SK Putra Utama, Kulai

Directions Contact the organization

SK Putra Utama, Kulai SK Putra Utama telah di buka dan dirasmikan pada tanggal 3 Januari 2011 oleh Encik Mohd Noor A Ghani ( Timbalan Pengarah Johor ketika itu).

Sekolah Kebangsaan Putra Utama, Kulai sebelum ini dinamakan sebagai SK Seri Seelong. Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 5 ekar di Jalan Kempas, Bandar Putra, Kulai menggunakan Industrial building System. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 2009 dan siap pada 30 Jun 2010. Penyerahan bangunan oleh kontraktor kepada KPM adalah pada 22 Disember 2010. Perasasmian Pengoperasian Sekolah Baru (SK Putra Utama) telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nor bin A. Ghani, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor pada hari Isnin, 3 Januari 2011.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.📚 PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA MURID TAHAP 2✏️ Bawa alat tulis yang mencukupi.⏰ H...
26/10/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

📚 PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA MURID TAHAP 2

✏️ Bawa alat tulis yang mencukupi.

⏰ Hadir dan bersedia lebih awal.

💪 Buat persiapan sebaik mungkin.

🔴 TIADA PEPERIKSAAN ULANGAN akan dijalankan kepada murid yang tidak hadir kecuali dengan adanya surat makluman seperti SIJIL CUTI SAKIT.

🌟 Semoga semua murid membuat persiapan awal, menjawab dengan yakin dan tenang, serta memberikan yang terbaik.

🤲✨ SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA!

📢 MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 🏫SK PUTRA UTAMA, KULAI, JOHORAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa ...
25/10/2026

📢 MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 🏫
SK PUTRA UTAMA, KULAI, JOHOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sekolah akan beroperasi semula seperti biasa pada ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Isnin, 26 Oktober 2026

Sehubungan itu, semua murid diminta hadir ke sekolah mengikut jadual persekolahan seperti biasa.

📌 PERINGATAN MESRA KEPADA IBU BAPA/PENJAGA

1️⃣ Guru dan murid digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah penjagaan kesihatan.

2️⃣ Memastikan anak hadir ke sekolah tepat pada waktunya.

3️⃣ Menyediakan kelengkapan pembelajaran yang diperlukan.

4️⃣ Memastikan anak sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

5️⃣ Memaklumkan kepada guru kelas sekiranya anak kurang sihat.

Kerjasama dan sokongan semua ibu bapa serta penjaga amat dihargai.

🌟 Selamat kembali ke sekolah! Semoga semua warga SK Putra Utama terus bersemangat menjalankan tugas dan menimba ilmu dalam suasana yang selamat, sihat dan ceria.

18/10/2026
15/10/2026

15 OKTOBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

PELAKSANAAN UASA MINGGU HADAPAN DITANGGUHKAN

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







Tahniah dan syabas buat Pasukan STEM Robotic AI SKPU - Phantom Rapture yang terdiri daripada:Guru Pembimbing: 1) Cik Haj...
13/10/2026

Tahniah dan syabas buat Pasukan STEM Robotic AI SKPU - Phantom Rapture yang terdiri daripada:

Guru Pembimbing:
1) Cik Hajah SAHARIZA BINTI OTHMAN
2) Puan ISFAH BT HARUN

Peserta:
1) Muhammad Haziq Asyraf Bin Khairul Anwar (5 Cempaka)
2) Areef Saqifthoriq Bin Akmal Ridza (5 Cempaka)
3) Damia Batrisyia Binti Mohd Khairul (5 Cempaka)
4) Muhammad Ammar Sufyan bin Mohd Taufiq (5 Cempaka)

Bermula dari saringan peringkat sekolah, daerah dan seterusnya ke peringkat Negeri sekitar Jun hingga September 2026, akhirnya berjaya melayakkan pasukan ke Pusingan Akhir Peringkat Kebangsaan.

Didoakan agar lebih bersemangat dan berjaya utk Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada:

📍 Akhir Kebangsaan Malaysia Techlympics 2026
📅 15–16 November 2026
🏢 MAEPS, Serdang

SELAMAT DATANG KE SK PUTRA UTAMA! Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Putra Utama mengucapkan setinggi-tinggi ucapan selama...
13/10/2026

SELAMAT DATANG KE SK PUTRA UTAMA!

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Putra Utama mengucapkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada:

🌹 Pn Nor Sa’adah binti Zakaria
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

🌸 Cikgu Nur Asyikin
Guru Intern Prasekolah

Semoga kehadiran cikgu berdua membawa sinar baharu, menyemarakkan semangat kerja berpasukan serta memperkukuh kecemerlangan sekolah dalam melahirkan murid yang berilmu, berdisiplin dan berbakti.

Selamat menjalankan amanah dan tugas dengan penuh dedikasi. Semoga terus maju jaya serta sentiasa diberkati dalam setiap langkah bersama keluarga besar SK Putra Utama.

“BERILMU, BERDISIPLIN, BERBAKTI”



MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DI SELURUH NEGERI JOHOR SUSULAN JEREBUAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa ...
11/10/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DI SELURUH NEGERI JOHOR SUSULAN JEREBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negeri Johor akan ditutup pada Isnin, 12 Oktober 2026, susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara yang berlaku.

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) turut ditangguhkan. Tarikh baharu akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Ibu bapa dan penjaga dimohon mengambil maklum serta memastikan anak-anak berada di rumah dan sentiasa menjaga kesihatan.

Semoga semua warga sekolah sentiasa dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan kita.




Makluman PdPr setakat hari ini, Ahad, jam 5.00 petang.Harap maklum.
11/10/2026

Makluman PdPr setakat hari ini, Ahad, jam 5.00 petang.
Harap maklum.

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔

𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐈𝐧𝐢, 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐈𝐦𝐞𝐣 𝐊𝐢𝐭𝐚










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

10/10/2026

📢 MAKLUMAN KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI JEREBU

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Pemaklumkan panduan pengurusan jerebu sebagai rujukan kepada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan semua pihak berkepentingan.

🌫️ Semua pihak dimohon mengambil maklum tentang pemantauan bacaan IPU, pengumuman rasmi, pelaksanaan BDR/PdPR serta langkah menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid.

❤️ Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan pengurusan situasi jerebu dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Bersama Lindungi Generasi Masa Depan!








📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH SUSULAN JEREBUMENJUNJUNG TITAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN J...
07/10/2026

📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH SUSULAN JEREBU

MENJUNJUNG TITAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR

Dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah di negeri Johor akan ditutup pada 8 dan 9 Oktober 2026 (Khamis dan Jumaat) susulan keadaan jerebu yang melanda negeri ini.

Penutupan sekolah ini adalah sebagai menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, demi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara.

🏫 SK Putra Utama turut ditutup pada:
📅 8 & 9 Oktober 2026
📌 Khamis & Jumaat

💻 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH (PdPR)

Sepanjang tempoh penutupan sekolah, sesi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan.

Kerjasama semua ibu bapa/penjaga amat dihargai bagi memastikan anak-anak mengikuti PdPR dengan sebaiknya dari rumah.

Semoga keadaan jerebu kembali pulih dan semua warga SK Putra Utama sentiasa berada dalam keadaan sihat, selamat dan dilindungi. 🤲





KENYATAAN RASMI

PENUTUPAN SEKOLAH DI SELURUH NEGERI JOHOR SUSULAN JEREBU

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

Address

Jalan Kempas
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Putra Utama, Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Putra Utama, Kulai:

Shortcuts

Share

Nearby government services