Pejabat Penerangan Daerah Lahad Datu

Call Directions Website

Pejabat Penerangan Daerah Lahad Datu PEJABAT PENERANGAN LAHAD DATU

12/11/2026

🪔 4 HARI LAGI! SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 🪔

Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 yang membawa tema “Cahaya Deepavali, Semarak Perpaduan” sebagai manifestasi keharmonian, toleransi dan semangat saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum.

📅 14 November 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 11.30 malam
📍 Little India, Brickfields, Kuala Lumpur

Marilah kita bersama-sama meraikan keindahan kepelbagaian budaya, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan demi Malaysia yang lebih harmoni dan bersatu padu.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




12/11/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Kementerian Perpaduan Negara ingin memaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan di sekitar Jalan Tun Sambanthan, Little India, Brickfields, Kuala Lumpur.

Penutupan bermula pada 12 November 2026(Khamis), jam 12.01 tengah malam dan jalan akan dibuka semula pada 15 November 2026(Ahad), jam 6.00 pagi.

Orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur




12/11/2026

Malaysia mencadangkan pewujudan koridor digital rentas sempadan bagi menyokong usaha pembangunan semula Palestin pascakonflik, di samping memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam kesalinghubungan dan ekonomi digital. 🌐🤝





12/11/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 - 𝐊𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa hantaran tular berhubung arahan kuarantin di rumah selama seminggu bagi individu yang melawat Thailand, susulan dakwaan penularan varian baharu COVID-19 “PJ.2.1”, adalah 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔.

KKM tidak pernah mengeluarkan pengumuman berkenaan.

Untuk makluman, perintah kuarantin semasa ketibaan bagi pengembara yang memasuki Malaysia telah dimansuhkan sejak 1 Ogos 2022, dan tiada sebarang arahan baharu dikeluarkan berhubung perkara ini.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Sebarang makluman rasmi berhubung kesihatan awam hanya akan dikongsikan menerusi saluran rasmi KKM 🇲🇾

✅ Semak sebelum kongsi: www.moh.gov.my | sebenarnya.my

12/11/2026

𝟒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 - 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝟐.𝟎 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐓𝐔𝐓𝐔𝐏

Dana Inovasi Media 2.0 terbuka kepada organisasi media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia dan kakitangan yang memegang Kad Perakuan Media yang sah pada tarikh permohonan dibuka.

Organisasi atau syarikat media juga wajib berdaftar dengan Majlis Media Malaysia.

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my bermula 1 hingga 14 November 2026.

12/11/2026
12/11/2026
12/11/2026
12/11/2026

Malaysia dan Qatar meneroka kerjasama dalam komunikasi satelit serta teknologi komunikasi selamat kuantum bagi memperluas kesalinghubungan digital, khususnya di kawasan tanpa liputan Internet, di samping meningkatkan keselamatan rangkaian daripada ancaman penggodaman. 🛰️🔐

Kerjasama turut merangkumi bidang literasi digital dan literasi kecerdasan buatan (AI), selaras dengan usaha memperkukuh penggunaan teknologi serta membina sistem komunikasi yang lebih selamat dan berdaya tahan. 🌐🤝





12/11/2026

Penduduk di kawasan berisiko banjir serta mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dinasihatkan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penyakit sepanjang tempoh banjir. 🌧️🩺

Utamakan makanan dan minuman yang selamat, jaga kebersihan diri, pantau gejala penyakit, pastikan bekalan ubat mencukupi serta dapatkan bantuan petugas kesihatan sekiranya memerlukan sokongan fizikal atau emosi. 🧼💊





Address

Pejabat Penerangan Daerah, Peti Surat No. 60809
Lahad Datu Town
91100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60 89-881 687

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services