Seksyen Inspektorat Dan Perundangan JKWPLabuan

Directions

Seksyen Inspektorat Dan Perundangan JKWPLabuan Seksyen Inspektorat dan Perundangan,Bahagian kesihatan awam Jabatan Kesihatan WP Labuan

02/10/2026
02/10/2026
26/09/2026

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2026!

“Environmental Health: Standing with Science to Protect Communities”




Selamat Menyambut Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2026!“Environmental Health: Standing with Science to Protect Commu...
26/09/2026

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2026!

“Environmental Health: Standing with Science to Protect Communities”




https://jomlapor.comBersama Memerangi Tabiat Merokok & V**ePlatform advokasi untuk penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Me...
04/09/2026

https://jomlapor.com

Bersama Memerangi Tabiat Merokok & V**e

Platform advokasi untuk penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852]

JomLapor ialah laman web yang berfokus pada advokasi bagi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852]. Kami memperkasakan komuniti dan individu advokat untuk menyerlahkan keperluan penguatkuasaan yang lebih ketat melalui bukti fotografi.
Kami ingin mengurangkan kadar merokok/v**e dan menjadikan kedua-duanya sebagai sesuatu yang tidak lazim di Malaysia. Sertai kami sebagai advokat komuniti bagi memerangi tabiat merokok/v**e di tanah air yang kita kasihi.

Penting untuk diingat bahawa semua gambar yang dikongsi di laman web ini adalah anonim (tidak dikenal pasti). Identiti anda akan dilindungi sepenuhnya dan tidak akan didedahkan.
Setiap laporan yang dihantar akan disalurkan kepada pihak berkuasa, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, serta agensi berkaitan yang relevan. Sebagai sebuah kumpulan advokasi, kami juga akan mengetengahkan isu ini melalui saluran media, untuk memastikan isu ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan sosial dan bagaimana ia boleh mencetuskan perubahan tingkah laku dalam komuniti. Melalui peningkatan kesedaran serta tekanan daripada komuniti, kita dapat bersama-sama mencipta perubahan yang bermakna dalam melahirkan generasi masa depan yang bebas daripada asap rokok dan v**e.

PENGUATKUASAAN AKTA 852, TINDAKAN TEGAS DEMI KESIHATAN SEJAGATLABUAN, 28 Ogos 2026 – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutu...
29/08/2026

PENGUATKUASAAN AKTA 852, TINDAKAN TEGAS DEMI KESIHATAN SEJAGAT

LABUAN, 28 Ogos 2026 – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan terus mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran Akta 852.

Dalam prosiding Mahkamah Majistret WP Labuan, dua kes telah diputuskan dengan kedua-dua OKS mengaku bersalah dan dikenakan jumlah denda RM10,500.

Kes melibatkan kesalahan menjual rokok di bawah harga ditetapkan serta penjualan produk tembakau yang tidak mematuhi keperluan pelabelan.

Penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan demi menjaga kesihatan awam serta melindungi golongan muda daripada terjebak dengan tabiat merokok.

Peniaga diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya peruntukan Akta 852. Jangan ambil mudah—ketidakpatuhan boleh membawa kepada tindakan undang-undang dan denda.

Patuhi undang-undang. Lindungi kesihatan rakyat. Cegah generasi muda daripada merokok.

Ringkasan Kes Sebutan Mahkamah Majistret WP Labuan Tarikh Sebutan :  25/08/2026 (Isnin) • Akta Kawalan Produk Merokok De...
25/08/2026

Ringkasan Kes Sebutan Mahkamah Majistret WP Labuan

Tarikh Sebutan : 25/08/2026 (Isnin)

• Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024
• Akta Makanan 1983
• Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Seksyen Inspektorat dan Perundangan,
Bahagian Kesihatan Awam, JKWP Labuan

SEKSYEN INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN, BAHAGIAN KESIHATAN AWAM, JKWP LABUAN TELAH MENGANJURKAN KURSUS TRANSFORMASI PENGURU...
24/08/2026

SEKSYEN INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN, BAHAGIAN KESIHATAN AWAM, JKWP LABUAN TELAH MENGANJURKAN KURSUS TRANSFORMASI PENGURUSAN KESIHATAN PERSEKITARAN BERSEPADU : SINERGI PENGUATKUASAAN & KESELAMATAN LAPANGAN PADA 13 &14/8/2026 BERTEMPAT DI DEWAN MAHKAMAH SYARIAH, WP LABUAN. OBJEKTIF KURSUS ADALAH UNTUK MENINGKATKAN KOMPETENSI PROFESIONAL, KECEKAPAN TEKNIKAL DAN KEFAHAMAN PESERTA TERHADAP PENGURUSAN KAWALAN KESIHATAN PERSEKITARAN BERSEPADU SELARAS DENGAN KEPERLUAN PERUNDANGAN, KESELAMATAN PEKERJAAN DAN CABARAN SEMASA KESIHATAN AWAM.

SEKSYEN INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN,
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM, JKWP LABUAN

Address

Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan, Peti Surat 80832
Labuan
87018

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seksyen Inspektorat Dan Perundangan JKWPLabuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share