IPD KULIM

Call Directions Contact the organization

IPD KULIM Laman ini merupakan Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim. Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DCC Kulim melalui talian 04-4916999.

06/10/2026
04/10/2026

⚠️ Nak transfer duit? Nak buat pelaburan? Nak beli barang secara online?
👉 STOP! SEMAK DAHULU.

Ramai mangsa scam mengakui mereka tidak membuat semakan sebelum melakukan pembayaran. Jangan biarkan perkara yang sama berlaku kepada anda.

🔎 Layari Semak Mule PDRM: https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk menyemak nombor telefon, nombor akaun bank atau nama syarikat sebelum membuat sebarang transaksi.

💡 Ingat! Hanya beberapa minit untuk membuat semakan mampu menyelamatkan anda daripada kerugian ribuan ringgit.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

📢 HEBAHAN AWAL🚨 NOTIS PENUTUPAN LALUAN – LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2026 🚴‍♂️🇲🇾Daerah Kulim, KedahDimaklumkan bahawa beb...
25/09/2026

📢 HEBAHAN AWAL

🚨 NOTIS PENUTUPAN LALUAN – LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2026 🚴‍♂️🇲🇾

Daerah Kulim, Kedah

Dimaklumkan bahawa beberapa laluan di sekitar Daerah Kulim akan mengalami penutupan penuh dan penutupan secara berperingkat sempena penganjuran Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026.

📅 Tarikh: 28 September 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 1100 pagi sehingga selesai / sekitar 1400 petang

🚧 Laluan trek:
Jalan Sungai Tengas ➡️ Kampung Bukit Sidam
📍 Jarak anggaran: 43 KM
⏱️ Anggaran tempoh perjalanan: 58 minit

🔴 PENUTUPAN PENUH

Antara laluan yang terlibat:

1. L/Syarat SG Ular – Lencongan ke Jalan Phong Ah Yeong
2. ⁠L/isyarat Kulim evenue -Penutupan arah ke politeknik. Lencongan ke arah Hospital
3. L/Syarat Politeknik – Penutupan penuh
4. L/Syarat Bomba Hi-Tech – Lencongan terus/kiri
5. L/Syarat Kulim Golf – Penutupan penuh

🟡 PENUTUPAN SECARA BERPERINGKAT

Antara lokasi terlibat:
📍 Simpang Tiga Terap
📍 L/Syarat Kulim Perdana
📍 L/Syarat Sri Petaling
📍 L/Syarat Kilang Osram
📍 L/Syarat CKD
📍 L/Syarat Scientex
📍 L/Syarat Kilang Schott
📍 L/Syarat Kilang Naga
📍 Simpang Perindustrian Padang Meha
📍 L/Syarat SJKT Ladang Victoria

⚠️ Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas serta menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan.

🚗 Patuhi arahan petugas.
🛣️ Rancang perjalanan lebih awal.
🤝 Utamakan keselamatan bersama.

JOM, KITA JALAN SELAMAT! 💙💛

https://www.facebook.com/share/p/1KZPffEsQ2/
22/09/2026

https://www.facebook.com/share/p/1KZPffEsQ2/

🚨 "Sewa akaun, kami bayar komisen!"

Nampak seperti cara mudah untuk mendapatkan wang? Hakikatnya, ia mungkin merupakan jerat akaun keldai.

⚠️ Akaun bank dan e-Wallet adalah tanggungjawab pemilik akaun. Menyewakan, meminjamkan atau membenarkan pihak lain menggunakan akaun anda boleh menyebabkan anda terlibat dalam aktiviti jenayah tanpa disedari.

✅ Jangan serahkan kad ATM, PIN atau akses perbankan kepada orang lain.
✅ Jangan sewa akaun bank atau e-Wallet walaupun dijanjikan komisen lumayan.
✅ Jangan menerima atau memindahkan wang daripada sumber yang tidak diketahui.
✅ Sentiasa semak dan pantau transaksi akaun anda.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

💡 Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

💡 Ingat, akaun anda tanggungjawab anda. Jangan kerana komisen kecil, anda menanggung risiko yang besar.

PROGRAM ZIARAH YB MENTERI DALAM NEGERI DI DAERAH KULIMKULIM, 19 September 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Is...
19/09/2026

PROGRAM ZIARAH YB MENTERI DALAM NEGERI DI DAERAH KULIM

KULIM, 19 September 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah hadir ke Daerah Kulim bagi menziarahi waris kepada empat (4) kanak-kanak yang menjadi mangsa kejadian mati lemas serta seorang anggota Balai Polis Hi-Tech yang kini dalam keadaan koma akibat kemalangan jalan raya semasa menjalankan tugas.

Turut hadir dalam program ziarah tersebut ialah YDH DCP Baderulhisham bin Baharudin, Timbalan Ketua Polis Kedah; YDH ACP Zailani bin Moh Yusoff, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kedah; YDH Supt. Syamsul bin Sinring, Ketua Polis Daerah Kulim; ; En Azaman bin Abdul Rahman
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu serta YBrs. En. Omar Mokhtar bin A Manap, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri.

Program dimulakan pada jam 1230 hrs dengan ziarah ke rumah waris mangsa kejadian mati lemas di Kampung Gajah Merangkak dan Taman Desa Kayangan, Kulim sebelum diteruskan dengan ziarah seorang anggota Balai Polis Hi-Tech pada jam 1330 hrs.

Kehadiran YB Datuk Seri Menteri Dalam Negeri mencerminkan keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang menghadapi dugaan, selain memberikan semangat kepada anggota polis serta keluarga yang terlibat.

Dalam kesempatan tersebut, YB Datuk Seri Menteri Dalam Negeri turut menyampaikan sumbangan ehsan kepada waris mangsa dan anggota polis berkenaan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan dalam menghadapi situasi yang sedang dilalui.

Program ziarah telah berlangsung dengan lancar dan selesai pada jam 1345 hrs sebelum YB Datuk Seri Menteri Dalam Negeri meneruskan perjalanan ke Serdang, Bandar Baharu bagi menghadiri program seterusnya.

POLIS DAN MASYARAKAT, BERPISAH TIADA.







LAWATAN KEPADA KELUARGA MANGSA KEJADIAN LEMAS DI SUNGAI KARANGAN, KULIM17 September 2026 | Taman Desa Kayangan & Kg Gaja...
17/09/2026

LAWATAN KEPADA KELUARGA MANGSA KEJADIAN LEMAS DI SUNGAI KARANGAN, KULIM

17 September 2026 | Taman Desa Kayangan & Kg Gajah Merangkak, Kulim

IPD Kulim telah mengadakan lawatan dan kunjungan kepada keluarga mangsa kejadian mati lemas di Sungai Karangan, Kulim, yang bersangkut dengan Sg. Karangan Repot 1446/26.

Lawatan yang diketuai oleh ASP Karmila binti Mhd Nasir, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) Kulim, bersama pegawai dan anggota IPD Kulim ini bertujuan menziarahi keluarga mangsa serta menyampaikan sokongan moral dan kata-kata semangat dalam menghadapi dugaan yang menimpa.

Dalam kunjungan tersebut, pihak PDRM turut menasihati keluarga agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan anak-anak, khususnya ketika berada berhampiran kawasan sungai dan lokasi berisiko.

Pihak keluarga mangsa turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta kunjungan yang diberikan oleh warga IPD Kulim.

PDRM PRIHATIN, MASYARAKAT DISANTUNI.

https://www.facebook.com/share/p/1WJgWUUFB7/
17/09/2026

https://www.facebook.com/share/p/1WJgWUUFB7/

🚨 WASPADA SPOOFING CALL!

Jangan mudah percaya walaupun nombor telefon yang tertera kelihatan seperti nombor rasmi.

Penjenayah boleh memalsukan nombor telefon dan menyamar sebagai pihak berkuasa, bank atau agensi kerajaan untuk menakutkan mangsa serta mendapatkan maklumat peribadi dan wang anda.

💡 KEKAL TENANG. Hentikan Panggilan & Jangan terpedaya. Lindungi diri daripada menjadi mangsa spoofing call.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

16/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara daripada YDH CP Dato’ Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Kedah serta seluruh warga kerja PDRM Kontinjen Kedah.

Semoga terus cemerlang dalam menerajui amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Tahniah YDH Dato’ Sri!

MESYUARAT BULANAN KJSJK BERSAMA SEMUA KBSJKD & PEGAWAI RISIKAN OPERASI (RO) KONTINJEN KEDAH BIL. 08/202615 September 202...
15/09/2026

MESYUARAT BULANAN KJSJK BERSAMA SEMUA KBSJKD & PEGAWAI RISIKAN OPERASI (RO) KONTINJEN KEDAH BIL. 08/2026

15 September 2026 | Bilik Mesyuarat Balai Polis Kulim Hi-Tech

Mesyuarat dipengerusikan oleh YDH Supt. Syamsyul Anuar Bin Saad, Ketua JSJK Kedah, bersama KBSJKD dan Pegawai Risikan Operasi Kontinjen Kedah.

Perbincangan memberi fokus kepada prestasi siasatan, KPI pertuduhan, kes NSRC, pengurusan kertas siasatan serta usaha membanteras jenayah komersil.

Bersama Membanteras Jenayah Komersil, Melindungi Masyarakat.

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
Kulim
09000

Telephone

+6044906222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPD KULIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IPD KULIM:

Shortcuts

Share