Laman Wanita Labuan

Directions

Laman Wanita Labuan Laman Wanita (LaWa) Labuan
Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum WBT..Majlis Bacaan Yassin dan Usrah MuslimahTarikh : 25 September 2026 (Jumaat)Masa : 9.30 pagiTempat: L...
24/09/2026

Assalamualaikum WBT..

Majlis Bacaan Yassin dan Usrah Muslimah

Tarikh : 25 September 2026 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Laman Wanita (LaWa) Labuan

-Muslimah djemput hadir.
-Dialu-alukan jika ada yg ingin berkongsi rezeki (juadah makanan & minuman).

Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia MADANIYBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ PuanJOM DENGARKAN NASIONAL FM -...
23/09/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia MADANI

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan

JOM DENGARKAN NASIONAL FM - BUKAN GURAUAN, HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL

Dengarkan slot temu bual bersama YBrs. Tuan Mohamad Nasrudin bin Mohamed, Timbalan Presiden Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) bertajuk Bukan Gurauan, Hentikan Gangguan Seksual

🗓️ 23 September 2026 (Rabu)
đź•— 10.30 Pagi
đź“» Nasional FM

TAGS - NASIONAL FM.jpeg
"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

19 & 20 SEPTEMBER 2026 (SABTU & AHAD): Laman Wanita (LaWa) Labuan, telah berlangsung Program Skuad Waja anjuran Pejabat ...
21/09/2026

19 & 20 SEPTEMBER 2026 (SABTU & AHAD): Laman Wanita (LaWa) Labuan, telah berlangsung Program Skuad Waja anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan dan Bengkel Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) anjuran Uptrends Academy.

Taklimat perkongsian berkaitan Perkhidmatan Jabatan Pembangunan Wanita termasuk Laman Wanita (LaWa) Labuan dan Taklimat Skuad Waja telah disampaikan oleh Puan Salhah binti Matnor, mewakili PPWN WP.

Program Taklimat Skuad WAJA dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta berkaitan peranan Skuad WAJA dalam membantu mewujudkan persekitaran yang selamat, khususnya dalam menangani isu keganasan terhadap wanita. Taklimat ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai langkah pencegahan, tindakan yang sewajarnya serta saluran bantuan yang boleh dirujuk sekiranya berlaku kes keganasan.

Bengkel KAP p**a telah yang dikendalikan oleh Puan Jellsie Fung merupakan Pegawai Penyelaras dan Jurulatih Uptrends Academy . Objektif bengkel ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan pengasuh dan pengusaha dalam memberikan asuhan dan didikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Malalui bengkel ini, peserta didedahkan kepada kaedah pengasuhan yang selamat, penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai serta aktiviti yang dapat merangsang perkembangan dan potensi kanak-kanak secara menyeluruh. Bengkel ini secara langsung dapat meningkatkan kemahiran kepada peserta dalam bidang asuhan dan didikan Kanak-Kanak yang boleh dijadikan sumber pendapatan disamping membuka peluang pekerjaan dan perniagaan yang boleh membina potensi ekonomi jangka panjang.

Program telah disertai oleh seramai 30 orang peserta wanita yang berumur antara 20 hingga 44 tahun. Semua peserta yang hadir telah mendaftar sebagai ahli Skuad Waja.

🧠 PSYCHE-UP’ | Menyantuni Jiwa, Menyemai SejahteraBila Trauma Kehilangan Tiada Jawapan: Memahami Duka & KetidakpastianKe...
17/09/2026

🧠 PSYCHE-UP’ | Menyantuni Jiwa, Menyemai Sejahtera

Bila Trauma Kehilangan Tiada Jawapan: Memahami Duka & Ketidakpastian

Kehilangan tanpa kepastian boleh meninggalkan rasa sedih, keliru dan harapan yang berpanjangan. Dalam situasi ini, penting untuk kita memahami, menghormati perasaan serta terus memberikan sokongan tanpa memaksa seseorang untuk segera “move on”.

đź’ś Hadir, dengar dan fahami. Kadangkala, kehadiran kita sahaja sudah cukup bermakna.

10 SEPTEMBER 2026: Laman Wanita (LaWa) Labuan, telah berlangsung Kelas Kraftangan Anyaman bakul anjuran Pusat Aktiviti W...
11/09/2026

10 SEPTEMBER 2026: Laman Wanita (LaWa) Labuan, telah berlangsung Kelas Kraftangan Anyaman bakul anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Labuan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan (PPWN WP). Kelas ini telah dikendalikan oleh Hajah Alawyah binti Mohamad sebagai tenaga pengajar yang juga ahli PAWE.

Objektif pelaksanaan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai seni anyaman bakul, memupuk minat terhadap kraftangan tempatan, serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan produk kraftangan yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial.

Program telah disertai oleh seramai 10 orang peserta wanita dari kalangan suri rumah dan ibu tunggal yang juga ahli PAWE.
Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah diberikan penerangan mengenai jenis-jenis bahan yang digunakan, teknik asas anyaman, cara memulakan anyaman, serta kaedah menyiapkan bakul dengan kemas dan kukuh. Sesi diteruskan dengan aktiviti amali di mana peserta menghasilkan bakul masing-masing di bawah bimbingan tenaga pengajar

10 SEPTEMBER 2026 (Khamis): Laman Wanita (LaWa) Labuan telah berlangsung Kelas Mengaji Muslimah yang terdiri dari komuni...
11/09/2026

10 SEPTEMBER 2026 (Khamis): Laman Wanita (LaWa) Labuan telah berlangsung Kelas Mengaji Muslimah yang terdiri dari komuniti setempat dari kalangan Suri Rumah di sekitar W. P. Labuan yang dbimbing oleh tenaga pengajar bertauliah iaitu Ustazah Datin Hajah Jijah binti Suhai. Kelas ini telah disertai seramai 18 orang muslimah.

Kelas Mengaji Muslimah telah diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk memperbaiki bacaan Al-Quran serta meningkatkan kefahaman ilmu agama dalam suasana pembelajaran yang santai dan harmoni. Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah dibimbing dalam bacaan Al-Quran termasuk tajwid, makhraj huruf serta pembacaan secara bertalaqqi bersama tenaga pengajar.

Program ini turut menjadi medium mengeratkan silaturahim sesama peserta disamping dapat menyemai sahsiah dan kerohanian bagi mendekatkan diri kepada amalan-amalan yang menjurus kepada ibadat yang dituntut oleh agama islam dalam kehidupan seharian.

Turut dilaksanakan perkongsian berkaitan perkhidmatan Jabatan Pembangunan Wanita dan LaWa Labuan seterusnya Kempen Hentikan keganasan terhadap wanita (EVAW) dan PRISMAnita yang telah disampaikan oleh Puan Salhah binti Matnor, mewakili PPWN WP.

22 OGOS 2026 (SABTU): Laman Wanita (LaWa) Labuan, telah berlangsung Program keusahawanan di bawah Community Based Enterp...
28/08/2026

22 OGOS 2026 (SABTU): Laman Wanita (LaWa) Labuan, telah berlangsung Program keusahawanan di bawah Community Based Enterprise (CBE) bertajuk Bengkel Asas Kraf Manik.

Bengkel ini telah yang dikendalikan oleh Puan Stephenie Sylvester dan Puan Hawdah Salim merupakan tenaga pengajar yang dilatih dari Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.

Bengkel Asas kraf manik ini merupakan aktiviti kemahiran tangan yang memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas dan kreativiti dalam menghasilkan aksesori seperti lanyard dan keychain menggunakan pelbagai jenis manik, tali dan hiasan tambahan.

Program telah disertai oleh seramai 10 orang peserta wanita dari kalangan suri rumah dan ibu tunggal dan wanita yang bekerja.

Peserta dibimbing langkah demi langkah bermula daripada pemilihan bahan, teknik susunan manik, cara mengikat kemas serta kemasan akhir produk. Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kreativiti dan fokus, malah membantu membina keyakinan diri serta memberi peluang menjana pendapatan melalui hasil kraftangan yang unik dan menarik. Pengisian kelas ini sesuai untuk semua peringkat umur kerana bersifat santai, menyeronokkan dan mudah dipelajari.

Turut dilaksanakan perkongsian berkaitan perkhidmatan Jabatan Pembangunan Wanita dan LaWa Labuan seterusnya Kempen Hentikan keganasan terhadap wanita (EVAW) dan PRISMAnita yang telah disampaikan oleh Puan Salhah binti Matnor, mewakili PPWN WP.

22 OGOS 2026 (SABTU), LAMAN WANITA (LaWa) LABUAN telah berlangsung :Program Community Based Enterprise (CBE) : Kelas mem...
28/08/2026

22 OGOS 2026 (SABTU), LAMAN WANITA (LaWa) LABUAN telah berlangsung :
Program Community Based Enterprise (CBE) : Kelas membuat mee kuning anjuran Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Cawangan Labuan (KDCA) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan.

Kelas Membuat Mee Kuning dilaksanakan sebagai salah satu usaha memberikan kemahiran praktikal kepada peserta dalam penghasilan makanan yang boleh dijadikan produk jualan.

Antara pengisian program adalah:

- Penerangan secara asas berkaitan penghasilan mee kuning oleh Puan Zainah Ismail sebagai tenaga pengajar.
- Penyediaan doh, proses menguli dan membentuk mee dan teknik merebus mee.
- Peserta diberi peluang menghasilkan mee kuning sendiri dengan lebih yakin.

Kempen Menangani Keganasan terhadap wanita (EVAW) dan berkaitan PRISMANITA telah disampaikan oleh Puan Salhah binti Matnor, mewakili PPWN WP.

Seramai 20 Orang peserta yang terdiri dari Penjawat awam, ibu tunggal, suri rumah dan belia telah hadir mengikuti program tersebut.

Secara keseluruhannya kelas Membuat Mee Kuning telah memberikan manfaat kepada peserta dari segi pengetahuan, kemahiran malah dapat membantu dalam menjana pendapatan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi keluarga.

20 OGOS 2026 (Khamis): Laman Wanita (LaWa) Labuan telah berlangsung Kelas Mengaji Muslimah yang terdiri dari komuniti se...
21/08/2026

20 OGOS 2026 (Khamis): Laman Wanita (LaWa) Labuan telah berlangsung Kelas Mengaji Muslimah yang terdiri dari komuniti setempat dari kalangan Suri Rumah di sekitar W. P. Labuan yang dbimbing oleh tenaga pengajar bertauliah iaitu Ustazah Datin Hajah Jijah binti Suhai. Kelas ini telah disertai seramai 18 orang muslimah.
Kelas Mengaji Muslimah telah diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk memperbaiki bacaan Al-Quran serta meningkatkan kefahaman ilmu agama dalam suasana pembelajaran yang santai dan harmoni. Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah dibimbing dalam bacaan Al-Quran termasuk tajwid, makhraj huruf serta pembacaan secara bertalaqqi bersama tenaga pengajar.
Program ini turut menjadi medium mengeratkan silaturahim sesama peserta disamping dapat menyemai sahsiah dan kerohanian bagi mendekatkan diri kepada amalan-amalan yang menjurus kepada ibadat yang dituntut oleh agama islam dalam kehidupan seharian.

Address

No. U1402, Peti Surat 81124, Jalan OKK Abdullah,, Labuan Federal Territory
Labuan
87021

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Wanita Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share