Pejabat MARA Daerah Kulim

Call Directions Contact the organization

Pejabat MARA Daerah Kulim Pejabat MARA Daerah Kulim

26/07/2026

𝗜𝗡𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 | 𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡, 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗗𝗜 𝗔𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧

Ramai masih beranggapan bahawa seorang hafiz al-Quran hanya mampu menceburi bidang keagamaan.

Namun, kisah kejayaan Muhammad Rujhan Najib membuktikan tanggapan itu tidak lagi relevan.

Beliau merupakan seorang hafiz al-Quran dan pelajar tajaan MARA yang berjaya menamatkan pengajian di The Pennsylvania State University (Penn State), Amerika Syarikat, selain menerima Anugerah Dekan pada setiap semester sepanjang pengajian.

Perjalanan beliau tidak terhenti di bilik kuliah.

Di Malaysia, beliau berkhidmat sebagai Policy Research Intern di Bahagian Perancangan Strategik MARA dan menyumbang cadangan dasar dalam sektor pendidikan.

Di Amerika Syarikat p**a, beliau membina pengalaman sebagai Machine Learning Engineer bersama NittanyAI Advance dan Project Green Thumb.

Beliau kemudian meneruskan penyelidikan dalam bidang Machine Learning di National University of Singapore (NUS) menerusi Program IRIS.

Mengimbas kembali perjalanan itu, Muhammad Rujhan merakamkan penghargaan kepada MARA yang bukan sahaja menyediakan biasiswa, malah membuka ruang untuk beliau menyumbang kembali kepada institusi yang telah banyak membentuk perjalanan akademik dan profesionalnya.

“Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus kepada MARA atas sokongan biasiswa yang diberikan sepanjang pengajian saya…”

Kisah Muhammad Rujhan membuktikan bahawa hafazan al-Quran dan penguasaan teknologi boleh bergerak seiring. Dengan disiplin, ilmu dan peluang yang dimanfaatkan sebaiknya, beliau membuktikan seorang hafiz mampu melakar kecemerlangan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan menyumbang kepada pembangunan negara.


16/07/2026

🚀 𝐁𝐈𝐙𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔

🌟 Nak mulakan perniagaan dengan langkah yang betul?
Jangan lepaskan peluang menyertai Program BizStart 2026, program khas MARA yang direka untuk membantu usahawan baharu membina asas perniagaan yang kukuh, tersusun dan berdaya saing.

📚 Sepanjang dua hari program ini, peserta akan didedahkan dengan ilmu, panduan dan strategi penting untuk membangunkan perniagaan secara profesional serta mampan.

📅 22 & 23 Julai 2026 (Rabu & Khamis)
🕣 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 GIATMARA Padang Serai, Kulim, Kedah

✅ Syarat Penyertaan
✔️ Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
✔️ Berumur 18 hingga 40 tahun
✔️ Mempunyai perniagaan yang berdaftar dan masih aktif
✔️ Menjalankan perniagaan sepenuh masa
✔️ Perniagaan patuh Syariah
✔️ Bebas daripada senarai hitam MARA

📲 Pendaftaran dibuka sekarang!
Imbas kod QR pada poster atau melalui capaian di bawah:
https://tinyurl.com/29m3h69e

atau hubungi

📞 Puan Noorzatul Shima
016-603 5276

💼 Hari ini belajar. Esok berkembang. Lusa bersedia bersaing.

Daftar segera, Tempat TERHAD.

16/07/2026
16/07/2026
16/07/2026
20/05/2026
20/05/2026

Assalamu'alaikum wbt

Telah perginya seorang Pegawai YPM yang dikasihi iaitu Muhd Akmal Fawwaz bin Muhamad Ali pada 20 Mei 2026.

Seluruh wargakerja YPM turut berduka di atas kehilangan ini. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

20/05/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 & 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠 /𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

“𝘞𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘦𝘳𝘥𝘢𝘺𝘢, 𝘒𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘪 𝘋𝘪𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘴𝘢”

Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti MARA 2026 tampil sebagai platform inspirasi buat wanita melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan dan transformasi digital.

Inisiatif ini menjadi manifestasi komitmen berterusan MARA dalam memperkasa wanita dan komuniti sebagai Srikandi Ekonomi Negara, bukan sekadar berkongsi ilmu tetapi menyuntik semangat dan perspektif baharu untuk mendepani cabaran ekonomi digital.

Antara aktiviti menarik menanti anda :

- Taklimat Kemudahan Pendidikan MARA
- ⁠Taklimat Kemudahan Keusahawanan
- Jualan produk usahanita
- Cuci emas percuma dan jualan emas
- Pemberian spek mata dan kalkulator pada pelajar yg layak
- ⁠Bicara Inspirasi : Ikon Usahawan Berjaya bersama Puan Ismawarni binti Ismail, Pengarah Urusan Duchess Luxury Group Sdn Bhd
- ⁠Reruai Pameran daripada Jabatan

Program akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Mei 2026
Tempat : Event Hall Serdang City, Serdang Kedah

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh :
YB Senator Datuk Rosni binti Sohar
Ahli Dewan Negara Merangkap Ahli Majlis MARA

Wanita dan komuniti adalah pemacu ekonomi masa depan negara.

Jadilah sebahagian daripada transformasi ini!







Address

Pejabat MARA Daerah Kulim, Jalan Kelang Lama
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 15:30

Telephone

+6044906041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat MARA Daerah Kulim:

Shortcuts

Share