Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral

Call Directions Contact the organization

Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral, W.P.Labuan

Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral dengan sukacitanya menyertai Hari Cuci Malaysia 2026 yang dijalankan serentak ...
26/09/2026

Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral dengan sukacitanya menyertai Hari Cuci Malaysia 2026 yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia sebagai usaha bersama dalam memupuk kesedaran dan budaya menjaga kebersihan persekitaran.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat, sihat dan kondusif demi kesejahteraan masyarakat.

“Persekitaran Bersih, Tanggungjawab Bersama.”





Labuan - Pada jam 02.16 p.m BBP Labuan Sentral menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang menyatakan terdapat...
25/09/2026

Labuan - Pada jam 02.16 p.m BBP Labuan Sentral menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang menyatakan terdapat pokok tumbang menutupi jalan di Kampung Tanjung Purun dan menyebabkan jalan utama tidak boleh dilalui orang awam.

Jentera bersama anggota sampai di lokasi kejadian pada jam 2.18 p.m. Anggota bertugas bertindak memotong pokok yang tumbang kepada bahagian kecil dan di alihkan ke tepi bagi memudahkan orang awam menggunakan jalan tersebut kembali.

Operasi tamat pada jam 2.55 p.m dan bertolak balik ke balai setelah didapati tiada lagi kemerbahayaan kepada orang awam.

Orang awam diminta berhati-hati semasa angin kencang dan elakkan lalu di kawasan pokok besar.

Sebagai tanda menzahir kecintaan kepada raja, negara dan jabatan tercinta. Bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu S...
14/09/2026

Sebagai tanda menzahir kecintaan kepada raja, negara dan jabatan tercinta. Bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Siap Sedia Setiap Masa dijalankan pada setiap hari isnin.

Semoga secebis usaha ini dapat menanam semangat patriotik yang mendalam ke sanubari setiap anggota bomba.

Pada 11 September 2026 BBP Labuan Sentral menganjurkan perhimpunan bulanan JBPM W.P Labuan bertempat di Dewan Mutiara BB...
12/09/2026

Pada 11 September 2026 BBP Labuan Sentral menganjurkan perhimpunan bulanan JBPM W.P Labuan bertempat di Dewan Mutiara BBP Labuan Sentral.

Majlis diselangi dengan penyerahan sijil perlesenan kepada dua syarikat swasta iaitu Hotel Labuan Point dan Financial Park.

Seterusnya permberian sijil penghargaan kepada pekerja terbaik bagi bulan september.

Tahniah kepada semua penerima sijil dan anugerah, semoga apa yang diterima menjadi pemangkin semangat untuk lebih kedepan.

12/09/2026
10/09/2026

Sebagai anggota penyelamat kepakaran untuk memberi rawatan awal kepada mangsa dalam apa jua jenis kecederaan tidak boleh...
09/09/2026

Sebagai anggota penyelamat kepakaran untuk memberi rawatan awal kepada mangsa dalam apa jua jenis kecederaan tidak boleh dikompromi.

Mengambil inisiatif tersebut, kelas rawatan awal cara-cara menangani mangsa dijalankan kepada anggota bertugas agar pengetahuan mengenai perkara ini malar segar dan keyakinan diri pada tahap optimum.

Pengetahuan tentang perkara ini tidak hanya tertumpu kepada anggota penyelamat, orang awam perlu mengambil inisiatif mempelajari kaedah-kaedah rawatan awal supaya dapat diimplementasikan sekiranya berlaku kepada saudara mara dan ahli keluarga sendiri terutama sekali rawatan Resusitasi Kardiopulmonari "Cardio-Pulmonary Resuscitation" (CPR).

Kesimpulannya, rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa dan menghalang daripada kecederaan menjadi lebih serius.

Tahukah anda?AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341) Seksyen 26 ;Menyembunyikan dan Menyalahgunakan Pili Bomba. Mana-man...
08/09/2026

Tahukah anda?

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341) Seksyen 26 ;
Menyembunyikan dan Menyalahgunakan Pili Bomba. Mana-mana orang yang menutup, mengepung, menyembunyikan, mengganggu atau menggunakan pili bomba selain daripada tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Anda boleh dikompaun RM100 untuk kesalahan di atas dan boleh diheret ke mahkamah jika mengaibaikannya, kompaun dikeluarkan sebagai peringatan mendatang. Perhatikan petak parkir dan keadaan sekeliling sebelum meletakkan kenderaan.

Kelalaian ini boleh menyebabkan anggota bomba sukar untuk mendapatkan sumber air sekiranya berlaku kebakaran. Apa yang lebih parah kelalaian kita akan menyebabkan kerugian yang lebih besar pihak lain dan mungkin akan meragut nyawa.

Kepentingan peribadi kita bukan alasan untuk kita mengambil risiko keselamatan nyawa dan harta benda orang lain.

Alat pernafasan (Breathing Apparatus “BA”) merupakan peralatan kembombaan yang sering digunakan apabila berlakunya kebak...
06/09/2026

Alat pernafasan (Breathing Apparatus “BA”) merupakan peralatan kembombaan yang sering digunakan apabila berlakunya kebakaran lebih-lebih lagi yang melibatkan struktur.

“BA” membolehkan anggota bomba bernafas apabila berada di dalam asap yang tebal bagi memudahkan proses menyelamat dan mencari punca api.

Pembiasaan pemakaian dan mengenali secara terperinci adalah satu kewajipan kepada anggota bomba kerana “BA” diibaratkan talian nyawa ketika operasi pemadaman dan mengelakkan anggota diserang panik akibat kekerapan latihan yang rendah.

Address

Jalan Kg Jawa, Peti Surat 81301
Labuan
87023

Telephone

+6087414444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral:

Shortcuts

Share

Category