Komuniti Madani DUN Bukit Batu

Directions

Komuniti Madani DUN Bukit Batu Laman rasmi Komuniti Madani DUN Bukit Batu. Menyebarkan maklumat yang tepat dan telus kepada masyarakat.

10/11/2025

“Anak saya diam je bila main telefon,” kata seorang ibu.

Tapi di sebalik diam itu, minda kecilnya sedang menyerap segalanya, baik dan buruk.
Apa yang mereka tonton, apa yang mereka percaya, semuanya bermula dari hujung jari kita.

Peranti bukan pengasuh.
Didik dengan kasih sayang, bukan hanya dengan teknologi.


29/10/2025

🇲🇾 Malaysia Kekal Berdaulat Dalam Perdagangan Global 🌍

📃 Perjanjian ART Malaysia–AS berpaksikan kedaulatan & keselamatan ekonomi negara.

🤝 Semua isu perdagangan diselesaikan melalui rundingan bersama.

📈 Hubungan dua hala kekal adil, telus & saling menghormati.




22/10/2025

Kanak-kanak bawah umur 16 tahun tidak sesuai menggunakan media sosial.

Lindungi generasi muda daripada risiko buli siber, penipuan dan kandungan tidak sesuai.
Didik mereka untuk guna Internet dengan bijak dan selamat.


21/10/2025

📌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 📌

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga penduduk dan pelanggan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).
Dengan segala hormatnya, memaklumkan bahawa MPKu sedang menjalankan suatu penyelidikan bertajuk "𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐏𝐊𝐮 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓."

Objektif utama kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh penduduk di kawasan pentadbiran MPKu.
2. Menilai tahap kepuasan pelanggan di kawasan pentadbiran MPKu.
3. Menerima cadangan konstruktif untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan di kawasan MPKu.
Anda dijemput untuk mengisi kajian ini.
Sila 𝐈𝐌𝐁𝐀𝐒 𝐊𝐎𝐃 𝐐𝐑 atau pautan link kajian di https://forms.gle/TvZfrcBWgZ8G4scd7

Segala butiran peribadi yang diberikan oleh pihak Tuan/Puan adalah sulit dan rahsia. Maklum balas dan pandangan yang diberikan oleh anda penting untuk membantu kami meningkatkan prestasi perkhidmatan.

Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Tuan/Puan dalam usaha pihak perbandaran dalam menjayakan kajian ini dengan jayanya.






21/10/2025
21/10/2025
*MCMC dan PDRM* komited membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian!Bermula Januari hingga 15 Jun 2025:📌 1,...
20/10/2025

*MCMC dan PDRM* komited membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian!

Bermula Januari hingga 15 Jun 2025:
📌 1,501 kandungan jelik melibatkan kanak-kanak dikenalpasti
📌 1,415 kandungan berjaya diturunkan (94%)
📌 13 individu ditahan menerusi operasi ‘Op Pedo’
📌 Lebih 40,000 bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM) dirampas
AWAS! Hukuman berat menanti pelaku:

1️⃣ Menyebar atau simpan kandungan eksploitasi - *denda hingga RM1 juta atau penjara*
2️⃣ Menghasilkan atau miliki bahan seksual - *penjara sehingga 30 tahun dan sebatan* .
MCMC turut giat menjalankan Kempen Internet Selamat, menekankan *larangan kanak-kanak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial.*
Lapor sebarang aktiviti mencurigakan:
📧 [email protected]
🌐 https://aduan.mcmc.gov.my
🚓 Balai polis berhampiran

Lindungi anak-anak kita daripada jenayah dalam talian.



17/10/2025

📲 Urusan Jabatan Pendaftaran Negara Lebih Mudah dengan ezJPN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) komited memperkasan penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi digital.

Dengan aplikasi ezJPN, rakyat boleh memohon cabutan sijil kelahiran, kematian, daftar perkahwinan dan dokumen status perceraian sivil secara dalam talian - cepat, mudah dan selamat, tanpa perlu beratur di kaunter.

Inilah reformasi digital yang menjadikan urusan harian lebih lancar dan mesra rakyat.





17/10/2025

Awas, ada hukuman baru menanti pengotor!

Sesiapa yang membuang sampah dari kereta, membuang puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman atau pembungkus makanan di tempat awam akan didenda dengan memakai jaket khas berwarna hijau.

Hukuman baharu ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari depan.

Sambil memakai jaket itu, mereka akan menjalani perintah khidmat masyarakat seperti mengutip sampah kecil di tempat awam, mencuci longkang serta mencuci tandas awam selama tempoh tidak melebihi 12 jam dalam tempoh enam bulan.

Perintah ini diwajibkan oleh mahkamah. Dan ia juga boleh dijatuhkan kepada warga asing yang didapati bersalah.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/749793/berita/nasional/hukuman-khidmat-masyarakat-12-jam-bagi-kesalahan-buang-sampah-kecil-mulai-januari-depan

08/10/2025
04/10/2025

KENYATAAN MEDIA MENTERI KOMUNIKASI

Susulan tindakan rejim Zionis Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan memintas serta menahan pasukan Global Sumud Flotilla (GSF), saya menggesa semua stesen televisyen dan radio di seluruh negara untuk menyiarkan bacaan doa Qunut Nazilah dalam slot-slot siaran utama.

Doa dan solidariti rakyat Malaysia amat penting dalam menghadapi saat getir ini.

Saya juga telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mempertingkat pemantauan terhadap segala kandungan berkaitan konflik ini di ruang siber Malaysia. Tindakan tegas dan segera akan dilaksanakan terhadap sebarang cubaan untuk menyebarkan propaganda Zionis atau naratif yang bersifat hasutan, serta menjejaskan keharmonian dan sensitiviti awam.

Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk merujuk maklumat yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri dan sumber-sumber rasmi, termasuk saluran rasmi Sumud Nusantara Command Centre yang dikendalikan oleh MAPIM, bagi mengelakkan penyebaran berita palsu atau tidak sahih.

FAHMI FADZIL

Address

Bukit Batu
Kulai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Madani DUN Bukit Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share