Pusat Khidmat Ahli Parlimen Labuan

Directions

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Labuan .

19/10/2026

TINJAUAN PROSES PENURUNAN TUKUN DAN PENGANGKATAN BUBU DI PERAIRAN LABUAN

15 Oktober 2026 - Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.166 Labuan bersama pihak ICU JPM Wilayah Persekutuan Labuan turun padang bagi meninjau sendiri proses penurunan tukun dan pengangkatan bubu di sekitar perairan Labuan.

Lawatan ini bertujuan melihat secara dekat pelaksanaan aktiviti berkenaan serta usaha yang dijalankan dalam menyokong sektor perikanan dan membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan tempatan.

Diharapkan usaha ini dapat terus memberi manfaat kepada komuniti nelayan Labuan, di samping menyumbang kepada kelestarian sumber perikanan dan kesejahteraan ekonomi masyarakat setempat.

‎MENYOKONG WARISAN SENI SILAT, MEMPERKASA GENERASI MUDA‎‎18 Oktober 2026 - YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman,...
19/10/2026

‎MENYOKONG WARISAN SENI SILAT, MEMPERKASA GENERASI MUDA
‎
‎18 Oktober 2026 - YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan, telah menghadiri Majlis Penutupan Kejohanan Silat Seni Perguruan Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib Labuan yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Sungai Labu, Labuan.
Sebagai tanda sokongan terhadap usaha persatuan dalam memartabatkan seni bela diri warisan bangsa, YB turut menyumbangkan sebanyak RM5,000 kepada persatuan bagi membantu menyokong aktiviti dan pembangunan seni silat di Labuan.
Sumbangan ini diharap dapat menyuntik semangat kepada pihak persatuan untuk terus melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat juang serta mempunyai jati diri yang tinggi, di samping memelihara seni silat sebagai khazanah warisan budaya negara.
‎Semoga usaha murni ini terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan serta pembentukan sahsiah generasi muda di Wilayah Persekutuan Labuan.
‎
‎

Pihak Pusat Khidmat Parlimen P166 Labuan merakamkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam kepada mangsa yang terjejas ...
17/10/2026

Pihak Pusat Khidmat Parlimen P166 Labuan merakamkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian kebakaran di Taman Kian Yap, Kampung Sungai Keling, Wilayah Persekutuan Labuan.

Pihak kami amat memahami bahawa musibah ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta benda, malah turut memberi kesan emosi dan cabaran kepada keluarga yang terlibat.

Dalam menghadapi dugaan ini, pihak kami berharap agar semua mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk melalui saat-saat yang sukar ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan bantuan sewajarnya dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Pihak kami juga merakamkan penghargaan kepada semua anggota pasukan penyelamat, pihak berkuasa serta individu yang tampil menghulurkan bantuan dan sokongan kepada mangsa.

Semoga mangsa tabah menghadapi ujian ini dan terus diberikan kekuatan untuk bangkit semula.

Keprihatinan dan kebersamaan kita amat bermakna dalam membantu mereka yang ditimpa musibah.

‎MAJLIS SANTAI HI TEA BERSAMA ATLET KARATE LABUAN. ‎‎16 Oktober 2026 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada atlet ka...
17/10/2026

‎MAJLIS SANTAI HI TEA BERSAMA ATLET KARATE LABUAN.
‎
‎16 Oktober 2026 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada atlet karate Labuan atas kejayaan meraih pingat emas di Asian Karate Championship, Amman, Jordan serta pencapaian membanggakan di Temasya Asian Games, Aichi-Nagoya, Jepun.
‎Sebagai tanda penghargaan atas usaha, pengorbanan dan semangat juang yang ditunjukkan, YB Dato’ Indera Dr. Haji Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan, telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada atlet dan RM5,000 kepada Persatuan Karate bagi menghargai pencapaian serta menyokong pembangunan sukan karate di Labuan.
‎Semoga sumbangan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang, mengharumkan nama Labuan dan mengangkat martabat Malaysia di persada sukan antarabangsa.
‎Teruskan berjuang, teruskan melangkah ke hadapan. Anda kebanggaan Labuan dan Malaysia!
‎
‎

LAWATAN PRIHATIN KE TAPAK LESTARI NIAGA MADANI‎‎16 Oktober 2026 - YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Par...
17/10/2026

LAWATAN PRIHATIN KE TAPAK LESTARI NIAGA MADANI
‎
‎16 Oktober 2026 - YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan, telah mengadakan lawatan ke tapak Lestari Niaga MADANI susulan menerima aduan daripada para peniaga berhubung tindakan penyitaan kerusi dan meja makan yang telah rosak.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan sebenar di tapak serta mendapatkan penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkan oleh para peniaga. YB Dato sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan kepentingan golongan peniaga, khususnya mereka yang bergantung kepada perniagaan sebagai sumber pendapatan harian.
‎Diharapkan agar perkara ini dapat diteliti dan diselesaikan secara baik melalui perbincangan serta pendekatan yang adil dan munasabah, demi menjaga kebajikan peniaga dan memastikan kelangsungan aktiviti perniagaan di Lestari Niaga MADANI.
‎
‎

‎‎16 Oktober 2026 - YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan, sentiasa mengambi...
17/10/2026

‎
‎16 Oktober 2026 - YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan, sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap keadaan serta kebajikan rakyat Labuan, khususnya para peniaga yang menjalankan perniagaan di UTC Labuan.
‎Beliau memahami cabaran dan keperluan yang dihadapi oleh golongan peniaga dalam meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing. Sehubungan itu, komitmen untuk terus menyokong, membantu dan memperjuangkan kepentingan mereka akan sentiasa menjadi keutamaan demi memastikan kesejahteraan bersama.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan dapat memberikan manfaat kepada rakyat, memperkukuh ekonomi setempat serta membuka ruang kepada kehidupan yang lebih baik untuk seluruh masyarakat Labuan.‎
‎
‎

SKUAD PARLIMEN P.166 LABUAN – LAWATAN KEPRIHATINAN RAKYAT DI KAMPUNG BEBULOH LAUT‎‎16 Oktober 2026 - Skuad Parlimen P.16...
17/10/2026

SKUAD PARLIMEN P.166 LABUAN – LAWATAN KEPRIHATINAN RAKYAT DI KAMPUNG BEBULOH LAUT
‎
‎16 Oktober 2026 - Skuad Parlimen P.166 Labuan bersama YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan, telah mengadakan lawatan keprihatinan ke Kampung Bebuloh Laut sebagai tanda cakna dan prihatin terhadap kebajikan serta kesejahteraan rakyat.
‎Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mendekati masyarakat, mendengar permasalahan yang dihadapi serta mengenal pasti keperluan penduduk setempat agar bantuan dan perhatian sewajarnya dapat disalurkan.
‎
‎

12/10/2026

‎Part 2 - JAMBATAN LABUAN - MENUMBOK, SAMPAI BILA HANYA JANJI?
‎
‎12 Oktober 2026 - YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan, telah membangkitkan isu keperluan pembinaan Jambatan Labuan–Menumbok yang sekian lama menjadi harapan rakyat Labuan dalam Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas, sempena perbahasan Belanjawan 2027.
‎Pembinaan jambatan ini merupakan antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan demi meningkatkan hubungan perhubungan antara Labuan dengan tanah besar Sabah, di samping memudahkan pergerakan rakyat, melancarkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pembangunan untuk Wilayah Persekutuan Labuan.
‎YB Dato turut membawa harapan masyarakat Labuan agar isu ini terus diberikan perhatian dan diperhalusi secara menyeluruh, supaya hasrat yang sekian lama dinantikan rakyat dapat diberikan hala tuju yang jelas.
‎Jambatan Labuan–Menumbok bukan sekadar penghubung dua lokasi, tetapi satu aspirasi untuk masa depan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat Labuan.
‎
‎

12/10/2026

‎Part 1 - KESENGSARAAN RAKYAT AKIBAT GANGGUAN BEKALAN AIR
‎
‎12 Oktober 2026 - YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan, telah membahaskan isu masalah bekalan air yang berlarutan di Wilayah Persekutuan Labuan dalam Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas, sempena perbahasan Belanjawan 2027.
‎Dalam perbahasan tersebut, isu gangguan bekalan air yang menjejaskan kehidupan harian rakyat Labuan terus diketengahkan bagi mendapatkan perhatian serius pihak kerajaan serta penyelesaian yang menyeluruh dan berkesan.
‎Beliau menegaskan kepentingan tindakan konkrit dan perancangan jangka panjang bagi memastikan bekalan air yang stabil, bersih dan mencukupi dapat dinikmati oleh seluruh penduduk Labuan.
‎Suara rakyat Labuan akan terus dibawa dan diperjuangkan demi kesejahteraan serta kepentingan bersama.
‎
‎

‎SAKSIKAN SESI PERBAHASAN BELANJAWAN 2027‎Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sesi perbahasan Belanjawan 2027 oleh...
12/10/2026

‎SAKSIKAN SESI PERBAHASAN BELANJAWAN 2027
‎Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sesi perbahasan Belanjawan 2027 oleh YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Malaysia P.166 Labuan.
‎🗓️ Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
‎🕒 Masa: Jangkaan 3.00 petang – 4.00 petang
‎📺 Siaran langsung: YouTube Parlimen Malaysia
‎Ayuh, bersama-sama mengikuti perbahasan yang membawa suara rakyat Labuan ke Dewan Rakyat demi memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan pembangunan yang lebih baik untuk Labuan serta seluruh rakyat Malaysia.
‎
‎

Address

U0372, 1st Floor, Jalan Bunga Anggerik
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Ahli Parlimen Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share