibantu oleh Penolong Pengarah, Encik Mike Palmer anak Frankie Ria.

Inspektorat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan CGSO Sarawak dalam memastikan aspek keselamatan perlindungan, pematuhan terhadap peraturan serta tatacara keselamatan kerajaan sentiasa diberi perhatian dan dilaksanakan secara berkesan di agensi-agensi Kerajaan.

Komitmen dan kerjasama berterusan semua pihak amat penting bagi memperkukuh tahap keselamatan perlindungan serta memastikan keselamatan fizikal, rahsia rasmi dan personel sentiasa terpelihara.






𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗖𝗚𝗦𝗢 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞02 Oktober 2026 — Warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan...
03/10/2026

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗖𝗚𝗦𝗢 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

02 Oktober 2026 — Warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak (CGSO Sarawak) telah bersama-sama menjayakan Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat CGSO Negeri Sarawak dengan penuh semangat, ceria dan kebersamaan.

Program dimulakan pada sebelah petang dengan aktiviti regangan serta Briskwalk di sekitar kawasan Waterfront Kuching dan diakhiri dengan sesi fotografi.

Lebih daripada sekadar aktiviti fizikal, program ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

💪 Sihat bersama
🤝 Bergerak bersama
🇲🇾 Bersemangat bersama

Kerana warga kerja yang sihat dan cergas adalah antara asas kepada organisasi yang lebih dinamik, produktif dan cemerlang.

CGSO Sarawak — Segulai Sejalai, Sihat dan Cergas! 💛🖤❤️






𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡28 September 2026 (Selasa) – ...
30/09/2026

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡

28 September 2026 (Selasa) – Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Sarawak telah melaksanakan Inspektorat Susulan Keselamatan Perlindungan di Pejabat Residen Bahagian Serian.

Inspektorat ini diketuai oleh Puan Norain binti Ramli, Penolong Pegawai Keselamatan, bersama Encik Azlannyta Firdhausy bin Johor dan Encik Anthonio James Austin. Pelaksanaan inspektorat turut mendapat kerjasama dan komitmen daripada YBrs. Tuan Mackos Sibong, Residen Bahagian Serian, serta pegawai-pegawai Pejabat Residen Bahagian Serian.

Inspektorat susulan ini dilaksanakan bagi menilai tindakan penambahbaikan terhadap syor dan penemuan hasil pemeriksaan terdahulu, di samping memastikan aspek Keselamatan Perlindungan terus diperkukuh dan dilaksanakan secara konsisten.

Selain itu, pemeriksaan susulan ini merupakan sebahagian daripada mekanisme pemantauan berterusan bagi memastikan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan sentiasa diberi perhatian, dipatuhi dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.

Pejabat CGSO Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Residen Bahagian Serian atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan inspektorat ini.





𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 Kuching, 30 September 2026 — Pejabat Ketua P...
30/09/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦

Kuching, 30 September 2026 — Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak telah menerima perkongsian melalui Taklimat Perlindungan Insurans CuepacsCare yang disampaikan oleh Encik Syeed @ Izham Halek kepada warga kerja CGSO Sarawak pada hari ini.

Taklimat ini memberi pendedahan dan kefahaman kepada warga kerja berkaitan manfaat, perlindungan, khususnya sebagai persediaan dalam menghadapi perkara-perkara tidak dijangka.

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai kepentingan perlindungan diri dan keluarga.





𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐓𝐋) 𝐃𝐈 𝐑𝐄𝐏𝐎𝐒𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈, 𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀 ...
30/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐓𝐋) 𝐃𝐈 𝐑𝐄𝐏𝐎𝐒𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈, 𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

25 September 2026 (Jumaat) – Lawatan Pemeriksaan Keselamatan Fizikal Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL) telah dilaksanakan di Repositori Rekod Negeri, Pustaka Negeri Sarawak.

Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Norain binti Ramli, Penolong Pegawai Keselamatan, dengan dibantu oleh Puan Noorfarida binti Abdullah, Puan Ernalisteri binti Sokat dan Encik Mohamad Nazid bin Tahir dari Unit SP/KLTL, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Sarawak.

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi menilai dan memastikan tahap keselamatan fizikal instalasi serta pematuhan terhadap prosedur dan langkah-langkah keselamatan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan aspek keselamatan fizikal Kawasan Larangan dan Tempat Larangan sentiasa diberi perhatian serta dilaksanakan mengikut peruntukan dan keperluan keselamatan yang ditetapkan.





𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗖𝗚𝗦𝗢 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞25 September 2026 | Kuching, SarawakPejabat Ketua Pe...
25/09/2026

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗖𝗚𝗦𝗢 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

25 September 2026 | Kuching, Sarawak

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Sarawak pada hari ini telah melaksanakan Sesi Perjumpaan Bersemuka Pengarah Negeri Bersama Pegawai dan Kakitangan CGSO Negeri Sarawak yang melibatkan warga kerja daripada semua lapisan gred.

Pelaksanaan sesi ini adalah selaras dengan arahan YBhg. Ketua Setiausaha Negara (KSN) semasa Sesi Santai KSN bersama Warga Perkhidmatan Awam Persekutuan Zon Sarawak yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2026 di Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Sarawak (INSARA).

Sesi perjumpaan yang dilaksanakan dalam suasana terbuka dan santai ini menjadi platform kepada warga CGSO Sarawak untuk menyuarakan pandangan, cadangan, isu serta maklum balas secara terus kepada pihak pengurusan tanpa karenah birokrasi.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada penghayatan nilai Malaysia MADANI, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) serta usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang berfokuskan rakyat.

Pengarah Negeri CGSO Sarawak, Encik Zainor bin Zailan, dalam sesi tersebut turut menekankan kepentingan komunikasi dua hala, semangat kerja berpasukan, integriti, disiplin serta budaya kerja yang positif dalam memastikan penyampaian perkhidmatan CGSO sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Semoga sesi seumpama ini terus menjadi wadah memperkukuh hubungan antara pengurusan dan warga kerja, di samping membudayakan keterbukaan, kebersamaan dan penambahbaikan berterusan dalam organisasi.

“RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN”




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐓𝐋) 𝐃𝐈 𝐋𝐈𝐌𝐁𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐑𝐎𝐎𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔...
24/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐓𝐋) 𝐃𝐈 𝐋𝐈𝐌𝐁𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐑𝐎𝐎𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍, 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆, 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

22 September 2026 (Selasa) – Lawatan Pemeriksaan Keselamatan Fizikal Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL) telah dilaksanakan di Limbongan Brooke dan Kerja Kejuruteraan, Kuching, Sarawak.

Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Norain binti Ramli, Penolong Pegawai Keselamatan, dengan dibantu oleh Puan Noorfarida binti Abdullah, Puan Ernalisteri binti Sokat dan Encik Mohamad Nazid bin Tahir dari Unit SP/KLTL, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Sarawak.

Lawatan ini dilaksanakan bagi membuat penilaian terhadap keperluan untuk membatalkan status Limbongan Brooke dan Kerja Kejuruteraan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL), mengambil kira perubahan fungsi dan penggunaan premis tersebut pada masa kini.

Hasil pemerhatian mendapati premis berkenaan kini tidak lagi digunakan bagi tujuan asal yang memerlukan perlindungan sebagai kawasan larangan dan tempat larangan. Sebaliknya, kawasan tersebut telah dibangunkan dan dimanfaatkan sebagai lokasi warisan serta tarikan pelancongan melalui Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum, yang mempamerkan nilai sejarah dan warisan perindustrian di Kuching, Sarawak.





𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗝𝗞𝗣𝗞) 𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗔𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥...
24/09/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗝𝗞𝗣𝗞) 𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗔𝗟𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗔𝗜𝗥 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

24 September 2026 (Khamis), Kuching

Satu lawatan kerja telah dilaksanakan oleh Unit Sasaran Penting CGSO Negeri Sarawak ke instalasi sasaran penting negeri Sarawak. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Encik Zainor bin Zailan, Pengarah Negeri, CGSO Negeri Sarawak dibantu oleh Encik Mike Palmer anak Frankie Riya serta ahli-ahli JKPKSP Negeri Sarawak terdiri daripada pihak IPK Sarawak, ATM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut hadir dalam pemeriksaan ini adalah Pegawai daripada Pejabat Residen Bahagian Kuching, Unit Kawalan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak (UKPS) dan Jabatan Alam Sekitar Kuching.

Lawatan ini telah disantuni oleh Eksekutif Satu (1) Sarawak Water Bahagian Kuching, Cik Christina Anak Umpi. Fokus utama lawatan adalah untuk menjalankan pemeriksaan fizikal serta perbincangan menyeluruh berkaitan tahap ancaman keselamatan terhadap instalasi ini.

Lawatan dan pemeriksaan ini diadakan bertujuan bagi menilai dan menambah baik serta membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di instalasi Sasaran Penting Negeri Sarawak.





Address

Bangunan Marzuki
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGSO Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share