Puteri UmnoLahad Datu

Directions

Puteri UmnoLahad Datu 2023/2026

*TABUNG SOLIDARITI NAJIB RAZAK*Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Seri Pad...
18/09/2026

*TABUNG SOLIDARITI NAJIB RAZAK*

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta menerima dengan penuh kesyukuran keputusan Lembaga Pengampunan berhubung Datoโ€™ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Puteri UMNO Malaysia menyambut baik dan menyokong penuh inisiatif YAB Presiden UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datoโ€™ Sri Najib melunaskan denda berjumlah RM50 juta.

Kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun rasmi berikut:

*Nama Akaun:*
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

*Nombor Akaun*: 8604886094
*Bank*: CIMB ISLAMIC

Terima kasih atas setiap doa, sokongan dan sumbangan.

Jom Bawa Bossku Balik Rumah!


SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan, kebersamaan...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan, kebersamaan dan semangat untuk terus membina masa depan yang lebih baik.

Berbeza latar belakang, budaya dan negeri, kita tetap berdiri di bawah satu nama โ€” Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh terus semarakkan semangat patriotisme dan bersama-sama menjaga keharmonian demi generasi akan datang.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.

Selamat Hari Malaysia!
Puteri UMNO, masa depan Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



๐Ÿ“Œ Putra World Trade Centre (PWTC) ,Kuala Lumpur๐Ÿ“…09-12.09.2026Alhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2026. โค...
14/09/2026

๐Ÿ“Œ Putra World Trade Centre (PWTC) ,Kuala Lumpur
๐Ÿ“…09-12.09.2026

Alhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2026. โค๏ธ๐Ÿ’™

Syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir dan bersama-sama seluruh keluarga besar UMNO dalam satu perhimpunan yang penuh dengan semangat perjuangan, kesatuan dan tekad untuk terus melangkah ke hadapan.

Sebagai perwakilan, kehadiran ini bukan sekadar memenuhi tanggungjawab, tetapi membawa bersama amanah dan suara akar umbi. Setiap ucapan, pandangan, perbahasan dan pertemuan sepanjang perhimpunan menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna.

Perhimpunan ini mengingatkan kita bahawa perjuangan tidak pernah mudah. Ada cabaran, ada perbezaan pandangan, namun yang paling penting ialah bagaimana kita terus menyatukan hati, memperkukuh saf dan bekerja demi rakyat serta masa depan parti.

Segala yang dibincangkan akan menjadi pedoman untuk kita kembali ke akar umbi dengan semangat yang lebih kuat, membawa perubahan melalui kerja yang nyata dan terus mendekati rakyat.

Terima kasih kepada seluruh kepimpinan, perwakilan dan semua warga UMNO yang terus memberikan komitmen serta tidak pernah jemu membawa obor perjuangan.

Kita mungkin datang dari tempat yang berbeza, tetapi kita berdiri di bawah satu perjuangan.

Semoga UMNO terus diperkukuh, terus relevan dan terus menjadi wadah perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.

Selesai satu amanah, bermula p**a satu lagi tanggungjawab.
Kita terus bekerja. Kita terus berjuang. Kita terus bersama rakyat.



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari Kebangsaan bukan sekadar sebuah tarikh yang kita raikan setiap tahun, tetapi men...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari Kebangsaan bukan sekadar sebuah tarikh yang kita raikan setiap tahun, tetapi menjadi peringatan kepada kita semua tentang erti sebuah perjuangan, pengorbanan dan kebebasan yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu.

69 tahun kita melangkah sebagai sebuah negara yang merdeka. Dalam perjalanan ini, begitu banyak cabaran telah kita tempuhi, namun dengan semangat perpaduan, keberanian dan kecintaan kepada tanah air, kita terus berdiri dan melangkah ke hadapan.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dengan memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan penuh keikhlasan.

Walau berbeza bangsa, agama, budaya dan latar belakang, kita tetap berkongsi satu tanah air, satu semangat dan satu impian โ€” melihat Malaysia terus aman, makmur, maju dan sejahtera.

Semoga semangat patriotisme terus subur dalam diri setiap rakyat, khususnya generasi muda, agar perjuangan membina negara ini dapat diteruskan dengan penuh iltizam dan rasa tanggungjawab.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Salam Maulidur Rasul ๏ทบSemoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan selawat, memperkuku...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul ๏ทบ

Semoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan selawat, memperkukuhkan iman dan terus meneladani sifat mulia Rasulullah SAW.

Semoga cinta kepada Rasulullah SAW sentiasa hidup dalam hati, dan sunnah Baginda menjadi panduan dalam setiap langkah kehidupan. ๏ทบ


SELAMAT ULANG TAHUNKetua UMNO Bahagian Lahad Datu๐ŸŽ‚Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia , d...
23/08/2026

SELAMAT ULANG TAHUN
Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu๐ŸŽ‚

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia , dipermudahkan segala urusan serta dilimpahkan rezeki yang berterusan.

Semoga terus diberikan kekuatan, keteguhan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah serta memimpin dengan penuh dedikasi dan berintegriti, serta menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan perjuangan UMNO di Lahad Datu.

Semoga segala usaha dan perjuangan sentiasa dipermudahkan serta mendapat keberkatan Allah SWT.


Selamat Menyambut Hari Kelahiran KPUMโ€ฆ๐Ÿ’•๐Ÿ’–Semoga terus dikurniakan kekuatan, keteguhan dan kebijaksanaan dalam memimpin. S...
19/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kelahiran KPUMโ€ฆ๐Ÿ’•๐Ÿ’–

Semoga terus dikurniakan kekuatan, keteguhan dan kebijaksanaan dalam memimpin. Semoga setiap perjuangan dipermudahkan, setiap langkah diberkati dan terus menjadi pemimpin wanita muda yang berani, tegas serta berjiwa besar.

Terus melangkah, terus memimpin dan terus menjadi inspirasi buat seluruh Puteri UMNO Malaysia.

๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚


๐Ÿ“…06.08.2026๐Ÿ“ŒPulau sakarKetua Puteri UMNO Bahagian Lahad Datu bersama barisan AJK Puteri berkesempatan mengiringi Datuk M...
07/08/2026

๐Ÿ“…06.08.2026
๐Ÿ“ŒPulau sakar

Ketua Puteri UMNO Bahagian Lahad Datu bersama barisan AJK Puteri berkesempatan mengiringi Datuk Maizatul Akmam Hj Ahmad Alawi, Bendahari Wanita UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Bahagian UMNO Lahad Datu dan merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam lawatan ke Kg Tanjung Paras, Pulau Sakar, Lahad Datu.

Lawatan ini bagi meninjau penerima PPRS (Program Perumahan Rakyat Sejahtera) yang baru siap dibina, selain itu menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk setempat.

Terima kasih kepada YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, atas keprihatinan membantu golongan B40 di Sabah.

Ini membuktikan keprihatinan YAB Datuk Seri terhadap Masyarakat di luar bandar juga di ambil peduli.


05/08/2026

๐Ÿ“… TARIKH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026

Perhimpunan Agung UMNO 2026 bakal menghimpunkan seluruh kepimpinan, perwakilan dan warga UMNO dari seluruh negara dalam memperkukuh semangat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

Jadual Perhimpunan:

๐Ÿ—“ 9 September 2026
Taklimat Presiden & Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO.

๐Ÿ—“ 10 September 2026
Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO.

๐Ÿ—“ 11โ€“12 September 2026
Perhimpunan Agung UMNO.

Semoga setiap perjalanan, perbincangan dan keputusan yang bakal dilaksanakan membawa manfaat kepada parti, rakyat dan negara.

Jumpa di Perhimpunan Agung UMNO 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PUTERI UMNO KE-25 Alhamdulillah, genap 25 tahun Pergerakan Puteri UMNO menjadi wadah melah...
03/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PUTERI UMNO KE-25

Alhamdulillah, genap 25 tahun Pergerakan Puteri UMNO menjadi wadah melahirkan wanita muda yang berani, berprinsip dan sentiasa istiqamah memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Semoga Puteri UMNO terus melangkah gagah, memperkukuh perpaduan, menyemai kepimpinan dan menjadi suara wanita muda demi masa depan yang lebih gemilang.

Address

Lahad Datu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri UmnoLahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share