Langkawi Development Authority

Call Directions Website Contact the organization

Langkawi Development Authority Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan dibawah AKTA 1990 (AKTA 423)

Langkawi Development Authority (LADA) was established under the 423 Act

Page Rasmi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan antara media sosial rasmi. FB Page ini akan memaparkan hebahan Korporat LADA dan merupakan saluran kepada orang ramai untuk berhubung dan berinteraksi dengan lebih mudah bersama LADA. The Langkawi Development Authority (LADA)/ Lembaga Pembangunan Langkawi page is the official social media platform that releases corporate announcements and enables public engagement with LADA and the latest updates on Langkawi. Stay informed and up-to-date by following LADA's social media page today.

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„πŒπ„π‘π†πˆπ€π π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّٰهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽLembaga Pemb...
22/10/2026

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„πŒπ„π‘π†πˆπ€π π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّٰهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merakamkan ucapan salam takziah dan dukacita yang mendalam atas pemergian YDH Tuan Supt Samsulmuddin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar, khususnya kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat Langkawi. Segala jasa, khidmat bakti serta komitmen Allahyarham dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham, khususnya isteri tercinta, YBhg. Puan Mahani binti Md Sidek dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Ikhlas daripada,

Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd. Kaus
Ketua Pegawai Eksekutif
serta seluruh warga kerja
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Polis Langkawi
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

πŸƒβ€β™€οΈ πˆπ‘πŽππŠπˆπƒπ’ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ“£ PENDAFTARAN SLOT KHAS KOMUNITI LANGKAWI Jom sertai acara larian kanak-kanak bertaraf antara...
22/10/2026

πŸƒβ€β™€οΈ πˆπ‘πŽππŠπˆπƒπ’ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“£ PENDAFTARAN SLOT KHAS KOMUNITI LANGKAWI

Jom sertai acara larian kanak-kanak bertaraf antarabangsa dan berikan pengalaman sukan yang menyeronokkan kepada anak-anak! 🧑

πŸ“… Tarikh: 20 November 2026 (Jumaat)
πŸ“ Lokasi : Holiday Villa Resort, Langkawi
⏰ Masa: 8.00 pagi
πŸ‘§πŸ‘¦ Umur: 7–10 tahun
πŸƒ Jarak: 1 KM

🎽 Pengambilan Race Kit
πŸ“… 19 November 2026 (Khamis)
⏰ 11.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Lokasi: MIEC

🏒 Penganjur: IRONMAN Malaysia
🀝 Dengan kerjasama: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

πŸ”— DAFTAR DI SINI:
[https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfnt0kgOgVZiKpKB6jBYZbJnDSVflsjcRS3CH3h5qS5HUenzw/viewform?usp=header](https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfnt0kgOgVZiKpKB6jBYZbJnDSVflsjcRS3CH3h5qS5HUenzw/viewform?usp=header)

⏳ Tarikh tutup: 25 Oktober 2026 atau sehingga slot penuh.
πŸ“± Maklumat lanjut: Pn. Nor Azlinda Zainal (019-4787735)

⚠️ Penyertaan adalah TERHAD! Daftar segera sebelum slot penuh.

Ayuh, raikan semangat kesukanan bersama IRONKIDS LANGKAWI 2026! πŸ†

ππ„ππ‚π€π‘πˆπ€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ π’π„πŒππ„ππ€ πˆπ‘πŽππŒπ€π πŸπŸŽπŸπŸ”Peluang dibuka kepada usahawan yang berminat untuk menyertai jualan semp...
22/10/2026

ππ„ππ‚π€π‘πˆπ€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ π’π„πŒππ„ππ€ πˆπ‘πŽππŒπ€π πŸπŸŽπŸπŸ”

Peluang dibuka kepada usahawan yang berminat untuk menyertai jualan sempena acara IRONMAN Langkawi 2026.

πŸ“… Tarikh: 19 – 21 November 2026 (Khamis – Sabtu)

⏰ Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam

πŸ“ Tempat: MIEC Hall, Padang Matsirat, Langkawi

πŸ“£ BERMINAT UNTUK MENYERTAI?

Usahawan yang berminat, sila berikan nama kepada Puan Rosnah melalui nombor telefon berikut:

πŸ“ž 017-505 7428

Tempat adalah terhad. Sapa Cepat Dia Dapat. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan produk dan meningkatkan jualan anda!

Penyertaan adalah tertakluk kepada syarat dan ketetapan oleh LADA.

π‘π‹π˜π‚ ππˆπ“π„ 𝐑𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐊𝐈𝐍𝐈 πŠπ„πŒππ€π‹πˆ! Peringatan mesra buat semua peserta berdaftar RLYC Nite Run 2026! Sesi Pengambilan Kit ...
21/10/2026

π‘π‹π˜π‚ ππˆπ“π„ 𝐑𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐊𝐈𝐍𝐈 πŠπ„πŒππ€π‹πˆ!

Peringatan mesra buat semua peserta berdaftar RLYC Nite Run 2026! Sesi Pengambilan Kit Larian (Race Kit Collection) bakal bermula esok. Sila semak butiran lokasi dan masa di bawah untuk kelancaran anda:

πŸ“ LOKASI PENGAMBILAN KIT LARIAN
Lobi Hotel Ramada, Royal Langkawi Yacht Club (RLYC)

πŸ“… JADUAL PENGAMBILAN:

22 Oktober 2026 (Khamis): 3.00 Petang - 6.00 Petang
23 Oktober 2026 (Jumaat): 10.00 Pagi - 6.00 Petang
24 Oktober 2026 (Sabtu): 10.00 Pagi - 3.00 Petang

🏁 MAKLUMAT HARI ACARA

Tarikh Acara: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa Pelepasan (Flag-Off): 8.30 Malam
Lokasi Pelepasan: Kompleks Sukan LADA

πŸ’΅ YURAN & KATEGORI PENYERTAN:

Kategori 5KM (Lelaki / Wanita Terbuka): RM50.00
Kategori 10KM (Lelaki / Wanita Remaja): RM70.00
Kategori 10KM (Lelaki / Wanita Terbuka & Senior): RM80.00

🎁 Yuran Pendaftaran Termasuk:

Baju T Rasmi Acara (Event Tee)
Pingat Penamat (Medal)
Nombor Bib
Air Minuman

Peluang Memenangi Cabutan Bertuah (Lucky Draw)

πŸ“ž MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN:

Talian Utama: +6017 955 4078
Tini: +6013 948 6777
E-mel: [email protected]
Laman Web: langkawiyachtclub.com
Facebook & Instagram: RoyalLangkawiYachtClubOfficial

Jumpa anda di garisan permulaan Sabtu ini! Bersedia untuk larian malam yang penuh bertenaga! πŸŒ™πŸ”₯





ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡20 Oktober 2026 - Lembaga Pembangunan Langkawi telah mengadakan perju...
21/10/2026

ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

20 Oktober 2026 - Lembaga Pembangunan Langkawi telah mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah dan pegawai-pegawai perhutanan bagi membincangkan projek pembangunan di Langkawi.

Perjumpaan ini bertujuan memastikan setiap perancangan pembangunan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar serta selaras dengan keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di Langkawi UNESCO Global Geopark yang merupakan hutan perlindungan.

Kerjasama strategik antara agensi amat penting bagi memastikan pembangunan dilaksanakan secara bertanggungjawab, tanpa menjejaskan khazanah semula jadi dan warisan geologi Langkawi, demi kesejahteraan komuniti serta generasi akan datang.

π’πˆπ€π‘π€π ππ„π‘πˆπ“π€: π‡π€ππ˜π€ 𝐒𝐀𝐓𝐔 π‹πŽπŠπ€π’πˆ πƒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓 πˆππ” 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 ππ€πˆπŠ (π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ)Alhamdulillah, syukur! Satu berita yang meng...
21/10/2026

π’πˆπ€π‘π€π ππ„π‘πˆπ“π€: π‡π€ππ˜π€ 𝐒𝐀𝐓𝐔 π‹πŽπŠπ€π’πˆ πƒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓 πˆππ” 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 ππ€πˆπŠ (π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ)

Alhamdulillah, syukur! Satu berita yang menggembirakan apabila Langkawi dilaporkan menjadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap BAIK berdasarkan laporan terkini.

Nota : Langkawi juga tidak terkecuali daripada tempias jerebu yang melanda negara. Namun, dengan izin Allah SWT dan kurniaan hujan yang membasahi bumi, keadaan udara beransur baik dan langit biru kembali menghiasi pulau ini silih berganti. Ada masanya mendung, ada masanya berjerebu, tetapi keindahan Langkawi tetap mempunyai pesonanya yang tersendiri.
Baca berita penuh πŸ‘‡

PETALING JAYA– Langkawi, Kedah menjadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang merekodkan kualiti udara pada tahap baik ketika 26 stesen pemantauan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat petang ini.

ππ€π“π”π‘π€π‹π‹π˜ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ: ππ„π’πŽππ€ π˜π€ππ† πŒπ„ππ†π‡π”ππ”ππ†πŠπ€π πƒπ”ππˆπ€!Langkawi menerima penghargaan di Asia All Star Influencer Awards 202...
20/10/2026

ππ€π“π”π‘π€π‹π‹π˜ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ: ππ„π’πŽππ€ π˜π€ππ† πŒπ„ππ†π‡π”ππ”ππ†πŠπ€π πƒπ”ππˆπ€!

Langkawi menerima penghargaan di Asia All Star Influencer Awards 2026!

18 Oktober 2026 - Satu lagi pengiktirafan bermakna buat Langkawi apabila menerima penghargaan β€œWith Sincere Appreciation” sempena Asia All Star Influencer Awards 2026 yang telah berlangsung pada 18 Oktober 2026 bertempat di Sunway Resort Hotel. Penghargaan ini mencerminkan penghargaan terhadap penglibatan dan sokongan Langkawi dalam usaha mempromosikan destinasi pelancongan melalui platform digital serta jaringan influencer antarabangsa. πŸ’š

🌐 20 NEGARA, PELUANG PROMOSI LEBIH LUAS!

Berbanding penyertaan dari 19 negara pada tahun 2025, program tahun 2026 menyaksikan penyertaan dari 20 negara, melibatkan empat kumpulan destinasi di Malaysia:

πŸ“ Kumpulan A: Johor & Negeri Sembilan
πŸ“ Kumpulan B: Perak & Kuala Lumpur
πŸ“ Kumpulan C: Sabah
πŸ“ Kumpulan D: Pulau Pinang & Langkawi

Menerusi inisiatif seperti Tourism Experience Trip, Sports Tourism, Esports dan Influencer Partnership Program, anjuran Kontrek Sepakat, program ini membuka peluang untuk mengetengahkan keunikan destinasi, pengalaman pelancongan dan tarikan Malaysia kepada khalayak yang lebih luas.

🌿 Naturally Langkawi, Nowhere like here!

LADA akan terus menyokong usaha memperkukuh jenama pelancongan Langkawi melalui kolaborasi strategik, promosi digital dan penglibatan rakan industri bagi memastikan keindahan serta keunikan Langkawi terus mendapat perhatian di persada antarabangsa.

Langkawi bukan sekadar destinasi. Langkawi ialah pengalaman yang ingin diterokai dunia! πŸ’š




π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ 𝐖𝐑𝐀𝐏𝐒 𝐔𝐏 π‚π‡πˆππ€ π“πŽπ”π‘ 𝐈𝐍 π‰πˆππ€πLADA has successfully concluded its 4 city Tourism Malaysia China Roadshow with a f...
20/10/2026

π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ 𝐖𝐑𝐀𝐏𝐒 𝐔𝐏 π‚π‡πˆππ€ π“πŽπ”π‘ 𝐈𝐍 π‰πˆππ€π

LADA has successfully concluded its 4 city Tourism Malaysia China Roadshow with a final, impactful stop in Jinan.

Promoting the breathtaking charm of Naturally Langkawi, the final leg of the roadshow marks the end of a successful journey across China to position Langkawi as a top-tier destination for international travellers.

LADA proudly showcased the island's unique attractions alongside a strong delegation of tourism partners, including Anytime Holidays Sdn Bhd, Wings by Croske Hotel, Holiday Villa Beach Resort & Spa, and Resorts World Genting (promoting Resorts World Langkawi).

A huge thank you to all our partners and the incredible visitors who joined us. We cannot wait to welcome you our beautiful island of Langkawi!

Naturally Langkawi

ππ€πŠ π‡π„π€π‹πˆππ†? π‰πŽπŒ π“π€π‘πˆπŠ 𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 πƒπˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ!Penat dengan kesibukan kota? Rindu nak tengok langit membiru, kehij...
19/10/2026

ππ€πŠ π‡π„π€π‹πˆππ†? π‰πŽπŒ π“π€π‘πˆπŠ 𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 πƒπˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ!

Penat dengan kesibukan kota? Rindu nak tengok langit membiru, kehijauan alam yang menenangkan dan rasa bayu laut yang menyegarkan?

Langkawi is calling!

Okay, sejujurnya langit Langkawi tidak sentiasa biru 7 hari seminggu. Ada masanya mendung, hujan dan sesekali turut mengalami keadaan berjerebu.

Tapi bila cuaca mengizinkan, pemandangan langit biru yang indah memang sering menjadi penyeri pulau ini! Lagi menarik, hujan yang turun dari semasa ke semasa turut membantu mengurangkan partikel habuk di udara, menjadikan suasana selepas hujan terasa lebih nyaman dan segar.

Tak perlu rushing. Tak perlu fikir kesibukan kota. Just relax, recharge and enjoy the island vibes!

Daripada pantai yang mempesona, hutan hujan tropika yang menghijau sehinggalah panorama pergunungan yang menakjubkan, Langkawi UNESCO Global Geopark menawarkan pelbagai pengalaman untuk anda kembali dekat dengan alam semula jadi.

Jadi, tunggu apa lagi? Pack your bags, ajak family dan kawan-kawan. Come Breathe Easy in Langkawi!

---------------------------------------------------------

𝐍𝐄𝐄𝐃 𝐀 𝐁𝐑𝐄𝐀𝐓𝐇𝐄𝐑? π‚πŽπŒπ„ 𝐁𝐑𝐄𝐀𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐑𝐄𝐒𝐇 π€πˆπ‘ 𝐈𝐍 π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ!

Tired of the city rush? Dreaming of beautiful blue skies, lush green landscapes, refreshing sea breezes, and a little peace and quiet?

Langkawi is calling!

Okay, let's be real! Langkawi doesn't have blue skies every day. We get cloudy days, tropical showers, and occasionally, hazy conditions too.

But when the weather plays nice, beautiful blue skies are a familiar sight across the island!

And here's another lovely thing about tropical island weather. Occasional rain showers wash airborne particles from the air, leaving the surroundings fresher, cooler, and more pleasant afterward.

From breathtaking beaches and lush tropical rainforests to majestic mountains and stunning natural landscapes, Langkawi UNESCO Global Geopark offers the perfect setting to slow down and reconnect with nature.

Whether you're planning a family holiday, a romantic getaway, a trip with friends, or simply some well-deserved me-time, Langkawi has something special waiting for you.

Leave the city rush behind. Embrace nature. Slow down and experience the beauty of Langkawi!

So, what are you waiting for? Pack your bags, bring your favourite people, and make Langkawi your next refreshing getaway!

Naturally Langkawi
Langkawi UNESCO Global Geopark

πŸ‡¨πŸ‡³πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύπ€ 𝐒𝐔𝐂𝐂𝐄𝐒𝐒𝐅𝐔𝐋 π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ πŒπˆπ’π’πˆπŽπ 𝐈𝐍 π–π”π—πˆ, π‚π‡πˆππ€!Thank you, Wuxi, for the warm hospitality, friendship, and meaningful c...
19/10/2026

πŸ‡¨πŸ‡³πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύπ€ 𝐒𝐔𝐂𝐂𝐄𝐒𝐒𝐅𝐔𝐋 π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ πŒπˆπ’π’πˆπŽπ 𝐈𝐍 π–π”π—πˆ, π‚π‡πˆππ€!

Thank you, Wuxi, for the warm hospitality, friendship, and meaningful connections!

This mission marks another important step towards strengthening tourism ties, exploring new opportunities, and building strategic partnerships between Wuxi and Langkawi.

Here’s to stronger collaborations, greater tourism exchanges, and welcoming more Chinese visitors to discover the beauty of Langkawi, the Jewel of Kedah! πŸ’™πŸŒ΄

Address

Jalan Persiaran Putra, Kuah
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049600600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Langkawi Development Authority posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Langkawi Development Authority:

Shortcuts

Share