SM Sains Labuan

Call Directions Website

SM Sains Labuan Mailing Address:
SM Sains Labuan,
P.O. Box 82206,
W.P. Labuan

1985: Sekolah Berasrama Penuh Labuan
1997: Sekolah Menengah Sains Labuan
1999: Anugerah Sekolah Bestari
2011: Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan
2012: Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi

13/10/2026

Tahniah Pasukan Gamelan SMSL Cikgu Huzaifah & ahli Genta Sakti Kencana 👏🏻

Tahniah juga alumni SMSL yang menerima anugerah. Teruskan Kecemerlangan anda semua

KARNIVAL BAHASA ANTARABANGSA (KBA) SBP PERINGKAT KEBANGSAAN KE-7 TAHUN 2026Tarikh: 25 – 27 September 2026Tempat: SM Sain...
28/09/2026

KARNIVAL BAHASA ANTARABANGSA (KBA) SBP PERINGKAT KEBANGSAAN KE-7 TAHUN 2026

Tarikh: 25 – 27 September 2026
Tempat: SM Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Nerus, Terengganu

Peserta:
1. NAJAH FAHIMAH - BAHASA PERANCIS
2. TIEN NUKU SELVEST - BAHASA CINA
3. NUR SYAZWANA JASMINE - BAHASA JEPUN
4. BABBY KAIYSAH ZAHRANI - BAHASA ARAB

Alhamdulillah Karnival Bahasa Antarabangsa SBP peringkat Kebangsaan telah melabuhkan tirai.
Kontingen SMSL telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang 3 hari program berlangsung merangkumi Ice Breaking, aktiviti kebahasaan, booth kebudayaan serta Malam Budaya.

Semua murid telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin, dan daya saing yang amat tinggi sepanjang berada di SESMA.

🏆 PENCAPAIAN CEMERLANG:
Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah bagi Bahasa Cina, TIEN NUKU SELVEST (4C) yang telah mengharumkan nama SM Sains Labuan dengan merangkul dua kejayaan di peringkat kebangsaan:

🥈 TEMPAT KE-2 – Pertandingan Video Cerita Rakyat
🥈 TEMPAT KE-2 – Pertandingan Bahasa Antarabangsa

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Sekolah, Barisan Pentadbir, Jawatankuasa Kokurikulum, guru-guru, serta seluruh warga SMSL atas sokongan moral dan dorongan yang diberikan.

Guru Pengiring
Hakim Sensei

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak murid Sekolah Menengah Sains Labuan atas kejayaan merangkul JOHAN E-SUKAN ...
27/09/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak murid Sekolah Menengah Sains Labuan atas kejayaan merangkul JOHAN E-SUKAN BAHASA sempena Festival Kesenian Borneo 2026 pada 25 September 2026! 🏆🎮

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi merupakan hasil daripada usaha, disiplin, semangat juang, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak SMSL sepanjang menyertai pertandingan.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada saudara Sharif Shahzrell atas pencapaian membanggakan apabila menerima ANUGERAH KHAS PEMAIN TERBAIK.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pihak pentadbir Sekolah Menengah Sains Labuan atas kepercayaan, dorongan dan sokongan yang diberikan kepada anak-anak murid untuk mengembangkan potensi serta bakat mereka.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang, memberikan doa, sokongan, motivasi dan galakan kepada anak-anak sehingga mereka mampu melakar kejayaan yang membanggakan ini. ❤️

Penghargaan turut ditujukan kepada guru-guru. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah hasil usaha bersama yang tidak ternilai.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, termasuk rakan-rakan, warga sekolah dan pihak-pihak yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada pasukan E-Sukan Bahasa Sekolah Menengah Sains Labuan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan usaha, sokongan dan keyakinan, anak-anak SMSL mampu pergi lebih jauh dan mengharumkan nama sekolah.

Tahniah, anak-anak!
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Bukan sekadar bermain, tetapi mengasah minda, membina kemahiran dan mengharumkan nama sekolah.”

SM SAINS LABUAN — PENJANA MODEL INSAN BERTARAF DUNIA!

Guru Pengiring:
Mohd Arrauwi bin Ginsing
Hira Mohd Ashraf

Moga Cemerlang A+ Biologi SPM 2026
27/09/2026

Moga Cemerlang A+ Biologi SPM 2026

Moga cemerlang A+ Addmath SPM 2026
27/09/2026

Moga cemerlang A+ Addmath SPM 2026

🌟 VIRTUAL X-BREAK BMSS@HePiLI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 🌟Pada 23 September 2026 (Rabu), warga SM Sains Labuan telah bers...
25/09/2026

🌟 VIRTUAL X-BREAK BMSS@HePiLI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 🌟

Pada 23 September 2026 (Rabu), warga SM Sains Labuan telah bersama-sama menyertai Virtual X-BREAK BMSS@HePiLI Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dewan Samudera dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi.

Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sebagai salah satu usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan murid. Melalui aktiviti X-BREAK, murid berpeluang melakukan aktiviti fizikal secara bersama dalam suasana yang ceria, aktif dan menyeronokkan.

Penyertaan dalam program peringkat kebangsaan ini turut memberikan peluang kepada murid memperoleh pengiktirafan penyertaan dan markah PAJSK, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan seharian.

👏 Syabas dan tahniah kepada semua murid atas penyertaan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program!
💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas penganjuran program Virtual X-BREAK BMSS@HePiLI Peringkat Kebangsaan 2026 bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026.

Penghargaan turut diberikan kepada pihak pentadbir serta guru-guru SM Sains Labuan yang terlibat dalam menyelaras dan memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

💙 Murid Sihat • Sekolah Sejahtera • Negara Maju
💪 Aktif Bersama, Sihat Sepanjang Hayat


Kesihatan WP Labuan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Kontinjen Karnival Bahasa Antarabangsa kini sedia berlepas ke Sekolah Menengah Sain...
24/09/2026

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kontinjen Karnival Bahasa Antarabangsa kini sedia berlepas ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Terengganu!

Mohon titipan doa daripada tuan/puan agar perjalanan kami selamat pergi dan balik, serta dipermudahkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga kita dapat membawa pulang kejayaan buat sekolah. Terima kasih! ✈️✨

Guru Pengiring
Hakim Sensei

🌟 Silver Award MIYIO 2026 🌟
23/09/2026

🌟 Silver Award MIYIO 2026 🌟

Tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad Bahasa Jepun SMSL atas penyertaan serta pencapaian cemerlang dalam NIHONGO! CO...
23/09/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad Bahasa Jepun SMSL atas penyertaan serta pencapaian cemerlang dalam NIHONGO! CONNECT (Nihongo Online Collaborative Competition) peringkat Kebangsaan baru-baru ini!

Seramai 17 orang murid SMSL telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Jepun SMK Iskandar Syah dan JPN Melaka.
Tahniah diucapkan kepada 5 orang murid kerana telah berjaya mendapat tempat dalam kategori Nihongo! Battle 👏🏻🎉

PENCAPAIAN:

NIHONGO! BATTLE:
ANUGERAH EMAS🥇
ROEVERA 4P

ANUGERAH PERAK🥈
ARISHYA 4C

ANUGERAH GANGSA🥉
AZIZAN 5C
SYASYA IZAZI 4P
EVA RIEFQAH 4P

Tahniah juga kepada murid yang berusaha gigih mewakili sekolah:

NIHONGO! BATTLE
WAYNE 5C
SIRAJ 5C
AONELL 4S
IBAD 4S
NURIQBAL 3C
IVAN 3S
ADDISON 3S

MY NIHONGO! REELS
ALIA ALISHA 3C
NAJWA 3I
AREEJ 3P

KARAOKE CHALLENGE
QISYA 3P & SAFIYYAH 3P

Semoga pencapaian murid dalam bidang Bahasa Antarabangsa di SMSL terus berkembang dan semakin banyak melakar kejayaan di masa akan datang! 🚀✨

Guru Pembimbing
Hakim Sensei

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Ashraff Waqiuddin atas kejayaan meraih TEMPAT PERTAMA dalam...
23/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Ashraff Waqiuddin atas kejayaan meraih TEMPAT PERTAMA dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Menengah Atas! 🏆🥇

Tahniah juga diucapkan kepada Dyg Nurfateehah yang telah berjaya memperoleh TEMPAT KEEMPAT dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Menengah Rendah. 👏🌟

🌟 Buat Muhammad Ashraff Waqiuddin, selamat maju jaya kerana bakal membawa nama Wilayah Persekutuan Labuan ke Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Peringkat Kebangsaan.
Semoga Ashraff terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama WP Labuan di pentas kebangsaan! 🇲🇾🎙️🏆

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, para pembimbing serta seluruh warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan, bimbingan dan semangat kepada para pemidato sepanjang persediaan hingga ke pertandingan.

Guru pembimbing:
Nurul Asita binti Abdul Wahab
Mohd Ammar bin Mat Sahari

Address

Jalan Sungai Pagar
Labuan
87032

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 07:30 - 12:00
14:00 - 17:00
Saturday 11:00 - 17:30
Sunday 11:00 - 17:30

Telephone

+6087461525

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share