MARP, Kampung Keladi

Call Directions Website Contact the organization

MARP, Kampung Keladi Pusat maklumat bagi anak qariyah Kampung Keladi mendapatkan sumber maklumat,hebahan informasi terkini dan ruang iklan umum.

30/08/2026

🕌 JOM HADIR CERAMAH MAULIDURRASUL ﷺ 🕌

Assalamualaikum w.b.t.

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir memeriahkan Ceramah Maulidurrasul anjuran Biro Dakwah MARP.

🎙️ Penceramah:
Al-Fadhil Ustaz Shafie Yusof Ghani

📅 30 Ogos 2026 | Ahad
📍 Masjid Abdul Rahman Putra (MARP), Kampung Keladi, Kulim

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah Allah, memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah ﷺ. ❤️

Bawa bersama keluarga, sahabat dan jiran. Pakat mai ramai-ramai!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

MARP – Masjid Kita, Jiwa Kita

26/08/2026

🌙 PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌙

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat MARP 2026 / 1448H.

🤲 Terima kasih khusus buat semua peserta, ketua kontinjen, urus setia, para juri, sukarelawan, agensi yang terlibat serta seluruh warga qaryah yang bersama-sama memeriahkan program ini.

Semoga segala usaha, masa dan sumbangan yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. Semoga kecintaan kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui akhlak serta kehidupan seharian.

جَزَاكُمُ اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرًا

🌹 “Meneladani Rasulullah SAW, Memperkasa Ummah Madani” 🌹

Ikhlas daripada:
Ahli Jawatankuasa
Masjid Abdul Rahman Putra (MARP) Kampung Keladi, Kulim 🤍

🌙 PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌙Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang...
26/08/2026

🌙 PENGHARGAAN & TERIMA KASIH 🌙

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat MARP 2026 / 1448H.

🤲 Terima kasih khusus buat semua peserta, ketua kontinjen, urus setia, para juri, sukarelawan, agensi yang terlibat serta seluruh warga qaryah yang bersama-sama memeriahkan program ini.

Semoga segala usaha, masa dan sumbangan yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. Semoga kecintaan kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui akhlak serta kehidupan seharian.

جَزَاكُمُ اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرًا

🌹 “Meneladani Rasulullah SAW, Memperkasa Ummah Madani” 🌹

Ikhlas daripada:
Ahli Jawatankuasa
Masjid Abdul Rahman Putra (MARP) Kampung Keladi, Kulim 🤍

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID ABDUL RAHMAN PUTRA KG KELADI
26/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID ABDUL RAHMAN PUTRA KG KELADI

🌿 PROGRAM WAKAF AL-QURAN TERJEMAHAN 🌿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAssalamualaikum w.b.t.Jom sama-sama kita menga...
15/08/2026

🌿 PROGRAM WAKAF AL-QURAN TERJEMAHAN 🌿

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.

Jom sama-sama kita mengambil peluang untuk berwakaf Al-Quran Terjemahan untuk diagihkan kepada Maahad Tahfiz di seluruh Malaysia. 📖🤲

✨ RM50.00 / naskhah
✨ 1 naskhah – 5 penama
✨ 1 nama – RM10.00 sahaja

📅 Ahad, 16 Ogos 2026
⏰ 8.30 pagi – 12.00 tengahari
📍 Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi

Kaunter wakaf akan dibuka pada hari dan waktu tersebut.

💚 Jom rebut peluang berwakaf dan berkongsi pahala yang berpanjangan. Semoga setiap ayat yang dibaca daripada Al-Quran yang kita wakafkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya, insya-Allah.

📞 Pn. Diana: 018-2610 373
🏦 CIMB Bank: 800 3020 627

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.”
— Hadis Riwayat Bukhari

🤲 Wakaf hari ini, manfaatnya sampai kepada generasi.

🌿 JAZAKALLAHU KHAIRAN & TERIMA KASIH 🌿Alhamdulillah, pihak Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi (MARP) ingin merakamkan s...
15/08/2026

🌿 JAZAKALLAHU KHAIRAN & TERIMA KASIH 🌿

Alhamdulillah, pihak Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi (MARP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Jazakallahu Khairan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan membantu dalam kerja-kerja penambahbaikan serta kemudahan di masjid.

🤲 Hasani Edar Sdn Bhd
Terima kasih atas sumbangan Tempat Mandi Jenazah kepada Masjid MARP. Semoga kemudahan ini memberi manfaat dalam urusan pengurusan jenazah dan menjadi amal jariah yang berterusan.

🪑 NASH BISTRO
Jutaan terima kasih atas sumbangan 50 buah kerusi kepada Masjid MARP. Sumbangan ini amat bermakna dan akan dimanfaatkan untuk kegunaan program, aktiviti serta kemudahan para jemaah.

🔧 Kerja Baik Pulih Main Hole Pembentung Najis
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan bagi memastikan sistem pembentungan masjid dapat berfungsi dengan baik dan lancar.

Semoga setiap sumbangan, tenaga dan usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahkan keberkatan rezeki di dunia dan akhirat.

“Barang siapa yang meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan berlipat ganda yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah: 245)

🌹 Jazakumullahu Khairan Kathiran 🌹
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan terhadap Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi (MARP).

Ikhlas daripada:
IMAM & AJK MASJID
Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi (MARP)

🌙✨ ASSALAMUALAIKUM WBT. ✨🌙🕌 PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448HMASJID ABDUL RAHMAN PUTRA KG KELADI (MARP)Dengan penuh ...
15/08/2026

🌙✨ ASSALAMUALAIKUM WBT. ✨🌙

🕌 PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H
MASJID ABDUL RAHMAN PUTRA KG KELADI (MARP)

Dengan penuh sukacita, pihak Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi menjemput semua anak-anak kariah Keladi untuk bersama-sama memeriahkan Perarakan Maulidur Rasul 1448H sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

📅 Tarikh: Selasa, 25 Ogos 2026
🕗 Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi

🚶‍♂️ JOM SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL!

📌 Syarat penyertaan kumpulan:
✅ Minimum 20 orang peserta
✅ Berpakaian kemas dan sopan
✅ Membawa bendera & sepanduk sendiri
🚫 Tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk senjata
📢 Digalakkan membawa pembesar suara

🏆 HADIAH:
🥇 Tempat Pertama – RM1,000
🥈 Tempat Kedua – RM800
🥉 Tempat Ketiga – RM600

🍛 Jamuan tengah hari disediakan.

📲 Kepada yang berminat untuk menyertai perarakan, mohon confirm penyertaan selewat-lewatnya 17 Ogos 2026 melalui WhatsApp:
012-456 4482

Semoga program ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ serta mencontohi akhlak dan sunnah Baginda.

🌹 Jom kita meriahkan Maulidur Rasul bersama-sama!
🤲 Semoga mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ❤️

*Assalamualaikum w.b.t**INFO JENAZAH*📌 Nama jenazah  : *HAMID B DARUS*📌 Umur *70 TAHUN*📌 Tarikh meninggal: *09/8/2026 @ ...
09/08/2026

*Assalamualaikum w.b.t*

*INFO JENAZAH*

📌 Nama jenazah : *HAMID B DARUS*

📌 Umur
*70 TAHUN*

📌 Tarikh meninggal:
*09/8/2026 @ 0745 HRS (AHAD )*

📌 Alamat :
*NO 36*
*KAMPUNG KELADI*
*09000 KULIM*
*KEDAH*

📌 Tarikh Kebumi :
*09/8/2026 (AHAD )*

📌 Sebab kematian
*SMEAR POSITIVE PULMONARY TUBERCULOSIS*

📌 Imam/Talkin :
*UST HJ YAAKUB BIN HJ ABD RAHMAN / HJ SUKOR B BAHARI*

📌Waris Berkenaan : *KAMARUDDIN BIN KANCHIL@CHE RUS*

📌 Solat Jenazah :*SELEPAS SOLAT ZOHOR*

📌 Tempat Kebumi :
*PERKUBURAN ISLAM BARU KAMPUNG KELADI ,KULIM*

*****************************

*SESIAPA YANG BERKELAPANGAN BOLEH HADIR SAMA-SAMA UNTUK SOLAT JENAZAH DAN MEMBANTU MENYEMPURNAKAN PROSES PENGEBUMIAN*

*JAZAKALLAH KHAIR*

🕌 MASJID ABDUL RAHMAN PUTRA KG KELADI 🕌Alhamdulillah.Pihak Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi merakamkan setinggi-tingg...
07/08/2026

🕌 MASJID ABDUL RAHMAN PUTRA KG KELADI 🕌

Alhamdulillah.

Pihak Masjid Abdul Rahman Putra Kg Keladi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Syarikat Hasani atas sumbangan alatan mandi jenazah kepada pihak masjid.

Semoga sumbangan yang diberikan ini menjadi amal jariah yang berterusan, memberi manfaat kepada masyarakat serta mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberkati urusan dan memurahkan lagi rezeki pihak Syarikat Hasani.

Jazakumullahu khairan kathira.

*Assalamualaikum w.b.t*Info Anak Qaryah Keladi*INFO JENAZAH*📌 Nama jenazah  : *HAJJAH AYSIAH BT HASHIM*📌 Umur *90 TAHUN*...
06/08/2026

*Assalamualaikum w.b.t*
Info Anak Qaryah Keladi

*INFO JENAZAH*

📌 Nama jenazah : *HAJJAH AYSIAH BT HASHIM*

📌 Umur
*90 TAHUN*

📌 Tarikh meninggal:
*06/8/2026 (Khamis )*

📌 Alamat :
*NO 138*
*KAMPUNG KELADI*
*09000 KULIM*
*KEDAH*

📌 Tarikh Kebumi :
*07/8/2026 (JUMAAT )*

📌 Sebab kematian
*SAKIT TUA*

📌 Imam/Talkin :
*UST HJ YAAKUB BIN HJ ABD RAHMAN / HJ SUKOR B BAHARI*

📌Waris Berkenaan : *HJ ADNAN*

📌 Solat Jenazah :*SELEPAS SOLAT JUMAAT*

📌 Tempat Kebumi :
*PERKUBURAN ISLAM BARU KAMPUNG KELADI ,KULIM*

*****************************

*SESIAPA YANG BERKELAPANGAN BOLEH HADIR SAMA-SAMA UNTUK SOLAT JENAZAH DAN MEMBANTU MENYEMPURNAKAN PROSES PENGEBUMIAN*

*JAZAKALLAH KHAIR*

Address

Masjid Abdul Rahman Putra Kampung Keladi
Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARP, Kampung Keladi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARP, Kampung Keladi:

Shortcuts

Share

Category