19/10/2026
๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก, ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ก
๐ญ๐ณโ๐ญ๐ด ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan (JKWPL) telah menganjurkan "Kursus Keselamatan, Pengurusan Pesakit dan Pemanduan Berhemah bagi Pemandu Kenderaan Jabatan" bertempat di Bilik Respiratori, Hospital Labuan.
Tugas seorang pemandu kenderaan jabatan menuntut pertimbangan yang tinggi, keselamatan maksimum serta pengetahuan asas dalam menyelamatkan nyawa. Melalui kursus ini, peserta telah didedahkan dengan aspek keselamatan jalan raya, undang-undang dan kecekapan pemanduan menerusi perkongsian ilmu daripada penceramah Hospital Labuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada hari berikutnya, peserta turut diberikan pendedahan berkenaan pengurusan pesakit kecemasan dan berisiko melalui sesi teori serta latihan praktikal ๐๐ข๐ด๐ช๐ค ๐๐ช๐ง๐ฆ ๐๐ถ๐ฑ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต (๐๐๐) yang dikendalikan oleh doktor pakar dan Pasukan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Labuan.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga kolaborasi berterusan ini dapat memperkukuh perkhidmatan kecemasan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Perdana Menteri