09/07/2026
9 Julai 2026, Pegawai Agama Daerah Kulim telah mengadakan lawatan ke kilang EVE Energy, Padang Meiha, bagi mendapat gambaran awal berkaitan permohonan melaksanakan Solat Jumaat.
Permohonan tersebut bagi memberi peluang kepada hampir 1000 orang pekerja untuk melaksanakan Solat Jumaat Sementara di premis kilang.
Turut mengiringi lawatan tersebut, Tuan Mohamad Amin Fadzil Penolong Pegawai Agama Daerah, Ahmad Zaki, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah dan Hilmi Huzairy Hashim.