25/09/2026
LAWATAN MENGEJUT YS TIMBALAN PENGARAH BOMBA SARAWAK KE BBP BATU LINTANG
25 September 2026 | Jumaat | 0930 – 1150 hrs
Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang telah menerima lawatan mengejut daripada YS Timbalan Pengarah Bomba Sarawak pada pagi ini.
Dalam lawatan tersebut, YS Timbalan Pengarah telah menyampaikan penerangan serta perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan berkaitan beberapa perkara penting, antaranya:
🔹 Pelaksanaan EKSA
🔹 Tangga Ladcon 464
🔹 Hose Tower
🔹 Pengungsian Bangunan
🔹 Sesi soal jawab dan perkara-perkara berbangkit
Sesi perkongsian ini bukan sahaja memberi pendedahan dan pengetahuan tambahan kepada warga BBP Batu Lintang, malah menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memperkukuhkan kefahaman dalam aspek pengurusan, keselamatan dan kesiapsiagaan pasukan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YS Timbalan Pengarah atas kesudian berkunjung serta berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga BBP Batu Lintang.
“Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra”
Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang