Polis Daerah Labuan

Call Directions Website Contact the organization

Polis Daerah Labuan "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada" Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.

POLISI FACEBOOK RASMI PDRM

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi Polis Daerah Labuan mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi Polis Daerah Labuan adalah seperti berikut:

Komen Yang Boleh Diterima
Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas. Komen Yang Tidak Diterima

● Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".

● iklan
● maklumat peribadi tentang orang lain
● bahan hak cipta milik orang lain
● link ke laman web yang tidak sesuai
● spam

Maklumat Jenayah
Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected]. Laporan Polis
Hubungi / lapor kepada pihak polis di kawasan anda. Pihak PDRM tidak menerima laporan polis melalui e-mel dan Facebook Rasmi PDRM. Hak Pentadbir
Pentadbir Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan berhak untuk meminda sebarang polisi yang dinyatakan di sini dari masa ke semasa. Pentadbir berhak dalam sebarang keadaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan objektif Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan sentiasa terpelihara. Pentadbir juga berhak untuk membuang/mamadam komen-komen yang berbentuk provokasi atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu, organisasi, parti, agama dan perkauman.

� Segala pandangan/pendapat/komen oleh mana - mana individu di mana - mana ruang di dalam Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pentadbir Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan. Pihak pentadbir Facebook Rasmi Polis Daerah Labuan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada pandangan/pendapat/komen berkenaan.

   MATEMATIK MODUS OPERANDI PENIPUANPenipuan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan helah. Jangan mudah terpedaya denga...
24/10/2026





MATEMATIK MODUS OPERANDI PENIPUAN

Penipuan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan helah. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang menjanjikan keuntungan lumayan atau permintaan wang yang mencurigakan.

Semak kesahihan setiap maklumat, jangan terburu-buru membuat keputusan dan elakkan berkongsi maklumat peribadi atau perbankan dengan individu yang tidak dikenali.

Ingat, berwaspada dan bertindak bijak dapat membantu anda mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ https://www.instagram.com/pdrmsia_official/ https://twitter.com/PDRMsia https://www.youtube.com/user/PDRMsia https://t.me/PDRMsia_Official https://www.tiktok.com/





#21102026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT TRIM & FIT IPD W.P. LABUANLABUAN, 23 Oktober 2026 – IPD W.P. Labuan telah menganjurkan Program ...
23/10/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT TRIM & FIT IPD W.P. LABUAN

LABUAN, 23 Oktober 2026 – IPD W.P. Labuan telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat Trim & Fit di Ramsey Point, Labuan, yang disertai seramai 149 orang warga kerja terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam. Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus bin Wan Zaki turut bersama menyertai dalam program itu petang tadi.

Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan serta membantu warga kerja mengawal Indeks J***m Badan (BMI).

Inisiatif ini turut memupuk semangat berpasukan, mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kesejahteraan warga IPD W.P. Labuan demi memastikan prestasi kerja yang optimum.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”


 SUARA ANDA, INTEGRITI BERSAMA: APLIKASI ADUAN JIPS PDRMTahukah anda? Aplikasi Aduan JIPS PDRM merupakan saluran rasmi y...
23/10/2026



SUARA ANDA, INTEGRITI BERSAMA: APLIKASI ADUAN JIPS PDRM

Tahukah anda? Aplikasi Aduan JIPS PDRM merupakan saluran rasmi yang memudahkan orang awam dan warga PDRM menyalurkan aduan, cadangan, pertanyaan serta penghargaan berkaitan perkhidmatan dan integriti PDRM.

Aduan dan maklumat boleh disalurkan pada bila-bila masa melalui aplikasi ini dan akan diuruskan mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan.

Suara anda amat bermakna dalam usaha meningkatkan integriti dan kualiti perkhidmatan PDRM.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#23102026

LATIHAN KAWAD BULANAN KETUA POLIS DAERAH W.P. LABUAN BAGI BULAN OKTOBER 2026LABUAN, 23 Oktober 2026 – IPD W.P. Labuan te...
23/10/2026

LATIHAN KAWAD BULANAN KETUA POLIS DAERAH W.P. LABUAN BAGI BULAN OKTOBER 2026

LABUAN, 23 Oktober 2026 – IPD W.P. Labuan telah melaksanakan latihan kawad bulanan di perkarangan IPD W.P. Labuan yang disertai seramai 126 orang pegawai kanan dan pegawai rendah polis. Latihan kawad dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus bin Wan Zaki.

Latihan ini bertujuan memperkukuh disiplin, ketangkasan serta pematuhan terhadap arahan dalam kalangan warga PDRM bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme sentiasa terpelihara.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”


MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH W.P. LABUAN BAGI BULAN OKTOBER 2026LABUAN, 22 Oktober 2026 – IPD W.P. Labu...
22/10/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH W.P. LABUAN BAGI BULAN OKTOBER 2026

LABUAN, 22 Oktober 2026 – IPD W.P. Labuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah W.P. Labuan bagi bulan Oktober 2026 di perkarangan IPD W.P. Labuan.

Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Cawangan Khas itu dihadiri seramai 222 orang warga IPD W.P. Labuan dan disempurnakan dengan amanat Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki serta penyampaian sijil penghargaan dan bacaan ikrar.

Perhimpunan ini bertujuan memperkukuh disiplin, integriti dan semangat berpasukan dalam kalangan warga PDRM demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”


22/10/2026
21/10/2026

VIDEO KORPORAT JPJKK SABAH - QR CODE ADUAN MASYARAKAT: MUDAH, PANTAS DAN MESRA KOMUNITI

PDRM Sabah terus memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat melalui penggunaan teknologi digital bagi memudahkan penyaluran aduan dan maklumat berkaitan apa jua unsur jenayah, keselamatan serta ketenteraman awam.

🎬 Ikuti video korporat JPJKK Sabah yang memaparkan penggunaan QR Code Aduan Masyarakat sebagai medium penyaluran aduan dan maklumat dengan lebih mudah, pantas dan sistematik.

📲 Satu imbasan, satu tindakan! Bersama-sama kita membina komuniti yang lebih selamat.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRANKetua Polis Daerah Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus bin Wan Zaki serta selu...
21/10/2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus bin Wan Zaki serta seluruh warga Polis IPD Labuan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada DSP Suhaimi bin Ali Hussin, Ketua Cawangan Khas Daerah.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta terus mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖...
19/10/2026

𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐈𝐊 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐔𝐉𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍.





𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔...
18/10/2026

𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗣𝗣 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗜𝗥𝗔-𝗞𝗜𝗥𝗔 𝗝𝗔𝗠 𝟳.𝟬𝟬 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠.

Address

Peti Surat 81004, Ibu Pejabat Polis Daerah
Labuan
87000

Telephone

087412222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Labuan:

Shortcuts

Share