APM Kunak

Call Directions Website

APM Kunak VISI
-Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MOTO
-“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

MISI
-Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

 🕌 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUNAK 1448H / 2026M📅 Tarikh: 18 September 2026📍 Tempat: Masjid Nurul Iman, D...
18/09/2026



🕌 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUNAK 1448H / 2026M

📅 Tarikh: 18 September 2026
📍 Tempat: Masjid Nurul Iman, Daerah Kunak
👤 Terlibat: Anggota dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kunak ( PPAD )

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kunak telah menyertai dengan penuh semangat Sambutan Maulidur Rasul ﷺ Peringkat Daerah Kunak bagi Tahun 1448H / 2026M yang berlangsung di Masjid Nurul Iman, Kunak.

Aktiviti kemuncak sambutan adalah Perarakan Sapanduk yang dijalankan dengan tertib dan penuh keagamaan. APM Kunak turut menyertai rombongan perarakan bersama-sama agensi kerajaan lain, pemimpin tempatan, serta penduduk setempat.

Penyertaan ini adalah bukti sokongan padu APM Kunak terhadap usaha memperkasakan nilai murni, perpaduan kaum, dan penghayatan ajaran mulia Nabi Muhammad ﷺ dalam kalangan masyarakat. APM Kunak sentiasa komited menjalinkan kerjasama erat dengan masyarakat serta pihak berkuasa tempatan dalam setiap program kemasyarakatan dan keagamaan.

Semoga segala amalan baik ini diberkati Allah SWT dan menjadi teladan yang baik untuk semua. 🤲















 📢 LAPORAN OPERASI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIACAWANGAN KUNAK📅 Tarikh / Hari: 07 September 2026 (Isnin)⏰ Masa: 1833...
08/09/2026



📢 LAPORAN OPERASI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
CAWANGAN KUNAK

📅 Tarikh / Hari: 07 September 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 1833H – Selesai
🔄 Shift: CHARLIE
📂 Jenis Kes: Kes Memusnahkan Sarang Serangga (MSS)

📍 Lokasi: Kampung Mostyn, Kunak

👥 Kekuatan Anggota: 4 × LLP
🚑 Logistik / Kenderaan: MRV CS 215

📝 Keterangan:

Anggota bertugas tiba di lokasi dan berjaya memusnahkan sarang tebuan madu yang terletak di bahagian belakang dinding rumah mangsa. Sepanjang operasi dijalankan, tiada kemalangan jiwa berlaku. Kesemua anggota berada dalam keadaan baik dan selamat.

ℹ️ MAKLUMAN KEPADA ORANG AWAM

Sebarang maklumat atau laporan kes di kawasan anda, sila hubungi kami terus di talian:

📞 089-851 992 (APM Kunak) atau hubungi talian kecemasan rasmi 999 segera.

⚠️ PERINGATAN PENTING:

Jangan sesekali mengambil tindakan sendiri yang boleh memudaratkan keselamatan diri, keluarga serta orang awam di sekeliling anda.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













 Latihan 1 jam MyAspa O dan MyAspa P Angkatan Pertahanan Awam Daerah KunakPKOD Kunak, 07-08 September 2026 | Anggota APM...
08/09/2026



Latihan 1 jam MyAspa O dan MyAspa P Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kunak

PKOD Kunak, 07-08 September 2026 | Anggota APM Kunak mengadakan latihan 1 jam Dengan pengisian ulangkaji yang dipelajari adalah seperti berikut:

i) Peralatan Operasi
ii) Arahan Mengambil Baris

di ucapkan terima kasih kepada barisan jurulatih :

1. SJN (PA) Denny Bin Mansor
2. L/KPL (PA) Yusof Bin Alkis













  PDPA Kunak ; 05 September 2026 (Sabtu) - Latihan Bulanan kepada My ASPA (P), My ASPA (C) My ASPA (O) My ASPA. Latihan ...
06/09/2026



PDPA Kunak ; 05 September 2026 (Sabtu)

- Latihan Bulanan kepada My ASPA (P), My ASPA (C) My ASPA (O) My ASPA. Latihan bulanan dijalankan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) kunak.

- Pengisian Latihan

1) Kawad Kaki
2) Peralatan Operasi
3) Balutan Dan Kepatahan
4) Simulasi Kemalangan Jalan Raya

- Ucapan ribuat terima kasih kepada jurulatih yang terlibat serta anggota APM Kunak.
















  PDPA Kunak ; 15 Ogos 2026 (Sabtu) - Latihan Bulanan kepada My ASPA (P), My ASPA (C) My ASPA (O) My ASPA. Latihan bulan...
16/08/2026



PDPA Kunak ; 15 Ogos 2026 (Sabtu)

- Latihan Bulanan kepada My ASPA (P), My ASPA (C) My ASPA (O) My ASPA. Latihan bulanan dijalankan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) kunak.

- Pengisian Latihan

1) Kawad Kaki
2) Peralatan Operasi
3) Peralatan Ambulan ( MRV )

- Ucapan ribuat terima kasih kepada jurulatih yang terlibat serta anggota APM Kunak.
















 Kes Haiwan Liar ( Buaya )Tarikh : 14.08.2026 ( Jumaat )Lokasi : Sarinah Beach , KunakSEEKOR LAGI BUAYA DILAPORKAN MUNCU...
14/08/2026



Kes Haiwan Liar ( Buaya )
Tarikh : 14.08.2026 ( Jumaat )
Lokasi : Sarinah Beach , Kunak

SEEKOR LAGI BUAYA DILAPORKAN MUNCUL DI LOKASI SARINAH BEACH HANYA 2 HARI SELEPAS KEJADIAN PERTAMA!

APM Kunak : Belum pun sampai dua hari seekor buaya gergasi ditewaskan, pesisir pantai Kampung Hampilan, Kunak sekali lagi digemparkan dengan kemunculan seekor lagi reptilia pemangsa di lokasi berdekatan iaitu Sarinah Beach , Kunak.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kunak telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 2126H (9:26 malam). Kejadian disedari oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan tersebut dan mereka sempat membuat rakaman video kehadiran reptilia berkenaan.

Ekoran kejadian itu, pihak APM Kunak telah memberikan khidmat nasihat kepada orang awam dan pemancing di kawasan tersebut supaya segera meninggalkan lokasi dan tidak berada di kawasan pesisir pantai demi keselamatan diri.

Penduduk setempat serta pemancing di sekitar Kampung Hampilan , Darvel Lagoon dan Sarinah Beach, Kunak sekali lagi digesa untuk sentiasa berwaspada dan menghentikan sebarang aktiviti di pesisir air buat masa ini.

Terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan pantas menyalurkan maklumat. Sebarang penampakan susulan hendaklah terus dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.















 APM KUNAKTarikh : 12.08.2026 ( Rabu )Lokasi : Kampung Hampilan Pangi , KunakSEEKOR BUAYA GERGASI BERUKURAN 12 KAKI 10 I...
12/08/2026



APM KUNAK

Tarikh : 12.08.2026 ( Rabu )
Lokasi : Kampung Hampilan Pangi , Kunak

SEEKOR BUAYA GERGASI BERUKURAN 12 KAKI 10 INCI BERJAYA DITEMBAK MATI DI PERSISIR PANTAI KAMPUNG HAMPILAN PANGI, KUNAK

Ancaman reptilia pemangsa di pesisir
pantai Kampung Hampilan akhirnya berjaya di kesan selepas seekor buaya gergasi berukuran 12 kaki 10 inci berjaya ditembak mati oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kunak.

Tindakan tersebut diambil semasa operasi pemantauan dilakukan susulan pancing buaya yang dipasang oleh pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) di kawasan Darvel Lagoon, Kunak dilaporkan telah dimakan oleh buaya berkenaan.

Bangkai buaya tersebut telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak Jabatan Hidupan Liar Daerah Tawau untuk tindakan dan prosedur selanjutnya.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada pihak PDRM, APM Kunak, serta Jabatan Hidupan Liar atas kecekapan, kerjasama strategik, dan tindakan pantas dalam memastikan kawasan pesisir pantai kembali selamat untuk aktiviti komuniti setempat.

Bagaimanapun anggota APM Kunak memberi khidmat nasihat kepada penduduk di sekitar pesisir pantai Kunak sentiasa dinasihatkan agar kekal berwaspada dan berhati-hati. Sebarang penampakan haiwan liar yang berbahaya hendaklah dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.














 📌 PROGRAM: Karnival 3K (Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan)📍 LOKASI: SK Madai, Kunak📅 TARIKH: 08-09 Ogos 2026Angkatan ...
09/08/2026



📌 PROGRAM: Karnival 3K (Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan)
📍 LOKASI: SK Madai, Kunak
📅 TARIKH: 08-09 Ogos 2026

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak telah memenuhi jemputan bagi menjayakan Pameran Keselamatan sempena Karnival 3K SK Madai 2026.

Penglibatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan APM Daerah Kunak dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran awam mengenai kesiapsiagaan bencana serta keselamatan komuniti bermula dari peringkat sekolah dan keluarga.

FOKUS & AKTIVITI UTAMA:

1. Pencerahan Peranan APM: Anggota bertugas memberikan penerangan secara langsung kepada ibu bapa dan pengunjung yang hadir mengenai fungsi, peranan, serta perkhidmatan kecemasan yang disediakan oleh APM kepada masyarakat.

2. Perkongsian Ilmu Keselamatan: Sesi perkongsian ilmu yang merangkumi panduan tindakan awal sewaktu kecemasan domestik, langkah kesiapsiagaan bencana di rumah, serta asas pertolongan cemas.

3. Pameran Aset & Peralatan: Pendedahan alatan menyelamat dan aset logistik APM Kunak kepada para pelajar dan ibu bapa.

Sambutan yang diterima daripada pihak pengurusan sekolah, ibu bapa, serta murid-murid amat menggalakkan sepanjang pameran berlangsung.

Perbincangan dua hala antara anggota APM dan ibu bapa terbukti berjaya mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi dan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran SK Madai atas jemputan dan sokongan yang diberikan.

"SEDIA, PANTAS, BERKHIDMAT"















NAZIRAN PENGURUSAN ANGKATAN BAGI PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI PASUKANTarikh: 04 Ogos 2026Tempat: Pejabat Daerah Pertahan...
04/08/2026

NAZIRAN PENGURUSAN ANGKATAN BAGI PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI PASUKAN

Tarikh: 04 Ogos 2026
Tempat: Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) KUNAK

Naziran Pengurusan Angkatan bagi Program Pengukuhan Integriti Pasukan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kunak sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh tadbir urus, disiplin, pematuhan prosedur serta meningkatkan tahap integriti dalam kalangan warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sesi naziran telah diketuai oleh Lt. Kol (PA) Imran bin Azemi, Penolong Pengarah APM Sabah, bersama Lt. M (PA) Wiwin Adi Pasih bin Noramzah, wakil CPA APM Sabah, serta Lt. M (PA) Hamirudin bin Harijaman, wakil CPBO APM Sabah.

Pelaksanaan naziran ini bertujuan menilai aspek pengurusan angkatan, pematuhan terhadap tatacara kerja, pengurusan rekod serta pelaksanaan dasar organisasi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan berakauntabiliti.

Semoga hasil naziran ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh profesionalisme, integriti dan kecemerlangan perkhidmatan warga APM demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













 APM KunakTarikh : 31.07.2025 Lokasi : Darvel LagoonAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak telah menggerak...
31/07/2026



APM Kunak
Tarikh : 31.07.2025
Lokasi : Darvel Lagoon

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak telah menggerakkan anggota bertugas untuk membuat
pemantauan ke kawasan Darvel Lagoon susulan maklumat tular di media sosial berhubung penampakan seekor buaya di lokasi berkenaan.

Tindakan pantas ini diambil bagi memastikan keselamatan komuniti setempat, para nelayan, serta pengunjung kawasan perairan berkenaan sentiasa terjamin.

Satu pasukan yang terdiri daripada 4X anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan rondaan dan pemantauan secara visual di sekitar kawasan pesisir air tempat penampakan dilaporkan.

"Hasil pemantauan di lokasi mendapati tiada sebarang kelibat reptilia tersebut ditemui di sekitar kawasan berkenaan . Walau bagaimanapun, pemantauan berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini."

Pihak APM Kunak menasihati orang awam dan komuniti maritim tempatan agar sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan diri ketika berurusan atau beriadah di kawasan perairan Darvel Lagoon dan Pantai Sarina.

Sekiranya orang awam melihat kelibat haiwan liar berpotensi bahaya atau berdepan sebarang situasi Cemas, sila hubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Kunak di talian 089-851 992 Talian PKOD Kunak atau talian kecemasan NG999 dengan segera.















Address

Bangunan Perumahan Kerajaan Lot No. PWD 3702, 91207 KUNAK
Kunak
91209

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share