Felcra Berhad ESTET DANUM

Directions

Felcra Berhad ESTET DANUM -Akauan Rasmi Felcra Berhad Estet Danum,Sabah
-2026/2027

14/08/2026

🚨 HEBAHAN KESELAMATAN & KESIHATAN STAF 🚨
CUACA PANAS & JEREBU DI SABAH

Sehubungan dengan keadaan cuaca panas dan jerebu yang sedang berlaku, semua staf diingatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

💧 Banyakkan minum air dan jangan tunggu sehingga berasa dahaga.
😷 Gunakan pelitup muka sekiranya keadaan jerebu semakin teruk.
🏢 Kurangkan aktiviti di luar pejabat terutama ketika cuaca panas terik.
🌬️ Pastikan pengudaraan ruang pejabat baik dan kurangkan kemasukan udara luar ketika jerebu.
👀 Sentiasa peka terhadap tanda-tanda strok haba dan masalah pernafasan.
🏥 Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami sesak nafas, pening, loya, sakit kepala atau keadaan kesihatan yang membimbangkan.

🤝 Jaga diri, jaga rakan sekerja.
Keselamatan dan kesihatan kita adalah tanggungjawab bersama.

Program latihan penanaman KPB oleh Tuan Aidi Azhar PPP FELCRA berhad Sabah & FELCRA berhad lahad datu sabah
22/07/2026

Program latihan penanaman KPB oleh Tuan Aidi Azhar PPP FELCRA berhad Sabah & FELCRA berhad lahad datu sabah

20/07/2026
📌 Lawatan kerja Pengarah Perladangan Felcra Berhad Tuan Anuar Merican Bin Akbar Merican bersama Pengarah Negeri Felcra B...
10/07/2026

📌 Lawatan kerja Pengarah Perladangan Felcra Berhad Tuan Anuar Merican Bin Akbar Merican bersama Pengarah Negeri Felcra Berhad Sabah Tuan Aliasan Bin Kerman serta Pengurus Perladangan Bahagian Estet Komersial Tuan Muhammad Azwan Bin Aziz Ke Felcra Berhad Estet Danum pada 04/07/2026.

Objektif lawatan adalah untuk meninjau operasi semasa perladangan serta memberi penambahbaikan ke arah meningkatkan produktiviti ladang.

Diharapkan segala teguran, nasihat dan pandangan yang diberikan dapat diambil perhatian bagi meningkatkan lagi mutu operasi perladangan dalam mencapai sasaran dan objektif ladang.

📌 Lawatan Kerja Pengurus Pertanian (AO) Pejabat Negeri Sabah ke Ladang Felcra Berhad Estet Danum👤 Pegawai : Tn. Mohd Ihs...
16/06/2026

📌 Lawatan Kerja Pengurus Pertanian (AO) Pejabat Negeri Sabah ke Ladang Felcra Berhad Estet Danum

👤 Pegawai : Tn. Mohd Ihsanul Haqq Bin Mohd Radzi
⏰ Masa : 10 AM
📅 Tarikh : 16.06.2026 (SELASA)
📍 Lokasi lawatan: 1A, 1B, 1C, 1D, 1E, 1F, 2A, Ed5

📌 Mesyuarat Tapak Pertanian Am (PA) Kelapa Sawit Bil. 1/2026 bagi FELCRA Berhad Negeri Sabah telah berlangsung pada 15.0...
16/06/2026

📌 Mesyuarat Tapak Pertanian Am (PA) Kelapa Sawit Bil. 1/2026 bagi FELCRA Berhad Negeri Sabah telah berlangsung pada 15.06.2026 bersamaan dengan hari Isnin di Bilik Mesyuarat FELCRA Berhad Estet Danum yang dipengerusikan oleh En. Aidi Azhar bin Alias Penolong Pengarah Perladangan FELCRA Berhad Negeri Sabah. Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan progress semasa kerja-kerja Pertanian Am (PA).

📌05/06/2026-Program Rawatan " Mealy bugs / Sooty mold " Latihan Kendali Racun- Ra in 97sg(Acepet ll)📌➡️Perkara:Latihan "...
06/06/2026

📌05/06/2026-Program Rawatan " Mealy bugs / Sooty mold " Latihan Kendali Racun- Ra in 97sg(Acepet ll)📌

➡️Perkara:Latihan "Trunk Injection"- Ra in 97sg(Acepet ll)
➡️Tempat:ED6 Blok4 FELCRA Berhad Estet Danum
➡️Tarikh:05/06/2026(Jumaat)
➡️Masa:8.30am- 11.00am
➡️Peserta:Staff Ladang/Mandor/Ketua geng/Pekerja/3 pegawai G-Planter

🖊️Ucapan Alu-Aluan Daripada Pengurus Estet Danum Tuan Sallehuddin Bin Rahmat
🖊️Taklimat Keselamatan Sebelum memulakan program.
🖊️3 Pegawai Dijemput Khas Dari G-Planter
-Taklimat Pengendalian Racun
-Taklimat Keselamatan (PPE)
-Kalibrasi Racun
-Teknik Cara penggunaan alat
-Kalibrasi Produktiviti
🖊️Ucapan Penutup Dari Tuan Pengurus.
🖊️Majlis Bersurai



22/05/2026

Pasca Retreat Pengurusan bersama Ahli Lembaga Pengarah 2026 dan Majlis Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad bukan sekadar ruang perbincangan biasa. Ia menjadi medan untuk menyusun semula hala tuju, memperkukuh kesatuan pemikiran dan membina masa depan FELCRA dengan lebih jelas dan strategik.

Dalam retreat ini, YBhg. Dato’ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad menegaskan bahawa FELCRA perlu bergerak dengan lebih berani, moden dan berpandangan jauh bagi menghadapi cabaran 20 tahun akan datang.

“Hari ini, FELCRA mesti muncul sebagai konglomerat pembangunan luar bandar moden. Bukan sahaja mengurus tanah, tetapi membina ekosistem ekonomi rakyat.”

Penegasan ini memperlihatkan komitmen kepimpinan FELCRA untuk terus memperkukuhkan:
• keterjaminan makanan negara
• pembangunan agro-teknologi
• pengukuhan aset strategik
• inovasi dan daya saing industri
• pemerkasaan ekonomi luar bandar secara mampan

Apa yang lebih penting, retreat ini turut membuktikan bahawa setiap pandangan, perbincangan dan cabaran yang dihadapi hadir daripada satu matlamat yang sama, iaitu memastikan FELCRA terus maju, relevan dan kekal memberi nilai terbaik kepada warga peserta serta komuniti luar bandar.

FELCRA bukan hanya sedang bergerak untuk hari ini.
FELCRA sedang membina kekuatan untuk masa depan negara.




Address

Lahad Datu Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad ESTET DANUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share