Ahli Majlis MPKu - Rasmi

Directions

Ahli Majlis MPKu - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ahli Majlis MPKu - Rasmi, Government Organization, Taman Kulai Besar, Kulai.

JALINAN KASIH SEKAMPUNG 2026 - MENYATUKAN KOMUNITI ZON INDAHPURA! โค๏ธAlhamdulillah, selesai dengan jayanya Program Jalina...
12/10/2026

JALINAN KASIH SEKAMPUNG 2026 - MENYATUKAN KOMUNITI ZON INDAHPURA! โค๏ธ

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Program Jalinan Kasih Sekampung 2026 pada 11 Oktober 2026 bertempat di AEON MALL Kulaijaya!

Lebih daripada sekadar program, ini adalah platform untuk kita mengeratkan silaturahim, meraikan kepelbagaian kaum dan membina komuniti yang sihat, sejahtera dan bersatu padu.

Terima kasih kepada lebih 500 pengunjung yang hadir memeriahkan program!

Antara pengisian menarik:
๐Ÿ’ƒ Senamrobik Pakaian Tradisional - meriah & penuh warna!
๐Ÿฉบ Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian PERCUMA
โค๏ธโ€๐Ÿฉน Demonstrasi CPR oleh Bulan Sabit Merah Malaysia
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna - 120 kanak-kanak berbakat!
๐ŸŽ Cabutan Bertuah & Jamuan Sekampung

Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
YBhg. Wakil Perasmi, Rakan Ahli Majlis MPKu, AEON MALL Kulaijaya, Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kulai, Klinik James, Klinik Pergigian AGAPE, Persatuan Kecergasan Aura Rakyat, agensi kerajaan, NGO dan semua sukarelawan yang menjayakan program ini.

Inilah semangat Bangsa Johor. Bersama Komuniti, Demi Kesejahteraan Bersama.

Jumpa lagi di program akan datang!

MESYUARAT PERSIAPAN TERAKHIR PROGRAM JALINAN KASIH SEKAMPUNG BANGSA JOHORAlhamdulillah, malam tadi telah berlangsung Mes...
11/10/2026

MESYUARAT PERSIAPAN TERAKHIR PROGRAM JALINAN KASIH SEKAMPUNG BANGSA JOHOR

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung Mesyuarat Persiapan Terakhir bagi Program JALINAN KASIH SEKAMPUNG - Bangsa Johor

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ahli Majlis MPKu Zon Kulai Timur bagi memastikan setiap persiapan berjalan lancar.

Antara pengisian utama:
โœ… Penyelarasan akhir tugas-tugas AJK
โœ… Semakan tapak & logistik di Dewan Terbuka Taman Makmur
โœ… Sesi penyerahan pembayaran kepada vendor-vendor makanan yang terlibat

Terima kasih kepada semua vendor makanan tempatan yang komited dan memberi kerjasama terbaik. Kita support peniaga tempatan!

InsyaAllah kita jumpa pada:

๐Ÿ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ 8.30 Malam
๐Ÿ“ Dewan Terbuka Taman Makmur, Kulai

Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan.

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2026 @ PINE RESIDENCE, TAMAN SCIENTEX KELAPA SAWIT BERJAYA! ๐Ÿ’ช๐ŸŒฟAlhamdulillah, Program Goton...
10/10/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2026 @ PINE RESIDENCE, TAMAN SCIENTEX KELAPA SAWIT BERJAYA! ๐Ÿ’ช๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana 2026 anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pine Residence dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) & ILKKM Johor Bahru telah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini!

Terima kasih kepada semua yang turun padang:
โœ… Pelajar-pelajar ILKKM Johor Bahru
โœ… Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulai
โœ… Task Force Pembersihan & Jabatan Landskap MPKu
โœ… SWM Environment Cawangan Kulai
โœ… Dan paling penting, penduduk Pine Residence yang sporting habis!

Bukan sekadar membersih, kita juga semai kesedaran kitar semula. Kaunter 3R, pengumpulan minyak masak terpakai & fabrik terpakai turut mendapat sambutan luar biasa.

Turut hadir memberi sokongan padu Encik Amirul Iman bin Anuar, Ahli Majlis MPKu Zon 23 (Taman Wawasan).

Tahniah semua! Bila komuniti, agensi & institusi bergabung, kawasan kita bukan saja BERSIH, tapi lebih SIHAT & LESTARI.

Ayuh kita kekalkan momentum ini! Pine Residence Bersih, Kulai Sejahtera!

โœ… ADUAN SELESAI - GELANGGANG FUTSAL JALAN MELATI, INDAHPURATerima kasih atas aduan penduduk berhubung dahan pokok yang m...
09/10/2026

โœ… ADUAN SELESAI - GELANGGANG FUTSAL JALAN MELATI, INDAHPURA

Terima kasih atas aduan penduduk berhubung dahan pokok yang merimbun sehingga memasuki kawasan Gelanggang Futsal Jalan Melati, Indahpura.

Unit Landskap MPKu telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan pokok di lokasi tersebut. Kerja-kerja telah selesai sepenuhnya.

Keselesaan dan keselamatan pengguna fasiliti awam sentiasa menjadi keutamaan kami.

Sebarang aduan berkaitan kemudahan awam boleh disalurkan terus kepada kami.

๐ŸŒ™โœจ ALHAMDULILLAH | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & SEMARAK SELAWAT KAMILAH โœจ๐ŸŒ™Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah selesa...
07/10/2026

๐ŸŒ™โœจ ALHAMDULILLAH | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & SEMARAK SELAWAT KAMILAH โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah selesai dengan jayanya Program Sambutan Maulidur Rasul & Semarak Selawat Kamilah.

๐Ÿ“… Tarikh: 04 Oktober 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 6:00 Petang - 10:00 Malam
๐Ÿ“ Tempat: Surau Al-Munawwarah Perindu

Program anjuran bersama Ahli Majlis Zon Taman Senai Industri & Jawatankuasa Surau Al-Munawwarah Perindu ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 80 orang peserta dari komuniti setempat.

Majlis bermula dengan Perarakan Maulidur Rasul, Bacaan Al-Quran dan Solat Maghrib Berjemaah. Suasana bertambah syahdu dengan alunan Selawat Kamilah, Qasidah Asma' Ur Rasul, Khususiat Nabi, Tahlil, Tausiah dan Mahalul Qiam yang menyuburkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah, Bacaan Surah Al-Mulk dan jamuan ukhuwah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua urus setia, AJK Surau, para penceramah, pembaca Al-Quran, kumpulan qasidah dan seluruh penduduk yang hadir menjayakan program penuh keberkatan ini.

Semoga ukhuwah kita terus erat dan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ terus mekar di hati.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

TERIMA KASIH WARGA TAMAN SERI SENAI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SUKAN RAKYAT HARI MALAYSIA 2026 MERIAH!Alhamdulillah, Program Sukan Rakyat sempe...
07/10/2026

TERIMA KASIH WARGA TAMAN SERI SENAI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SUKAN RAKYAT HARI MALAYSIA 2026 MERIAH!

Alhamdulillah, Program Sukan Rakyat sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan warna-warni!

๐Ÿ“… 4 Oktober 2026 | ๐Ÿ•ข 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Dewan Terbuka Taman Seri Senai

Lebih daripada sekadar pertandingan, kita berjaya mengimbau kembali warisan permainan tradisional kita. Dari Congkak, Batu Seremban, Chapteh hinggalah ke Bowling Kelapa, gelak tawa dan semangat kesukanan jelas terpancar di wajah semua peringkat umur!

Statistik kehadiran yang membanggakan:
๐Ÿ‘จ Dewasa: 53 orang
๐Ÿ‘ง Kanak-kanak: 52 orang
๐ŸŽ‰ JUMLAH: 105 orang!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penganjur bersama:
๐Ÿค Ahli Majlis Taman Senai Industri
๐Ÿค WI Cawangan Seri Senai
๐Ÿค JPKK Kg. Melayu Seelong

Dan tahniah kepada SEMUA peserta! Yang muda mengenali warisan, yang dewasa mengimbau kenangan.

Sukan menyatukan kita, warisan mengingatkan kita siapa kita! โค๏ธ

OPERASI PEROBOHAN BINAAN HARAM & ALIH KENDERAAN TERBIAR๐Ÿ“ Flat Sri Bayu, Jalan Idaman 2/7, Taman Desa Idaman, Senai๐Ÿ“… 6 Ok...
06/10/2026

OPERASI PEROBOHAN BINAAN HARAM & ALIH KENDERAAN TERBIAR

๐Ÿ“ Flat Sri Bayu, Jalan Idaman 2/7, Taman Desa Idaman, Senai
๐Ÿ“… 6 Oktober 2026 (Isnin) | ๐Ÿ•˜ 9:00 Pagi - 2:00 Petang

Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) melalui Bahagian Penguatkuasa telah menjalankan Operasi Merobohkan Binaan Haram dan Operasi Kenderaan & Basikal Terbiar di kawasan Flat Sri Bayu.

Operasi ini dijalankan dengan kerjasama pihak SWM Environment dengan kekuatan logistik JCB dan lori bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dan perobohan berjalan lancar.

Tindakan ini diambil bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan keselesaan penduduk serta mengelakkan halangan di kawasan awam.

Terima kasih atas kerjasama semua penduduk yang terlibat.

LAWATAN ADUAN BANGUNAN HARAM - FLAT SRI BAYUTaman Desa Idaman, Senaiโ€‹Pada 4 Oktober 2026 (Sabtu), satu lawatan aduan tel...
06/10/2026

LAWATAN ADUAN BANGUNAN HARAM - FLAT SRI BAYU
Taman Desa Idaman, Senai
โ€‹
Pada 4 Oktober 2026 (Sabtu), satu lawatan aduan telah dijalankan di kawasan Flat Sri Bayu, Jalan Idaman 2/7, Taman Desa Idaman, Senai berhubung isu pembinaan struktur / bangunan haram.

Lawatan turut melibatkan kerjasama agensi:
โœ… Bahagian Penguatkuasa MPKu (Majlis Perbandaran Kulai)
โœ… Pihak SWM Environment
โ€‹
Hasil tinjauan, cadangan tindakan pembersihan akan dilaksanakan dengan menggunakan JCV dan Lori bagi memastikan kawasan kembali bersih, selamat dan teratur.

Pihak MPKu sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan dan keselesaan penduduk terpelihara. Kerjasama penduduk amat dihargai.
โ€‹

TAMAN REKREASI JALAN PERWIRA BERWAJAH BARU!Alhamdulillah, Program Pengindahan Rekreasi Bersih, Sihat dan Selamat Peringk...
05/10/2026

TAMAN REKREASI JALAN PERWIRA BERWAJAH BARU!

Alhamdulillah, Program Pengindahan Rekreasi Bersih, Sihat dan Selamat Peringkat Daerah Kulai telah berjaya dilaksanakan pada Isnin, 5 Oktober 2026 di Taman Rekreasi Jalan Perwira, Taman Timur.

Program turun padang ini diketuai oleh saya, Tn. P. Shanmatha Kumaran, Ahli Majlis MPKu Zon Gemilang bersama 50 orang petugas daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan agensi terlibat.

3 Fokus Utama Transformasi:
โœ… Bersih - Aktiviti plogging & pembersihan menyeluruh sekitar taman
โœ… Selamat - Cantasan pokok, pembersihan semak samun & kebun haram
โœ… Ceria - Mengecat semula peralatan permainan kanak-kanak

Hasilnya, sebanyak 24,000KG (4 Lori RORO) sisa buangan berjaya dibersihkan! ๐Ÿš›

Setinggi penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Awam, Kejuruteraan, Landskap, IT MPKu, SWCorp & SWM Environment atas kerjasama padu.

Taman ini milik kita bersama. Mari kita jaga kebersihannya.

๐Ÿ“ MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JALINAN KASIH SEKAMPUNG ZON TAMAN ANJARIAAlhamdulillah, selesai Mesyuarat Pelaksanaan P...
05/10/2026

๐Ÿ“ MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JALINAN KASIH SEKAMPUNG ZON TAMAN ANJARIA

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Pelaksanaan Program Jalinan Kasih Sekampung Peringkat Zon Ahli Majlis Taman Anjaria bersama Jawatankuasa JKZ Zon Taman Anjaria dan Taman Saga.

Tarikh: 2 Oktober 2026 (Selasa)
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Balai Raya MPKu Taman Anjaria, Kulai

Mesyuarat ini adalah sebagai persediaan awal bagi penganjuran Program Jalinan Kasih Sekampung seperti yang telah diumumkan oleh YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.

Antara perkara yang dibincangkan adalah persediaan PA sistem, peralatan, jamuan, jemputan serta pengisian program dan pelantikan PIC bagi setiap portfolio bagi memastikan kelancaran program.

Keputusan Mesyuarat:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Program: 31 OKTOBER 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 10.00 Pagi - 1.00 Petang
๐Ÿ“Œ Tempat: Dewan Raya MPKu, Taman Mewah
๐Ÿ‘ฅ Sasaran Kehadiran: 500 Orang
โœจ Tetamu VVIP: YB Dato' Jafni bin Shukor

Banner pemakluman akan dipasang seminggu sebelum program untuk makluman semua penduduk.

InsyaAllah, kita akan gerakkan bersama demi kesejahteraan rakyat. Sama-sama kita berusaha, sama-sama kita jaga Bangsa Johor.

Address

Taman Kulai Besar
Kulai
81000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Majlis MPKu - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share