Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia WP Labuan

Call Directions Website

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia WP Labuan SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala perkongsian atau komen/pendapat oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Segala risiko perbuatan tersebut menjadi tanggungjawab pemilik akaun atau mana-mana pihak itu sendiri.

21/10/2026
PDRM VS SPRM: PERLAWANAN PERSAHABATAN PICKLEBALL ERATKAN KERJASAMA ANTARA AGENSILabuan-15 Oktober 2026 – Satu perlawanan...
15/10/2026

PDRM VS SPRM: PERLAWANAN PERSAHABATAN PICKLEBALL ERATKAN KERJASAMA ANTARA AGENSI

Labuan-15 Oktober 2026 – Satu perlawanan persahabatan sukan pickleball antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan telah diadakan dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kesukanan.

Perlawanan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Labuan yang mengetuai pasukan PDRM, sekali gus mencerminkan komitmen kepimpinan dalam menggalakkan hubungan baik serta kerjasama antara kedua-dua agensi penguatkuasaan.

Penganjuran perlawanan ini bukan sekadar medan untuk menguji kemahiran dan kecergasan fizikal, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta memperkukuh hubungan profesional dalam suasana yang santai dan harmoni.

Aktiviti sukan seperti ini juga membuka ruang kepada warga kedua-dua agensi untuk berinteraksi dengan lebih dekat, sekali gus membina persefahaman dan semangat kebersamaan yang penting dalam mendukung tanggungjawab masing-masing kepada masyarakat dan negara.

Secara keseluruhannya, perlawanan persahabatan ini berjaya menjadi medium untuk memperkukuh hubungan baik antara SPRM Labua dan PDRM Labuan. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh melalui pelbagai aktiviti bersama pada masa akan datang.

PEMANTAPAN INTEGRITI PERKUKUH KESEDARAN WARGA JBS LABUANLabuan- 1 Oktober, Sesi perkongsian ilmu bertajuk “Pemantapan In...
01/10/2026

PEMANTAPAN INTEGRITI PERKUKUH KESEDARAN WARGA JBS LABUAN

Labuan- 1 Oktober, Sesi perkongsian ilmu bertajuk “Pemantapan Integriti Penjawat Awam: Cabaran dan Risiko Perkhidmatan Belia dan Sukan” memberi pendedahan kepada warga Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan mengenai kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta penerimaan hadiah yang boleh menjejaskan integriti penjawat awam.

Perkongsian turut memberi penekanan terhadap cabaran dan risiko dalam pelaksanaan tugas, selain kepentingan mengenal pasti serta menutup ruang yang boleh membuka peluang kepada rasuah dan salah laku.

Program kemudiannya diteruskan dengan pembaharuan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Pengarah JBS Labuan, Puan Hajah Marhanum binti Fauzi, dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Labuan, PsK Augustine S Manson @ David.

Lafaz tersebut mencerminkan komitmen warga JBS Labuan untuk terus menolak rasuah serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab berlandaskan prinsip integriti dan akauntabiliti.

Secara keseluruhannya, program ini meningkatkan kesedaran warga JBS Labuan terhadap risiko rasuah di samping memperkukuh komitmen untuk membudayakan integriti dalam pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan awam.

SPRM WP LABUAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-59 DENGAN PENGISIAN KEROHANIAN TIGA AGAMALabuan, 1 Oktober 2026 — Suruhanjaya Pence...
01/10/2026

SPRM WP LABUAN SAMBUT ULANG TAHUN KE-59 DENGAN PENGISIAN KEROHANIAN TIGA AGAMA

Labuan, 1 Oktober 2026 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Labuan menyambut Ulang Tahun SPRM Ke-59 dengan mengadakan pengisian kerohanian melibatkan warga beragama Islam, Kristian dan Hindu.

Bagi warga beragama Islam, sambutan dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin bertempat di bilik mesyuarat utama SPRM WP Labuan dan diikuti Doa Kesyukuran bagi warga beragama Kristian.
Sementara itu, pengisian bagi warga beragama Hindu turut diadakan di Kuil Thirumurugan di Labuan dengan diwakili oleh wakil SPRM WP Labuan.

Penganjuran pengisian kerohanian melibatkan tiga agama ini menjadi wadah untuk warga SPRM WP Labuan memanjatkan kesyukuran serta memohon keberkatan, kesejahteraan dan petunjuk dalam meneruskan amanah serta tanggungjawab memerangi rasuah.

Selain itu, sambutan ini turut menjadi ruang untuk seluruh warga SPRM melakukan muhasabah dan memperbaharui tekad dalam memperkukuh integriti, akauntabiliti serta profesionalisme ketika melaksanakan tugas demi masyarakat dan negara.

Ulang Tahun SPRM Ke-59 turut menjadi kesempatan untuk mengenang jasa dan pengorbanan warga terdahulu dalam perjuangan membanteras rasuah, di samping memperkukuh semangat kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan warga SPRM WP Labuan.

Address

Labuan
87000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6087421992

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share