Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim
No 63 Tingkat Bawah
Lorong Kota Kenari 1/1
Taman Kota Kenari
09000 Kulim
Kedah Darul Aman

Kulim Sejahtera,Nikmati Bersama

ZIARAH PRIHATIN DAN SUMBANGAN KERUSI RODA BUAT ENCIK GHAZALI BIN DARUSKulim - Prihatin terhadap kebajikan masyarakat set...
19/10/2026

ZIARAH PRIHATIN DAN SUMBANGAN KERUSI RODA BUAT ENCIK GHAZALI BIN DARUS

Kulim - Prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat,Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pegawai Khas Yang Berhormat ADUN Kulim merangkap Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kulim telah berkesempatan menziarahi Encik Ghazali bin Darus di kediaman beliau di Taman Tunku Putra,Kulim, Kedah.

Kunjungan tersebut bertujuan bertanyakan khabar serta melihat keadaan beliau di samping menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi membantu memudahkan urusan dan pergerakan harian beliau.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat memberikan manfaat serta sedikit sebanyak membantu meringankan urusan beliau.

Ziarah seperti ini merupakan salah satu usaha untuk mendekati masyarakat,menyantuni keperluan mereka serta memastikan kebajikan penduduk setempat terus mendapat perhatian.

Semoga Encik Ghazali dikurniakan kesihatan,dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian.

TINJAU KERJA-KERJA BAIK PULIH SISTEM SALIRAN DI TAMAN TIONG / KAMPUNG SUNGAI ULARKulim - Yang Berhormat Wong Chia Zhen,A...
19/10/2026

TINJAU KERJA-KERJA BAIK PULIH SISTEM SALIRAN DI TAMAN TIONG / KAMPUNG SUNGAI ULAR

Kulim - Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim bersama Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kulim serta Team PKWR turun padang meninjau kerja-kerja membaik pulih sistem saliran di Taman Tiong / Kampung Sungai Ular,Mukim Sungai Ular Kulim.

Projek ini melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM160,000 bagi menaik taraf dan memperbaiki sistem saliran sedia ada demi memastikan kemudahan saliran di kawasan berkenaan berfungsi dengan lebih baik.

Sistem saliran yang baik amat penting bagi memastikan aliran air berjalan lancar sekali gus membantu mengurangkan risiko banjir kilat serta masalah air bertakung yang boleh menjejaskan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Usaha menaik taraf kemudahan ini merupakan antara langkah bagi menangani isu saliran dan meningkatkan kualiti infrastruktur untuk manfaat masyarakat setempat.

Semoga kerja-kerja baik pulih ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan disiapkan mengikut perancangan,seterusnya memberikan manfaat jangka panjang kepada penduduk Taman Tiong dan Kampung Sungai Ular.

📚 SEMINAR PERCUMA PECUTAN AKHIR SPM 2026!Peperiksaan SPM semakin hampir! Bagi membantu anak-anak DUN Kulim membuat perse...
19/10/2026

📚 SEMINAR PERCUMA PECUTAN AKHIR SPM 2026!

Peperiksaan SPM semakin hampir! Bagi membantu anak-anak DUN Kulim membuat persediaan akhir, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim akan menganjurkan Seminar Pecutan Akhir SPM 2026 secara PERCUMA.

Seminar ini memberi tumpuan kepada dua subjek penting, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Sekitar Pekan Kulim

📅 31 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Sekitar Karangan / Sedim / Mahang

⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Saya berharap para pelajar dapat memanfaatkan peluang ini untuk mengukuhkan persediaan dan meningkatkan keyakinan sebelum menduduki peperiksaan SPM.

📝 Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
👉 https://forms.gle/X17xB9gwNSvevTB87

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi 04-4910860.

Bersama Memacu Masa Depan Anak Kulim!🎓

28 PERMOHONAN i-BAKIPT DILULUSKAN BAGI PEMOHON DUN KULIMKulim,12 Okt - Seramai 28 pemohon dari Dewan Undangan Negeri (DU...
12/10/2026

28 PERMOHONAN i-BAKIPT DILULUSKAN BAGI PEMOHON DUN KULIM

Kulim,12 Okt - Seramai 28 pemohon dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim telah diluluskan menerima bantuan i-BAKIPT sebagai salah satu usaha membantu pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim kepada para penerima yang diluluskan.

i-BAKIPT merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Kedah bagi meringankan beban kewangan pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi sekali gus membantu mereka membuat persediaan untuk memulakan kehidupan sebagai mahasiswa.

Diharapkan bantuan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima serta menjadi pendorong untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Semoga semua penerima terus maju dalam pengajian dan berjaya mencapai cita-cita,seterusnya menjadi generasi berilmu yang mampu menyumbang kepada pembangunan keluarga,masyarakat dan Negeri Kedah.

TINJAU ADUAN RUNTUHAN TEBING DI KAMPUNG GUNUNG BONGSUKulim,12 Okt - Satu tinjauan telah dilakukan bagi meneliti keadaan ...
12/10/2026

TINJAU ADUAN RUNTUHAN TEBING DI KAMPUNG GUNUNG BONGSU

Kulim,12 Okt - Satu tinjauan telah dilakukan bagi meneliti keadaan runtuhan tebing di Kampung Gunung Bongsu yang semakin membimbangkan dan berisiko menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Tinjauan tersebut dilakukan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pegawai Khas Yang Berhormat ADUN Kulim bersama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) FELDA Gunung Bongsu.

Aduan berhubung kejadian runtuhan ini telah dikemukakan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim Bandar Baharu pada minggu lalu.Sebagai tindakan awal,pihak JKR telah meletakkan papan tanda amaran serta kon keselamatan di lokasi kejadian bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya.

Walau bagaimanapun,selepas hanya sehari diletakkan keadaan runtuhan didapati semakin serius sehingga menyebabkan kon keselamatan yang diletakkan turut jatuh ke dalam kawasan runtuhan.

Keadaan ini amat membimbangkan apabila kawasan runtuhan semakin menghampiri jalan utama dan berpotensi mengancam keselamatan pengguna sekiranya berlaku runtuhan yang lebih besar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JKR Daerah Kulim Bandar Baharu atas tindakan awal dan pantas yang telah diambil sejurus aduan dikemukakan.Kerjasama serta perhatian yang diberikan amat dihargai.

Dalam masa yang sama,tindakan susulan segera amat diharapkan bagi menangani keadaan runtuhan yang semakin serius ini sekali gus mengelakkan risiko yang lebih besar serta menjamin keselamatan penduduk setempat dan pengguna jalan raya.

Semoga isu ini mendapat perhatian berterusan daripada pihak berkaitan agar langkah penyelesaian yang sewajarnya dapat dilaksanakan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

KULIM HERITAGE NIGHT RUN MERIAHKAN SUASANA MALAM DI BANDAR KULIMKulim,10 Okt - Suasana malam di sekitar bandar Kulim dis...
11/10/2026

KULIM HERITAGE NIGHT RUN MERIAHKAN SUASANA MALAM DI BANDAR KULIM

Kulim,10 Okt - Suasana malam di sekitar bandar Kulim diserikan dengan penganjuran Kulim Heritage Night Run anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulim/Bandar Baharu yang berjaya menarik penyertaan hampir 2,000 peserta.

Program yang dianjurkan bersempena dengan Hari Sukan Negara ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim,wakil Pegawai Daerah Kulim serta Tuan Jurutera JKR Daerah Kulim.

Kulim Heritage Night Run menawarkan dua kategori utama, iaitu 3KM Fun Walk dan 5KM Fun Run yang memberi peluang kepada masyarakat daripada pelbagai peringkat umur untuk bersama-sama menyertai aktiviti riadah yang sihat dan menyeronokkan.

Program dimulakan dengan acara senamrobik sebagai aktiviti pemanasan badan sebelum para peserta memulakan acara berjalan kaki dan larian mengikut kategori masing-masing.

Kemeriahan program turut diserikan dengan persembahan nyanyian serta cabutan bertuah yang menambahkan lagi keceriaan suasana sepanjang program berlangsung.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti setempat.

Semoga Kulim Heritage Night Run terus menjadi antara acara yang dinanti-nantikan masyarakat dalam usaha menyemarakkan budaya bersukan dan menjadikan Kulim sebuah bandar yang aktif, sihat serta harmoni.

MEMENUHI MAJLIS UNDANGAN PERKAHWINAN ANAK KEPADA SAUDARA ALIMIKulim,03 Okt - Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Majlis M...
03/10/2026

MEMENUHI MAJLIS UNDANGAN PERKAHWINAN ANAK KEPADA SAUDARA ALIMI

Kulim,03 Okt - Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim bersama Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah Bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim berkesempatan memenuhi undangan ke majlis perkahwinan anak kepada Saudara Alimi yang berlangsung di Dewan Berdaya, Jalan Bukit Awi,Kulim.

Dalam kesempatan tersebut,beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama keluarga pengantin serta tetamu yang hadir.Pertemuan sebegini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan mendekatkan hubungan bersama masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Alimi sekeluarga dan pasangan pengantin.Semoga mahligai yang dibina bahagia ke anak cucu.

BERGEGAS PULANG KE KULIM,ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI TAMAN SERI MAHKOTAKULIM,01 Okt - Selesai melaksanakan tugasan di Kua...
03/10/2026

BERGEGAS PULANG KE KULIM,ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI TAMAN SERI MAHKOTA

KULIM,01 Okt - Selesai melaksanakan tugasan di Kuala Lumpur,Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim bergegas pulang ke Kulim sebelum turun ke lokasi kejadian kebakaran di Taman Seri Mahkota bagi menziarahi mangsa yang terlibat.

Beliau hadir bersama Ustaz Mohammad Iskandar Shah Bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kulim untuk bertemu dan bertanya khabar mangsa serta melihat sendiri keadaan kediaman yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Dalam kunjungan ziarah prihatin itu,sedikit sumbangan turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mangsa di samping membantu meringankan beban yang ditanggung susulan musibah berkenaan.Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Beliau berharap agar semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini serta dipermudahkan segala urusan untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan.

“Semoga sedikit sumbangan dan kehadiran ini dapat memberi kekuatan kepada mangsa untuk terus tabah menghadapi ujian yang berlaku,” katanya.

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KULIMKULIM, 28 SEP 2026 - Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Dewan...
30/09/2026

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KULIM

KULIM, 28 SEP 2026 - Yang Berhormat Wong Chia Zhen,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim,bersama Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kulim.

Kunjungan tersebut turut menjadi ruang untuk bertemu dan beramah mesra dengan Puan Hilnani binti Marzuki,Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim yang baru menjalankan tugas di daerah Kulim sejak bulan Jun lalu.

Dalam pertemuan tersebut,kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu berkaitan kebajikan masyarakat di daerah Kulim termasuk perkara-perkara yang memerlukan kerjasama,penyelarasan serta tindakan susulan bersama.

Perbincangan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama dalam memastikan isu dan keperluan masyarakat khususnya golongan yang memerlukan perhatian serta bantuan kebajikan dapat diberi perhatian sewajarnya.

Beliau berharap hubungan dan kerjasama antara Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim dan PKMD Kulim terus diperkukuhkan demi memastikan kebajikan,kesejahteraan dan keperluan masyarakat di daerah Kulim sentiasa menjadi keutamaan.

SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026SEDIM,20 September - Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Nege...
21/09/2026

SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

SEDIM,20 September - Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Denai Sungai Kebangsaan Sungai Sedim bertemakan “Sungai dan Alur Dalam Komuniti Kita”,yang menekankan kepentingan sungai sebagai nadi kehidupan serta tanggungjawab bersama dalam memelihara kelestarian alam sekitar.

Program dimulakan seawal pagi dengan acara Fun Walk yang disertai oleh orang ramai,wakil agensi kerajaan dan sektor swasta. Aktiviti tersebut bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memberi peluang kepada peserta menghayati keindahan alam semula jadi di sekitar Sungai Sedim.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang.

Yang Berbahagia Ustaz Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim,Pegawai Khas YB ADUN Kulim turut hadir mewakili Yang Berhormat Wong Chia Zhen, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim.Turut sama hadir ialah wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta bagi menjayakan sambutan tersebut.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti simbolik pelepasan benih ikan ke Sungai Sedim sebagai usaha memulihara ekosistem sungai dan memelihara biodiversiti, selaras dengan tema sambutan yang mengangkat peranan sungai dan alur air sebagai sebahagian daripada kehidupan komuniti.

Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan serta mengeratkan hubungan antara peserta dan masyarakat setempat.

Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2026 telah dianjurkan dan dikelolakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha memperkukuh kesedaran awam terhadap kepentingan memelihara sungai demi kesejahteraan komuniti dan generasi akan datang.

Address

NO. 63 TINGKAT BAWAH LORONG KOTA KENARI 1/1
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:45
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6047026535

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kulim:

Shortcuts

Share