Ppkk & Pakk Sg Bedaun Labuan

Directions

Ppkk & Pakk Sg Bedaun Labuan Kami di PPKK & PAKK Sungai Bedaun, Labuan percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat perlindungan dan peluang untuk berkembang.

Halaman ini berkongsi aktiviti, program komuniti, dan usaha kami menjaga kesejahteraan anak-anak di kawasan ini. Sama-sama kita membina generasi masa depan yang lebih baik!

06/10/2026
Program Advokasi Siri 2: Kempen Keselamatan Kanak-Kanak 2026 (PPKK PAKK bersama KRML)Tarikh: 03 Oktober 2026Masa: 8.00 p...
05/10/2026

Program Advokasi Siri 2: Kempen Keselamatan Kanak-Kanak 2026 (PPKK PAKK bersama KRML)

Tarikh: 03 Oktober 2026
Masa: 8.00 pagi-12.30 t/hari
Tempat: NADI Kg Sg Labu

Pengisian Program:
🌟Senamrobik - KRML

🌟Taklimat Ringkas Keselamatan Kanak-Kanak - disampaikan oleh Pn Sarah Remina dari Jab. Pembangunan Kanak-Kanak

🌟Aktiviti Berkump**an (PAKK x KRML)
-Selamat atau Bahaya
-Siapa boleh tolong saya
-Detektif cari bahaya
-Safety scenario challenge
-Think before you act
-Fact or fake?

🌟Rumusan dan pesanan keselamatan - KRML

Diharapkan program keselamatan ini dapat memberikan pengetahuan ,kesedaran dan kemahiran asas kepada kanak-kanak dalam menjaga keselamatan diri serta membuat keputusan yang bijak apabila berhadapan dengan situasi berisiko.

"Saya Bijak,Saya Selamat"





Program : E- Games & Literasi Digital Kanak-Kanak PAKK 2026Tarikh: 27.09.2026Masa: 08.00 pagi- 01.00 ptgTempat: NADI Kg ...
05/10/2026

Program : E- Games & Literasi Digital Kanak-Kanak PAKK 2026

Tarikh: 27.09.2026
Masa: 08.00 pagi- 01.00 ptg
Tempat: NADI Kg Sg Labu

Seramai 20 orang kanak-kanak menyertai pertandingan e- game ML. Program ini dapat memberi pendedahan kepada Kanak-kanak mengenai penggunaan teknologi secara bijak dan beretika. Selain itu,dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara strategik serta memupuk semangat kerjasama ,disiplin dan kesukanan dalam kalangan peserta.
Terima kasih NADI Kg Sg Labu atas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan program ini.

"Main,Belajar Berkembang Secara Digital"




26.09.2026: Turut serta dalam Hari Cuci Malaysia Kampung Sg Buton,bagi Kawasan Perumahan LDA.Admin ingin mengucapkan ber...
26/09/2026

26.09.2026: Turut serta dalam Hari Cuci Malaysia Kampung Sg Buton,bagi Kawasan Perumahan LDA.

Admin ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kanak-Kanak yang hadir memeriahkan aktiviti gotong royong ini.

Kebersihan tanggungjawab kita bersama.




Aktiviti Mingguan (21.09.2026)Aktiviti: Menguji Ketangkasan & Fokus Kanak-Kanak (Rebut Pen)
23/09/2026

Aktiviti Mingguan (21.09.2026)

Aktiviti: Menguji Ketangkasan & Fokus Kanak-Kanak (Rebut Pen)





Program: Bengkel Latihan Transformasi Kualiti Penyelia & Petugas PAKK Hab Perkhidmatan Kanak -Kanak Tahun 2026Tarikh: 13...
23/09/2026

Program: Bengkel Latihan Transformasi Kualiti Penyelia & Petugas PAKK Hab Perkhidmatan Kanak -Kanak Tahun 2026

Tarikh: 13-15 September 2026

Tempat: Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan Pangkalan Chepa, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan





14/09/2026

10,904 KANAK-KANAK PERLU PERLINDUNGAN, KOMUNITI JADI “MATA DAN TELINGA”

KUCHING, 7 Sept — Seramai 10,904 kanak-kanak direkodkan memerlukan pemeliharaan dan perlindungan sepanjang 2025, sekali gus memperlihatkan keperluan memperkukuh peranan komuniti sebagai benteng awal dalam melindungi golongan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Nancy Shukri berkata Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) perlu terus menjadi “mata dan telinga” komuniti dengan mengenal pasti lebih awal kanak-kanak berisiko serta menyalurkan maklumat dengan segera.

Keperluan itu semakin penting apabila 6,266 kes kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Perlindungan kanak-kanak bukan hanya tanggungjawab ibu bapa atau kerajaan, sebaliknya memerlukan komitmen dan penglibatan seluruh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Simposium Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2026 bertemakan Melakar Perlindungan Inklusif Menuju Generasi Sejahtera di Riverside Majestic Hotel di sini, malam tadi.

Nancy berkata bagi tempoh 2024 hingga 2026, seramai 1,225 anggota daripada 141 PPKK dan 1,174 anggota daripada 138 Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) dilantik bagi memperkukuh jaringan perlindungan serta kebajikan kanak-kanak di peringkat komuniti.

PPKK bersama Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) juga digesa memperluas program advokasi ke kawasan berisiko tinggi termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR), estet, perkampungan Orang Asli dan kawasan pedalaman.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan projek rintis 15 PAKK sebagai Hab Perkhidmatan Kanak-Kanak atau One Stop Center menerusi Dasar Baharu Tahun 2026 dengan konsep 1 PAKK 1 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Setiap hab menerima geran KPWKM sebanyak RM24,330, membabitkan keseluruhan RM364,950, manakala PAKK Samarahan dipilih sebagai hab bagi Sarawak.

Sepanjang 2025, sebanyak 3,419 program dan aktiviti melalui kerjasama PPKK, PAKK, agensi kerajaan serta rakan strategik memberi manfaat kepada 107,953 kanak-kanak.

Bagi Januari hingga Mei 2026 p**a, 1,580 program dan aktiviti dilaksanakan dengan 29,754 kanak-kanak menerima manfaat.

Nancy turut menyeru PPKK membantu proses pengintegrasian semula kanak-kanak yang kembali kepada keluarga selepas menerima perkhidmatan di institusi kebajikan JKM melalui pemantauan berkala, pengesanan awal keperluan intervensi dan sokongan bersesuaian.

Turut hadir Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang Ramjan, selaku tuan rumah simposium berkenaan.—SF

Program Simposium Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Kebangsaan Tahun 2026Tarikh: 6-7 September 2026Tempat:  Riversi...
14/09/2026

Program Simposium Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Kebangsaan Tahun 2026
Tarikh: 6-7 September 2026
Tempat: Riverside Majestic Hotel Kuching,Sarawak.

Pengerusi PPKK/PAKK bersama Penyelia Hab dan Peyelia PAKK telah menghadiri program ini.

"Melakar Perlindungan Inklusif Menuju Generasi Sejahtera"




Majlis santai & jamuan PAKK bersama Ajk, ibubapa & kanak-kanak.Tarikh : 14 Februari 2026Tempat : Gelanggang futsall & PA...
15/02/2026

Majlis santai & jamuan PAKK bersama Ajk, ibubapa & kanak-kanak.

Tarikh : 14 Februari 2026
Tempat : Gelanggang futsall & PAKK
Masa : 8.00 pg hingga selesai

Terima kasih buat Puan Estar Carol , Puan Sarah Remina dan Puan Dk Noorsuzani sudi meluangkan masa menghadiri majlis santai dan jamuan.

Selamat bercuti sekolah buat kanak-kanak. Jaga kesihatan & keselamatan anda🫰



8 FEBRUARI 2026:Turut serta dalam acara 3KM Fun Walk Wilayahku SHW 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antaraba...
08/02/2026

8 FEBRUARI 2026:
Turut serta dalam acara 3KM Fun Walk Wilayahku SHW 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pagi tadi.

"Wilayah Persekutuan Kita"

Anizah Mohd Yusuf Nurul Fazriani Farhana Fatihah Rbie Sawal Josminita

Address

Blok 8, Taman Perumahan LDA, Kg Sungai Bedaun
Labuan
87000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ppkk & Pakk Sg Bedaun Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category