Puspanita Majlis Perbandaran Kulim Kedah

Call

Puspanita Majlis Perbandaran Kulim Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puspanita Majlis Perbandaran Kulim Kedah, Government Organization, Majlis Perbandaran Kulim, No. 1, Lebuh Bandar 2, Bandar Putra, Kulim.

Sebuah pertubuhan yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang seimbang dan inklusif, terutamanya dari segi gender, di kalangan kakitangan kerajaan di Kulim

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Pua...
19/10/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍

Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah pada 19 Oktober 2026M bersamaan 8 Jamadilawal 1448H.

Patik-patik sekalian dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan serta melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan yang berterusan.

Sembah takzim daripada;
YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki
Pengerusi
Serta Seluruh Ahli PUSPANITA
Majlis Perbandaran Kulim
Kedah Darul Aman

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔11 hingga 13 Oktober 2026- PUSPANITA Maj...
15/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔

11 hingga 13 Oktober 2026- PUSPANITA Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dengan kerjasama Anak Muda Utara (AMU) telah berjaya melaksanakan Program Sumbangan Pakaian Terpakai bertempat di Dewan Putra Kulim, dengan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dan juga warga MPKK.

Program ini bertujuan memupuk budaya berkongsi, menyemai nilai keprihatinan sosial serta menggalakkan amalan guna semula barangan yang masih elok dan boleh dimanfaatkan. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong usaha kebajikan masyarakat, malah membantu mengurangkan pembaziran dan memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Sambutan positif dengan penyertaan hampir 70 orang sepanjang tiga hari pelaksanaan mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat dalam menjayakan usaha murni ini. Manakala berat terkumpul dan nilai keseluruhan barangan masih belum disahkan.

Kejayaan program ini menjadi pemangkin kepada PUSPANITA MPKK untuk terus memperkasa dan meneruskan inisiatif ini pada masa akan datang, agar budaya menyumbang terus subur dan manfaatnya dapat diperluas kepada masyarakat yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, ahli PUSPANITA, pihak AMU serta semua yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Bersama Kita Berkongsi, Bersama Kita Peduli.

11/10/2026

𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍

PUSPANITA Majlis Perbandaran Kulim menjemput seluruh warga penduduk Kulim untuk bersama-sama menyumbang barangan terpakai yang masih elok, bersih dan sesuai digunakan bagi menjayakan Program Sumbangan Pakaian PUSPANITA Majlis Perbandaran Kulim.

📅 Tarikh: 11 – 13 Oktober 2026 (Ahad – Selasa)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
📍 Tempat: Dewan Putra Kulim

Antara barangan yang boleh disumbangkan termasuk pakaian dewasa, pakaian kanak-kanak, seluar, jaket, sweater, kasut serta barangan lain yang bersesuaian.

Setiap sumbangan anda amat bermakna dan akan dimanfaatkan untuk program amal kebajikan pada masa akan datang. Marilah bersama-sama menyemai semangat prihatin dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.

03/10/2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, S.S.S.K.Tunku Puan Mahkota ...
29/09/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan

Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, S.S.S.K.
Tunku Puan Mahkota Kedah

Pada 29 September 2026M Bersamaan 17 Rabiulakhir 1448H

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.

Sembah Takzim Daripada:
YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki
Pengerusi
Serta Seluruh Ahli PUSPANITA
Majlis Perbandaran Kulim
Kedah Darul Aman

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇PUSPANITA Majlis Perbandaran Kulim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr....
28/09/2026

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

PUSPANITA Majlis Perbandaran Kulim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al- Fatihah.

Ikhlas Daripada:
YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuhi
Pengerusi PUSPANITA
serta seluruh Ahli PUSPANITA
Majlis Perbandaran Kulim
Kedah Darul Aman

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞-𝟔𝟑Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam jiwa set...
15/09/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞-𝟔𝟑

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Bersama kita membina Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan bersatu hati.




Ikhlas daripada:
YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki
Pengerusi
serta Ahli PUSPANITA
Majlis Perbandaran Kulim
Kedah Darul Aman

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗Merdeka itu bukan sekadar sebuah laungan,tetapi warisan perjuangan yang ...
30/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗

Merdeka itu bukan sekadar sebuah laungan,
tetapi warisan perjuangan yang terpahat dalam jiwa.

Ia lahir daripada pengorbanan,
disemai dengan perpaduan,
dan dipelihara dengan rasa cinta kepada tanah air.

Dalam kibaran Jalur Gemilang, tersemat sebuah harapan, agar bumi bertuah ini terus aman, rakyatnya kekal bersatu dan Malaysia terus melangkah megah menuju masa hadapan.

Jiwa merdeka, hati bersatu, demi Malaysia tercinta.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Address

Majlis Perbandaran Kulim, No. 1, Lebuh Bandar 2, Bandar Putra
Kulim
09000

Telephone

+6044325225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Majlis Perbandaran Kulim Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services