Pejabat Tenaga Kerja Kunak

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Tenaga Kerja Kunak No. Tel:089-850363
NO. HP:019-2108755
e-mail:[email protected]
website: https://jtksbh.mohr.gov.my/index.php/en/
Tiktok: PEJABAT TENAGA KERJA KUNAK

27/08/2026

📢 PERHATIAN UNTUK SEMUA MAJIKAN & PEMILIK PERNIAGAAN📢

Adakah anda baru memulakan operasi, mengambil alih perniagaan, atau menukar nama/lokasi syarikat? 🏢

Ingat, anda diwajibkan untuk berdaftar dan mengemukakan maklumat tempat pekerjaan di bawah Seksyen 59A, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) kepada Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS).📍

📌 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui:

⏱️Bila Perlu Daftar? Dalam tempoh 90 hari dari tarikh mula operasi, pengambilalihan, atau penukaran nama/lokasi.

📝Cara Mendaftar: Boleh layari laman web eNores (enores.jtksabah.gov.my)

☝️Amaran: Kegagalan mengemukakan maklumat atau memberi maklumat palsu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000!

Jangan tunggu sampai saat akhir. Daftarkan tempat pekerjaan anda hari ini untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang. ⚖️

Pastikan operasi perniagaan anda sentiasa mematuhi undang-undang perburuhan negara. ✅



19/08/2026
19/08/2026
19/08/2026

AWAS SINARAN UV EKSTREM DI SABAH! ⚠️

Bekerja di bawah matahari terik tanpa perlindungan boleh menjejaskan kesihatan.

👷‍♀️👷‍♂️ Lindungi diri anda:
🧢 Pakai topi/helmet berteduh
🕶️ Gunakan pelindung mata UV
👕 Pakai pakaian yang sesuai
🧴 Gunakan sunscreen SPF 30
💧 Minum air secukupnya
🌳 Berehat di tempat teduh dan elakkan pendedahan berpanjangan kepada matahari terik.

Kesihatan anda adalah modal utama pekerjaan anda 🩷
Jaga Diri. Jaga Kesihatan.
Kerja Selamat, Hidup Berkualiti.

📢 Pesanan daripada Jabatan Tenaga Kerja Sabah

Naziran Permohonan Permit Perburuhan dan Pemeriksaan Berkanun yang telah dijalankan ke atas majikan dan pekerja.
21/07/2026

Naziran Permohonan Permit Perburuhan dan Pemeriksaan Berkanun yang telah dijalankan ke atas majikan dan pekerja.

21/07/2026

Sesi pendidikan perburuhan sempena Mesyuarat Joint Consultant Committee (JCC) Kilang Kelapa Sawit Kunak.

13/07/2026

💸 JANGAN BIARKAN WANG SIMPANAN ANDA LEBUR! 🚨

Simpanan bertahun-tahun boleh hilang dalam sekelip mata jika anda terjebak dengan skim pelaburan palsu.
Hati-Hati Dengan Janji “Pulangan Lumayan”

🔴 Pulangan terlalu tinggi dalam masa singkat biasanya datang dengan risiko besar atau lebih buruk lagi, ia mungkin penipuan!

Tips Penting Sebelum Melabur
✅ Jangan pindahkan wang ke akaun peribadi individu yang tidak dikenali.
✅ Semak syarikat pelaburan di laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): 👉 https://www.sc.com.my
✅ Rujuk Investor Alert List untuk membuat semakan status syarikat atau individu

Ingat:
Jika pelaburan kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, besar kemungkinan ia tidak benar. Jangan mudah terperdaya.

13/07/2026

😇Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.

Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.
Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami.

💪☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

“𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗟 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔”

Alhamdulillah selesai Program Seminar & Dialog Perburuhan :Memperkukuh Kerjasama Rentas Sempadan Dalam Membanteras Jenay...
24/05/2026

Alhamdulillah selesai Program Seminar & Dialog Perburuhan :Memperkukuh Kerjasama Rentas Sempadan Dalam Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang Tahun 2026 yang berlangsung di Ladang Bongalio, Kunak dengan kerjasama Kumpulan Sawit Kinabalu yang diadakan pada 23 Mei 2026 yang dihadiri oleh para panel jemputan dari Konsulat Republik Indonesia, Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran, Polis Diraja Malaysia Cawangan Kunak, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia termasuk panel dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah serta bersama para pekerja tempatan dan bukan pemastautin dari Ladang Bongalio dan Ladang Madai. Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Sawit Kinabalu, Ladang Bongalio, Tenaga Kerja Lahad Datu, Pejabat Tenaga Kerja Tawau dan Pejabat Tenaga Kerja Semporna atas bantuan sepanjang program berlangsung.

Address

MDKNK LOT 2371&2372, SIMPANG 4, Jalan KUNAK-L. DATU. W. D. T 60
Kunak
91207

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30

Telephone

+6089851675

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Kunak:

Shortcuts

Share