Pejabat Daerah Kecil Banggi

Call Directions Website

Pejabat Daerah Kecil Banggi PDKB

04/10/2026
19 September 2026 | Sabtu | Dewan Terbuka KobongMAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M PERINGKAT DAERAH KECIL BANGGI...
22/09/2026

19 September 2026 | Sabtu | Dewan Terbuka Kobong

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M PERINGKAT DAERAH KECIL BANGGI

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1448H/2026M Peringkat Daerah Kecil Banggi bertempat di Dewan Terbuka Kobong Banggi dengan penuh meriah dan penghayatan, selaras dengan tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Daerah, En. Amir Hamzah Sahirun, yang mewakili YB Datuk Mohammad bin Mohamarin, ADUN N.1 Banggi.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua kontinjen yang telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul. Semangat kerjasama, ukhuwah dan penglibatan semua pihak amatlah dihargai dalam menyemarakkan sambutan yang penuh bermakna ini.

Turut dirakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Elly Kassim bin Edin atas pengiktirafan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Banggi Tahun 2026. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mencontohi akhlak mulia dan perjuangan Rasulullah SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyemai kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuh ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Daerah Kecil Banggi.

09 September 2026 | Rabu | 10.00 amBilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kudat SESI LIBAT URUS PENYELARASAN SKOP KERJA PROJEK ...
09/09/2026

09 September 2026 | Rabu | 10.00 am
Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kudat

SESI LIBAT URUS PENYELARASAN SKOP KERJA PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH KECIL BANGGI

Dipengerusikan oleh Encik Jaslee Jaafar, Penolong Pegawai Daerah Banggi, Libat Urus ini bertujuan membincangkan serta menyelaras cadangan pelaksanaan projek pembangunan di Kampung Limbuak Laut, Banggi (KAM) dan SK Limbuak Banggi (SAM) bagi memastikan setiap cadangan projek dan isu-isu berkaitan diselaras dan diselesaikan untuk manfaat semua pihak terlibat khususnya kepentingan awam Masyarakat dan komuniti sekitarnya.

03 September 2026 | 2.00 PM | Bilik Mesyuarat Sinambung Pejabat Daerah Kecil Banggi MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PEN...
05/09/2026

03 September 2026 | 2.00 PM | Bilik Mesyuarat Sinambung Pejabat Daerah Kecil Banggi

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PENGURUSAN BENCANA BANGGI BIL.4/2026

03 September 2026 | Khamis | 9:00 amPejabat Daerah Kecil Banggi, Bangunan urusetia Lama dan Sekolah Agama Negeri Karakit...
05/09/2026

03 September 2026 | Khamis | 9:00 am
Pejabat Daerah Kecil Banggi, Bangunan urusetia Lama dan Sekolah Agama Negeri Karakit Baggi

Lawatan Fizikal Pengauditan Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan Elektronik Bagi Kerajaan Negeri Sabah

03 September 2026 | Khamis | 8:30 amBilik Mesyuarat Sinambung, Pejabat Daerah Kecil Banggi Kunjungan Hormat daripada Yay...
05/09/2026

03 September 2026 | Khamis | 8:30 am
Bilik Mesyuarat Sinambung, Pejabat Daerah Kecil Banggi

Kunjungan Hormat daripada Yayasan Usaha Maju (YUM) kepada Penolong Pegawai Daerah Banggi

26 Ogos 2026 | 2.00 PM | Bilik Mesyuarat Sinambung Pejabat Daerah Kecil Banggi MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PENGURUS...
26/08/2026

26 Ogos 2026 | 2.00 PM | Bilik Mesyuarat Sinambung Pejabat Daerah Kecil Banggi

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PENGURUSAN BENCANA BANGGI BIL.3/2026

19/08/2026
13 Ogos 2026 | Khamis | 2.30 PetangBilik Mesyuarat Pejabat Daerah KudatMESYUARAT PENYELARASAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI S...
13/08/2026

13 Ogos 2026 | Khamis | 2.30 Petang
Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kudat

MESYUARAT PENYELARASAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI SABAH (HKHS) 2/2026

12 Ogos 2026 | Selasa | 9.00 PagiBilik Mesyuarat Sinambung, Pejabat Daerah Kecil BanggiMAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTI...
13/08/2026

12 Ogos 2026 | Selasa | 9.00 Pagi
Bilik Mesyuarat Sinambung, Pejabat Daerah Kecil Banggi

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DAERAH KECIL BANGGI SESI 2026/2030

Pejabat Daerah Kecil Banggi telah menganjurkan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kecil Banggi Sesi 2026/2030, yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohammad bin Mohamarin.

Majlis ini merupakan satu platform penting dalam menyampaikan amanah dan tanggungjawab kepada para Pengerusi JKKK yang telah dilantik bagi sesi 2026/2030, khususnya dalam memperkukuh peranan kepimpinan di peringkat akar umbi serta memastikan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat terus diberi perhatian.

Turut diadakan sesi perkongsian dan taklimat daripada agensi berkaitan bagi memberi pendedahan serta panduan kepada para Pengerusi JKKK dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah jemputan atas perkongsian ilmu, pandangan dan penerangan yang telah disampaikan:

🔹 ASP Yassin bin Sagap – Balai Polis
🔹 Encik Willie Jefferin – Wakil Jabatan Kebajikan (JKM)
🔹 Kapten (PA) Abdullah bin Sabaruddin – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Semoga segala perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat serta menjadi panduan kepada para Pengerusi JKKK dalam melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi kesejahteraan masyarakat serta kemajuan Daerah Kecil Banggi.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Pengerusi JKKK yang telah dilantik bagi sesi 2026/2030.

Address

Pejabat Daerah Kecil Banggi W. D. T 199
Kudat
89059

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088635400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Kecil Banggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share