Majlis Perbandaran Kulai

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Perbandaran Kulai Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

Laman ini sentiasa ada "value added" bagi memastikan setiap bahan yang dipersembahkan adalah relevan, efektif dan efisyen serta berorientasikan pelanggan.

𝑷𝑬𝑵𝒀𝑬𝑳𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑹𝑨𝑨𝑵 𝑳𝑨𝑵𝑫𝑺𝑲𝑨𝑷 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑬𝑹𝑺𝑰𝑯𝑨𝑵 𝑲𝑨𝑾𝑨𝑺𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑩𝑼𝑵 𝑯𝑨𝑹𝑨𝑴 🌿Kakitangan Bahagian Landskap, Majlis Perbandaran Kulai (MP...
06/10/2026

𝑷𝑬𝑵𝒀𝑬𝑳𝑬𝑵𝑮𝑮𝑨𝑹𝑨𝑨𝑵 𝑳𝑨𝑵𝑫𝑺𝑲𝑨𝑷 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑬𝑹𝑺𝑰𝑯𝑨𝑵 𝑲𝑨𝑾𝑨𝑺𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑩𝑼𝑵 𝑯𝑨𝑹𝑨𝑴 🌿

Kakitangan Bahagian Landskap, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap dan pembersihan kawasan di Jalan Indah 2, Taman Kulai Indah bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, kemas, selamat dan selesa.

Antara kerja yang dilaksanakan termasuk cantasan pokok bagi meningkatkan keselamatan serta kekemasan kawasan. Kerja pembersihan turut melibatkan kawasan kebun haram yang tidak diselenggara dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, selain membanteras penggunaan tanah tanpa kebenaran.

MPKu terus komited memperkasa pengurusan landskap dan kebersihan demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, kondusif dan sejahtera untuk komuniti setempat.

Bersama-sama kita jaga kebersihan dan keindahan Kulai. 🌱






ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI WARGA KULAI YANG AMAZING🥰
05/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI WARGA KULAI YANG AMAZING🥰

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐄𝐒𝐓𝐈𝐂 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 @ 𝐗𝐏𝐋𝐎𝐑𝐄 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈📆 4 Oktober 2026 (Ahad)📍 Bandar Putra, Kulai Yang Berhormat ...
05/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐄𝐒𝐓𝐈𝐂 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 @ 𝐗𝐏𝐋𝐎𝐑𝐄 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

📆 4 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Bandar Putra, Kulai

Yang Berhormat Dato’ Hj Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, telah hadir merasmikan Majestic Johor Festival 2026 @ Xplore Kulai yang berlangsung di Bandar Putra, Kulai.

Program cetusan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ini merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan Negeri Johor dalam mengetengahkan potensi pelancongan berasaskan komuniti serta memperkenalkan keunikan dan tarikan yang terdapat di Daerah Kulai.

Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Fizwan bin Dato’ Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai; Encik Mohammed Aqil Harris Bin Mohd Lana, wakil rasmi Pengarah Tourism Negeri Johor; YB Tuan R Kumaran, ADUN Bukit Batu; Puan Hajah Afzan binti Azhari, Pentadbir Tanah Daerah Kulai; Tuan Haji Muhammad Shahril Aziz bin Abd Gapar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai; YB Dato’ Hj A Rahim bin Nin, Pengerusi Eksekutif REV Mastery x GGR, ketua-ketua jabatan, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim serta para tetamu jemputan.

Penganjuran ini menjadi platform untuk mengetengahkan produk dan tarikan pelancongan tempatan, di samping memperkukuh kerjasama antara kerajaan, agensi, komuniti dan pihak swasta dalam merancakkan sektor pelancongan serta ekonomi setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, khususnya para penaja dan rakan strategik, atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga Majestic Johor Festival @ Xplore Kulai terus menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan Daerah Kulai dan membuka lebih banyak peluang kepada komuniti setempat.




PROGRAM PENGINDAHAN REKREASI BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2026 🗓 Tarikh: 5 Oktober 2026 (Isnin...
05/10/2026

PROGRAM PENGINDAHAN REKREASI BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2026

🗓 Tarikh: 5 Oktober 2026 (Isnin)
📍Lokasi: Taman Rekreasi Jalan Perwira,Taman Timur
🕗 Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi

Aktiviti Dilaksanakan:
1. Aktiviti pembersihan dan plogging kawasan taman rekreasi
2. Kerja cantasan pokok, penebangan & pembersihan semak samun serta kebun haram
3. Kerja-kerja mengecat alatan permainan untuk keceriaan taman

Jabatan Terlibat:
1. Jabatan Kesihatan Awam MPKu
2. Jabatan Kejuruteraan MPKu
3. Bahagian Landskap MPKu
4. Bahagian Teknologi Maklumat
5. Ahli Majlis Zon Gemilang, Encik Shanmatha Kumaran A/L Pongavanam
6. SWCORP & SWM

Jumlah Penglibatan:
• 50 peserta

Jumlah sisa buangan:
• 24,000 kg (4 Lori RORO)

Majlis Perbandaran Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas yang telah turun padang menjayakan program ini.

"Kebersihan tanggungjawab bersama." ♻️






05/10/2026
02/10/2026

Alhamdulillah, berita baik buat rakyat Johor yang menantikan penyerahan bantuan Perumahan Kasih Johor Fasa 6.

Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Inisiatif Perumahan Kasih Johor Fasa 6 akan diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru dan disempurnakan oleh YAB Dato Onn Hafiz Ghazi

Saya memahami ramai yang ternanti-nanti dan bertanyakan perkembangan bantuan ini. Semoga penyerahan nanti dapat membantu meringankan beban penerima dalam memenuhi keperluan perumahan keluarga.

Senarai nama pemohon yang berjaya akan diumumkan dalam masa terdekat. Pemohon yang berjaya juga akan menerima notifikasi melalui e-mel dan SMS dari Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor berdasarkan maklumat yang didaftarkan semasa permohonan. Mohon semua pemohon menyemak e-mel dan SMS masing-masing serta mengikuti hebahan rasmi PKPJ untuk maklumat lanjut.

Di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor, kita terus berusaha memastikan inisiatif perumahan negeri sampai kepada rakyat yang memerlukan. Terima kasih atas kesabaran semua. Insya-Allah, kita bertemu pada 10 Oktober nanti!



02/10/2026
Program PEMBUDAYAAN AL QURAN MINGGUAN WANITA bermula Jam 7.50 pagi bertempat di Surau Ibnu Makhtum pada 2/10/2026 (Jumaa...
02/10/2026

Program PEMBUDAYAAN AL QURAN MINGGUAN WANITA bermula Jam 7.50 pagi bertempat di Surau Ibnu Makhtum pada 2/10/2026 (Jumaat).

“Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga bagi hambanya yang menuntut Ilmu"
-HR Muslim-

Tajuk Tazkirah:
MAJLIS ILMU

Surah:
Surah An Nisa








ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI WARGA KULAI YANG AMAZING 🥰
01/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI WARGA KULAI YANG AMAZING 🥰

LAPORAN PEMANTAUAN MPKu-SVRTTARIKH : 01 Oktober 2026TEMPOH HUJAN: 3.30 Petang hingga Kini✅ Terkawal❌ Tidak terkawal🚧 Par...
01/10/2026

LAPORAN PEMANTAUAN MPKu-SVRT

TARIKH : 01 Oktober 2026
TEMPOH HUJAN: 3.30 Petang hingga Kini

✅ Terkawal
❌ Tidak terkawal
🚧 Paras berjaga-jaga/alert
🚨 Paras bahaya

SENARAI KAWASAN HOTSPOT BANJIR MPKu:
1) Persimpangan Jalan Persekutuan/Persiaran Indahpura 4 ✅
2) Jalan Persekutuan (FT01)/Hadapan Peladang Kulai ✅
3) Kampung Jaya Sepakat✅
4) Kg Melayu Sengkang ✅
5) Kg Pertanian/Kg Separa✅

LAIN-LAIN KAWASAN:
1) Bulatan KCP ✅
2)Jalan Persekutuan FT01/Hadapan TJ Mart✅






Address

MAJLIS PERBANDARAN KULAI , Jalan PEJABAT KERAJAAN
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076613000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Kulai:

Shortcuts

Share