17/09/2026
LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH PERKASTAMAN DAN CUKAI DALAM NEGERI, JKDM KEDAH KE JKDM KULIM
Pada 15 September 2026 ,Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kulim telah menerima kunjungan Timbalan Pengarah Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri, JKDM Kedah , Puan Salshimah Binti Salleh dalam satu sesi lawatan kerja dan suai kenal bersama warga kerja JKDM Kulim.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih erat antara pihak pengurusan dan warga kerja JKDM Kulim, khususnya dalam kalangan pegawai yang bertugas di Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri.
Sesi ini turut menjadi platform untuk beramah mesra, bertukar pandangan serta memperkukuh semangat kerjasama dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab jabatan dengan lebih berkesan.
Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan kerja serta meningkatkan sinergi dan kerjasama antara JKDM Kedah dan JKDM Kulim demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada jabatan dan negara.
Selamat datang dan terima kasih atas kunjungan ke JKDM Kulim.